Selasa, 1 Disember 2015

Assalammualaikum  semua.
cuti sekolah 2015 dah berlalu  hampir 2 minggu ...anda ke mana ....hmmm...

saya menetap di melaka ..so sedikit  sebanyak hal cuti cuti  di melaka dalam poket saya ..ewah! yelahb..merantau negeri org kita berjalanlah sementara dekat dgn kita  kalau dh jauh susab pulak nak sampai .tapi pelikkan..bila dekat taknak pergi  dh jauh  baru nak pergi hmmm....

persoalan ramai yg tanya . .nak dok hotel mana?

hah ni soalan yg takde jawpan yess or no..depends  on your  budget .kalau nak lima  bintang  ada philea hotel...betul2 keluar tol ayer keroh.... ada jugak ramada hotel ..atau dulu namanya renaissance  hotel. selain tu ada hatten hotel betul2 tgh bandar rasanyabersambung  ngn mall. ni kalau nak g menara taming sari  mmg dekat lah ..jalan kaki je...selain tu ada jugak hotel2 empat bintang lain ...holiday inn....swiss garden 5 bintang rasanya  ....phines hotel...naza hotel , youth hotel . .dan macam macam.lagi...

kena pilih hotel dekat lokasi nak berjalan ..kalau suka bandar duduk area banda hilir  dekat dengan bangunan2 bersejarah ..jonker walk dan dataran pahlawan...kalau belah ayer keroh dkt dgn zoo...bayou lagoon..melaka wonderland dan lain lain....

kalau A famosa resort di alor gajah ...kat sana agk jauh jaraknya dengan banda hilir . ...ok ..jom tengok gambar hotel ...
D viiage resort..ayer keroh ..masa ni imran ada hi tea kelas 2 kenanga

rumah ala kampung...best kan..!

tu bayou lagoon...

ada swimming pool . ..

belakang tu rumah org ..yelah dekat taman perumahan

tempat  budak2 main air....hihi



Khamis, 12 November 2015

fancy cake.

geram betul semalam ke mc Donald  makan kek seketul 10.90..haish geramnye.
nampaknya balik ni kena  buat kek ..biar tersimpan dlm peti ais..anak.nak makan. takyah nak.beli kek kek yg mahal tu ..takpatut betoilah...

kalau makan kat popdonna lagilah satu bekas meatball yg ikea tu rm6 .maksudnya sebijik rm1. amboii ..untongg betul ekk..tulab gaya hidup rakyat malaysia dh berubah dr makan bengkak ( bingka) dah tukar cheese cake. ..dr makan bergedil dh makan meatball dari makan mee dh makan spagheti ..lasagna dan sebagainya. hurmm..barang 2  tu semua dtgnya dr overseas . maka mestilah kosnya mahal..koleksi mknn dr luar dan dlm rumah
 ..
mango ..ni d qasreena cafe

baked meatballs  dr ama cafe

homemade  popcorn  

zowa cake di popdonna rm 8😱😱😱

noodles  boat   bihun je pun..😩😩

orked imani...ayam gireng iby

oreo cheesecake  ama cafe

favourite  imran ...rotu jala  dan kari ayam

hakikatnya mkn dirumah lg sedap dr di kedai.cuma mak kena rajin...hihi..😭😭😭

so ..rajin2kanlah diri  anda okey?..

Rabu, 11 November 2015

iyad kena gegata. bagaimana merawat gegata?

Gegata ni penyakit kulit yang menyebabkan kita gatal gatal dibahagian yg naik gegata..seingat saya masa kecil jika jadi macam ni ..mak akan sapu abu ...dapur arang kan ada yg putih2 tu kesan kayu terbakar sapu ...tapi sekarang ni mana nak cari abu..bukan selalu bakar ikan...

ceritanya, selepas iyad buat contrast  study ..masukkan barium utk lihat samada iyad masih ada severe reflux atau tidak badan iyad terus naik gegata...ada satu malam..kepala iyad bengkak sampai berbonjol bonjol dan paling menakutkan  muka iyad berubah rupa ....sebab bengkak kesan bahan racun tersebut.

cuba google  mesti ada...



 tengoklah  betapa lainnya muka iyad ...lagi takut ! ! macam ada bola pingpong kat tengkorak kepala bukan satu tapi banyak . ..😭😭

ada org kata keteguran. kena buat rawatan .ini rawatan Islam yg kami buat ..jumpa dlm internet.Alhamdulillah  berhasil..tapi jadi balik..so kena buat balik sampai elok..


Bahan-bahan untuk rawatan:

1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).


yang agak rimbun tulah pokok bidara ..daunya kecil2..dan batangnya berduri...elok utk berubat dan mandikan mayat...sgt subur..kami beli anak pokoknya dr darul syifa. Abaikan model baju belang tu ...


cherengin hills resort janda baik.

Assalammualaikum. Isnin lepas kami ke Janda baik bukan utk bercuti tapi utk teman ayah kursus di sana. Sebenarnya ini kali kedua kami ke sini . .kali pertama  semasa imran masih kecil. Janda baik tempat  yg aman damai dan jauh dari kesibukkan kota. kalau ke sini bolehlah kita mandi sungai dan hidup back to nature konon lah ..hehe..tapi sapa yg mmg ada kampung ..kira cam balik kampung lah. kebanyakan  yg dtg ke sini adalah kumpulan syarikat yg menghantar staffnya utk kursus jati diri atau team building. macam macam aktiviti lasak yang boleh dilakukan . lokasi nya yg atas bukit menyamai jika kita bercuti ke Cameron Highlands  atau bukit tinggi.

cherengin  hills ni ada swimming pool dan mini zoo , sebab kan hari hujan kami tak sempat ke mini zoo..cuma imran dpt mandi swimming pool tika adik adiknya sedang tidor do bilik...nxt time boleh dtg kalau mmg hajat nak mandi sg atau buat aktiviti lain.

makan ..? kami makan malam di restoran  che ..berhampiran kediaman ketua kamping janda baik. okay lah ..sedap tapi sup ekornya kurang kick  sebab tak pedas. kami makan sup ekor, telur bungkus dan daging masak merah. add on telur dadar..nasi 4 . air semua yital bayar rm 38 ..oklah.

so ..kita layan jelah gambar..mana tau kalo awak awak semua teringin nak ke janda baikb..boleh jadikan panduan. ok! pastikan anda pencipta alam jika mahu ke sini jika tidak lupakan .ewah!


ibu ngn orked ...ni ondaway nak pergi dinner..kami pergi dinner awal sebelum pukul 6..alhamdulilah  dpt makan kedai tomyam yg sedap.

ihsan bajet hensemlah tu

waktu ni ayah sibuk nak minjm welvome drink..😝😝😝

ini dining area nye

view yg mendamaikan.

the pool.

jalan jalan ..sebab diorg tak berapa sihat ..batuk selsema maka no mandi2...

dh bujanh sangat anak sulung aku nih

view dr  bilik..



capture wajib ..😂😂

bilik ye kecil je..nasib baik muat semua tido atas  katil..😂

receptions  


hijau je ..mmg mendamaikan..



lepas google2 rupa rupanya best janda baik ni ...ada banyak hotel yg happening dan dekat dgn sg ..next time boleh pergi ..ek..ek..

Khamis, 8 Oktober 2015

mood masak yang sudah kembali.

alhamdulillah dah dtg minat nak memasak semula. maka macam macam menu yang keluar. sebenarnya ini tak lain tidak sebagai kenang kengangan untk hari akan datang betapa kalut membesarkan anak dan masih mampu menyiapkan makanan kesukaan mereka, itu salah satu kegembiraan ibu. suami juga suka sebab dapat menikmati makanan yang sedap tanpa perlu mengeluar duit yang banyak.

tulah ,kita semua suka makan kat restoran yang fancy. terfikir juga baik kita deko rumah kita supaya kita dpat menyediakan menu dan suasana ala restoran ..so hari hari dpt makan kedai . dan duit yang lebih kita kumpul utk simpanan hari akan dtg.

kalau nak cerita banyak benda nak buat dlm kepala ni. nak beli langsir nak cat rumah nak deko deko ruang makan ala rstoran dan sebaqgainyalah, jadikan rumah kita sebagai syurga utk kita.

dalam pada itu sibuk menyiapkan tugasan penting seperti hrmis dan soalan akhir tahun. minggu hadapan imran akan exam. iyad demam..perancangan tukar tiub iyad mesti dibuat pada tahun ini kerana iyad akan bersekolah pada tahun hadapan. ihsan mula boleh bercakap, dan orked sedang explore merangkak dan mengurip barang. biasalah proses pembelajaran.

hari ni ,ibu cuti sempena hari tyt negeri melaka. ayah kerja maka ibu pun plan nak masak dirumah. nnt ayah balik boleh makan yang sedap sedap.

okaylah..semua rutin ni ibu ibu buat, sama sahaja, takde beza pun cuma ada yang menunjuk kerja yang dibuat pada umum ada yang sembunyi. biasalh..saya pun kadang upload gambar masakan. entahlah ..mungkin nak share atau mungkin nak cakap ' tengok ni saya rajin masak.." maka terhapuslah pahala atas kebaikan tersebut. paling tak tahan ada yang lapor buat ibadat dalam facebook. wallahu'alam. itulah membentuk hati yang ikhlas ni susah ..ibarat mencr semut hitam di atas batu hitam di waktu malam, jadi..skrg sy sedang melatih diri switch off facebook dr status yang entah apa ntah. kalau ketagih sgt nak post buat lock ..only you ..okay?

kadang kadang org bacaorg tahu apa isi hati kita, tengoklah mana ada org hantar gambar selpie buruk buruk,...semua nak letak side yang paling indah dalam diri. nak tak nak sedikit sebanyak akan timbul perasaan riak. tambah ada yang letak komen gorgeous!..lawanya..nampak muda and so on!
lagilah naik lemak ..entah entah org tu perli je ..camne tuh
aku lah tu tak cakap org.

tetiba tulis ni ..teringat seorang rakan sek menengah yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua. sad partnya ...mengahwini suami org..the cruel part..without first wife permission. curik curik..then lebih menambah rencah ..bernikah di siam. oh man. dunia. inilah ..kita tak tahu takdir kita bagaimana . mmg lah dengar macam teruknya ...tapi itulah ketentuan dan pilihannya utk kehidupannya. scary dgr..

bak kata kakak ku hidup ini ujian . ujian utk kita suami isteri. kita mesti berjuang menyelamatkan rumahtangga. tiada rumah tangga yang tidak ditimpa badai.percayalah..jengkel juga bila budak budak muda baru kawin setahun upload gambo mesra cam kaulah pasangan paling bahagia dalam dunia.

nak je aku cakap
" weh..ko ingat kawin ni sepanjang masa bahagia ke.. jangan ingat awal eprkahwinan suami ko baik ..suami koakan baik macam tu hingga ke akhir hayat! come on lah ...suami aku dulu pun masa baru kawin topup belikan ..minyak kereta isikan ...phone charge kan..apa lagi...macam macam lah ..tapi hakikatnya kita take for granted ,macam lah suami kita malaikat akan begitu selamanya . makanya kita pun amik endah tak endah. teruskan buat perangai manja kita tu..weh! setahun dua nak lah dia layan ..masuk tiga empat tahun ampun!..so nak pesan shout silently sebab assume takde siapa baca l
blog aku .
"wahai isteri isteri muda layanlah suami mu seperti raja ketika sifatnya seperti hamba. kerana takut suatu hari nanti kau akan diperhambakan oleh suami seperti raja ..bley?"


apapun jodoh ketentuan ALLAH ...sabar redha..berbahagialah dengan apa yang kamu ada insya allah bahagia,satu lagi kalau bahagia simpan kalau duka pun siampan ..
baik buruk pasangan simpan ..itulah yang dikatakan suami isteri seperti pakaian. saling menutupi aib antara satu sama lain.
ok cukup membebel..seronok juga boleh cakap apa yang kita raasa
kalau kat fb tu susah sikit ...semua org baca lepas tu kang org kata kau tu acah ahli syurga ..haish!

so faham faham jelah k..

ok!

list tugas kita nak buat:

1. basuh kain tengah on
2. nyapu sampah
3. mop lantai kalau rajin
4.bagi orked makan
5. masak pizza ni tak pastu cuba dulu...hahah

Jumaat, 14 Ogos 2015

soalan KBAT SPM 2015

post  ini disebarkan melalui whats app...semoga beroleh manfaat. insya Allah. terima kasih yg sudi berkongsi.

alam semua. Sy dapat dr GPI Gombak Selangor. Harap ada manfaat dn pahala yg berterusan.

Aslkm rakan gpi
Berikut apa yg saya boleh kongsikan drpd bengkel kbat spm hari ini. Mohon pembetulan kiranya ada kesilapan. 😉

Cth soalan kbat spm bengkel 25.4.2015 - Aras kesukaran soalan spm 5.3.2
Aras kesukaran soalan pt3  3.4.3

Soalan kbat 4 markah....rubrik

Isi (1m)
Huraian(1m)
Penjelasan huraian (1m)
Rumusan (1m)
## calon tetap jawab dlm perenggan bukan dlm point
##kesimpulan tidak boleh ulang isi
##kesimpulan boleh bentuk cadangan

Soalan 1
Budaya masa kini meletakkan mas kahwin yg tinggi seolah-olah anak menjadi brg dagangan sedangkan hadis rasulullah menyebut semulia mulia perempuan adalah yang rendah mas kahwinnya.
Berdasarkan pernyataan di atas bagaimana mendidik masyarakat supaya mas kahwin bukan mengikut adat tetapi mengikut sunnah.

Soalan 2
A telah terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan dia dirawat di hospital. Kecederaannya serius sehingga tidak boleh bergerak sendiri.
Anda telah ditugaskan utk merawat A. Bagaimanakah anda menenangkan emosi A.                           (4 m)

Contoh jawapan
Saya akan menasihatkan A (isi)
supaya byk byk bersabar (huraian)

Saya akan berborak dgn A(isi)
Supaya dia rasa diambil peduli(huraian)
Kerana orang sakit sangat sensitif  (penjelasan huraian)
Oleh itu, sbg org islam kita jangan ada pilih kasih ant org sihat dgn sakit sebab semua org sama di sisi Allah (kesimpulan)



Soalan 3
A bertugas di Melaka. Beliau telah menerima surat supaya menjalankan tugas di Pulau Pinang selama 4 hari bermula hari isnin hingga khamis. A bertolak dari melaka jam 10 pagi. 6 jam kemudian dia telah singgah di kwsn r n r utk berehat
Berdasarkan situasi di atas, namakan ibadah solat yg boleh dilakukan oleh A.

Cth jaw
Menunaikan solat zohor secara sempurna (isi) /
Jamak takdim zohor asar (isi) kerana masih berada dlm waktu zohor (huraian)

Andaian untuk soalan kbat yg memerlukan 6 markah
...Guru boleh membina  soalan bertindih:
Contoh:
a. Pada pandangan anda kenapa berlaku demikian dan apakah cara mengatasinya.
b.........apakah akibat dan cara mengatasi

Andaian rubrik jika soalan kbat (6m)
a. Soalan tidak bertindih
1 isi
2 huraian
2 penjelasan huraian
1 kesimpulan

2 isi
2 huraian
1 penjelasan huraian
1 kesimpulan

Soalan 4
Trend masa kini anak -anak suka menghantar ibu bapa yg telah uzur ke rumah orang tua atau pusat penjagàan org tua.

Mengapakah situasi di atas boleh berlaku sedangkan mereka mengetahui kesan daripada perbuatan tersebut. (6m)

Rubrik
Anak anak sibuk bekerja (1m)
Kerana mencari nafkah utk keluarga (1 m)
Menyebabkan mrk tiada masa utk menguruskan keperluan harian ibu bapa (1m)
Dan khuatir ibu bapa terbiar tanpa pengawasan (1m)
Sebagai seorg anak kita semestinya bijak menguruskan masa antara keperluan harian dengan memenuhi tanggungjawab(1m) supaya tidak mendapat kemurkaan Allah (1m

Soalan 5
Orang yang mendapat hidayah Allah dapat dilihat melalui perlakuannya dalam kehidupan seharian.
Sejauh manakah penyataan di atas benar. Huraikan hujah anda berdasarkan pemerhatian anda dalam kehidupan bermasyarakat.

Rubrik
 benar / betul (1m)
sentiasa bercakap benar (1m)
agar tidak menimbulkan perselisihan(1m)
Oleh itu kita hendaklah mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan  agar hidup aman damai. (1m)

Soalan 6
Kebelakangan ini ajaran syiah telah menular dalam masyarakat. Ramalkan keadaan masyarakat akan datang jika umat islam tidak peka terhadap situasi tersebut

Soalan 7
Remaja hari ini sering terlibat dgn budaya asing spt k pop.  Situasi ini menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Bagaimanakah anda dapat menyedarkan rakan anda yg terlibat dengan budaya negatif tersebut.

Soalan 8
Terdpt segelintir remaja islam yg tidak segan silu memuat naik gambar yg tidak sopan dalam laman sosial.  Bagaimanakah cara mendidik remaja ini supaya takut melakukan perkara di atas.

Soalan 9
Berdasarkan keratan gambar di atas, sejauh manakah perbuatan tersebut boleh mencemarkan imej negara. Berikan hujah anda

Soalan 10
Antara usaha kerajaan membenteras ajaran sesat adalah melalui penerbitan akhbar kepada org ramai. Sejauh manakah peranan media massa dalam membenteras ajaran sesat yg berleluasa di Malaysia. Berikan pandangan anda.

Teknik Soalan KBAT PENDIDIKAN ISLAM

Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik Penyoalan KBAT

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!

memahami soalan KBAT PT3

Assalammualaikum  semua. ..pada asalnya saya menyimpan bahan KBAT  pendidikan Islam di blog adalah utk simpanan sendiri pada masa akan datang. ..namun tidak disangka bulan lepas views  post kbat melonjak naik sehingga reviews  blog sayabulan lepas mencecah 1000 lebih ia di paparkan . ..iyalah ..musim percubaan pt3 ..semua pelajar mencari kaedah  menjawab pt3...terus terang saya cakap itu vukan tulisan saya sebaliknya  perkongsian dr rakan rakan group  whats app yg saya panjangkan . ..

di sini saya sertakan link utk memahami kehendak sesuatu soalan KBAT

http://spi.jpnns.gov.my/Pendidikan%20Islam%20Menengah/1.kata%20kunci%20dan%20latihan%20%20PT3.pdf

nanti saya perjelaskan ..
utk semua calon pt3 good luck!



Selasa, 11 Ogos 2015

teknik menjawab soalan KBAT

assalammualaikum  
kbat tingkatan 5 

soalan yg ditanyakan adalah mengkehendaki pelajar berfikir dengan pengetahuan  sedia ada pd pelajar.


format wajib: 

1. isi utama : 1m
2. huraian : 1m
3. huraian lengkap : 1m
4. penutu/kesimpuan:1m

TOTAL : 4M

CONTOH  SOALAN :

Pada pandangan anda, apakah penyebab peningkatan  kes ponteng di sekolah?

Jawapan: 

pada pandangan saya, penyebab peningkatan kes ponteng di sekolah ialah pengaruh rakan sebaya (isi 1m) yang negatif ( huraian 1m)seperti tidak minat belajar, atau suka melepak di siber kafe ( huraian  lengkap 1m) .oleh itu, kita mestilah memilih rakan yg baik supaya kita tidak  terlibat dgn gejala  ponteng sekolah. ( kesimpulan  1m)


kelemahan pelajar selalunya pada kekurangan ilmu, atau maklumat atau tidak tahu membuat ayat lengkap menyebabkan  jawapan pelajar tergantung.

namun saya suka ingatkan , jgn sesekali meninggalkan 4 m ini kerana merugikan  cyba jawab dgn jawapan kamu sendiri idea sendiri . .paling tidak pemeriksa akn memberi satu atau dua markah.tidak mengapa..

masalah kbat paling merunsingkan pljr di kelas hujung tambahan  mereka kurang kemahiran membina ayat . .kadangkala mereka th jawapan tetapi  susah menterjemahkan  nya dlm bentuk ayat. 

 di bawah contoh  jawapan kbat spm perkongsian  rakan what apps dr johor. 

terima kasih . 

koleksi2 soalan kbat utk pt3 bakal menyusul... 







Khamis, 6 Ogos 2015

rancangan pengajaran harian Pendidikan Islam

alhamdulillah . .terjumpa satu web panitia pendidikan islam seluruh  mrsm...

ada rph setiap tingkatan dengan lengkap ...so kita tak payah nak pikir terus copy
sila click di sini..

nnt update lagi

tentang plc.

Rabu, 29 Julai 2015

Resepi Oreo Cheese Cake mudah , sedap , cepat dan ringkas!

Assalammualaikum ...mood rajin dh datang ...


Base cake  :

biskut marie 20 keping hancurkan
butter  4 sudu cairkan

gaul kedua duanya..jika agak seroi tidak melekat  tambah  butter lagi..

masukkan dalam spring  form yg boleh cabut  tepi nya . ..dan mampat2kan ...guna sudu pun  boleh..

setel bab nih . ..masukkan  kedalam peti ais  belah biasa bkn  beku selama setengah jam.

bhgian atas:

cream cheese   250g tatura brand murah sikit rm 7 lebih di mydin
whipping  cream 200g / kalau dpt non dairy. satu kotak kecik tu ...
yg ni kena pukul lembut  dan berhati  hati. .takut ia membalik taknk naik mcm cream...

oreo dalam 7/ 8 keping  patah  4
susu pekat manis terpulang nk atau tak
gula 4 sd bsr resepi asal 100g
gelatin  15g panaskan double boiled dgn 50ml air
vanila 1 ts

caranya:

pukul cream cheese dgn gula bergantung jugak thp kemanisannya . ..pukul hingga kembang...masukkn  gelatin ..pukul lagi ..susu pekat  actually  resepi asal white chocolate . ..pukul   kemudian  ketepikan...

pukul whipping  cream  dengan berhati2 sehingga naik sekali ganda ..better simpan dlm peti ais sblm pukul whipping  cream  tu...( petua lain : guna bekas stainless  steel  dan kalau boleh sejukkan bekas  tu dlm freeze dulu...) bekas pastikan kering dan bebas dr apa apa...pukul sederhana ok..lemah lembut ..

lepas  dh pukul ..masukkan  dlm adunan cheese tadi ...dan kacau sebati..kemudian masukkan oreo yg dh dipatahkan  tu.

keluarkan based yg dlm freeze td dan tuang adunan cream  cheese tadi ...atas biskut yg dimampatkan tu...

dh siap ..sejuk dlm peti aus semalaman.

sgt ringkas  dan...sedap...!

yg ni buat utk besday iyad ..tambah nutella di atas nya utk lebih yummy...

ini rupanya  jika buat  seperti resepi di atas . ..

jgn lupa  cuba..

idea asal  blog azlita masam manis dan hana family...

i gabung jadi satu resepi.

da...!!


Selasa, 28 Julai 2015

cerita jamuan raya : throwback . ..

ahad lepas 26hb julai ..kami buat sedikit acara makan makan di rumah. tak masak banyak pun cuma satu menu utama ..soto ayam dan kek oreo cheese...sempena hari jadi iyad ke empat.

hari tu kawan hafidz yg datang ex senior um kak rozana dan seorang akak cina. kebetulan dah ada makanan ..ajak sekali friends dlm group  isteri isteri gossip..dayot  mas pipah ujoi dan abby ..tapi dayot dan mas sahaja yang datang ..okay lah itupun dah meriah sgt.
mmg kali ni kami sempoi je ..org dtg dapur dh bersih ..tinggal nak layan tetamu je..so kitorang pun boleh makan makan...

anak anak pun happy ramai kawan . .sambil tu menjamu selera kuih raya mydin  yg murah dah sedap .tart nenas baru 19.90 sebekas..

jom ..tengok  gambar...yeya..
oreo cheesecake no bake ..utk besday iyad

kawan kawan hafidz....

excited semua..

kawan baik di um...dayot mas   ....dan anak anak dara aufa dan orked

celebration  besday iyad dan aman..selang dua hari je

kawan kawan ..ama..

aunty mas dan aufa.
malamnya ex student pulak datang ...makanan dh habis ..jadik buat magie goreng 6 bungkus ..selesai semua makan . ..dah lewat jugak ..pukul 11 malam diorg balik...

alhamdulillah . .seronok  menjamu org makan walaupun penat masak ..dan melayan tetamu...insya Allah  nnt nak buat lagi ....simple simple je janji dpt jamu org makan...

jumpa lagi bai!

Isnin, 6 Julai 2015

M.A.I.D !!

mari tgk koleksi maid maid yg kita ada😛😛


1. bibik yati - orang bandung sunda beragama islam dan sgt patuh pada  agama.dikampung nya bibik mengajar budak mengaji. janda anak dua ..dia bercerai dgn suaminya apabila keluarga masuk campur urusan keluarganya ...bibik yati sgt baik ..menjaga iyad sejak iyad berumur 3 bulan . dari september 2011 sehinggalah mei 2013...dia sabar dan taat pada majikan..

pada mulanya  bibik yati nak sambung  kerja ..tapi malang seminggu sebelum cuti sekolah dapat berita ibunya meninggal dunia ..tiada org yg nak jaga anaknya ..maka bibik yati terpaksa menjaga anaknya. pengalaman  sendiri ..bibik yayi ni baru kali pertama dtg ke malaysia ..itu yg untungnya jangan ambik yg dr agensi. .panjang akalnya ..sebab ramai yg mengajar...

2. sufinah- taklama ..taksampai sebulan . .dpt th dr jiran dia nak lari . .siap bagitahu kat abang repair aie cond sebelah umah ..saya tak cukup makan ..tak diberi makan ..yolong hantar  kan saya ke terminal . ..dpt tahu esok ye terus hantar balik ke ejen di klang ..hari yg sama bawa maid baru. .

3. aminah- yang ni mmg paling sadis ..umor mmg nampak dah 50an atau 60an ..mmg dh uzur..muka mmg curiga . .yg ni cuma keje 3 hari ..lepas tu lari tinggalkan iyad di hospital besar melaka..sewaktu diamanahkan jaga iyad masa iyad admitted . ingat lagi pukul 5 pg nurse telepon tanya akak ada dtg hantar barang ke ..sebab maid tu keluar cakap nak amik barang ..dr akak..fuh! bila nurse2 tu kejar dia lari..wallahu alam sekarang dia kat mana..

4. siti masturah- amik dr September  2013..lari dengan secara diketahui  pada januari 2015...yg ni amik dr anak majikan ..budak umor baru 20 tahun
.level kurang ajerr paling tinggi kot..dia lari rumah macam tu je sewaktu kami semua ada dirumah ...pastu dah lari rumab buat salah tapi macam tak bersalah masih active berfacebook bagai ...rasa nak je suruh polis  tangkap . .sebab geramm je tengok maid yg tak bertanggungjawab di depan mata ..aish...

sekarang  anak anak dijaga pengasuh ..jiran setaman kak peah . .sama sama kampung perak  Alhamdulillah . .hati lebih tenang berbanding ada maid di rumah..

tak tahulah lain orang lain rezekinya ..mgkin kita ni tak cukup sabar dan baik kott...

kalau doctor muhaya hari2 ucap terima kasih pada maid..😬😬ni kalo maid ye menjengkelkan  takkan nak ucap terima kasih...

masa maid yg terakhir dia akan buat kerje basic je ...laman rumah dia takkan kerjakan apa apa...kononnya  luar bidang dia...porch pun jarang jarang dia basuh ..kita ni taklah demand sangat janji jaga anak elok kira dh ok sgt dah ..masak pun tak  suruh. .dia masak utk iyad dan ihsan  dan apa yg dia nak makan ..bila dia buat salah kita  tegur buat muka ..palingg tak tahan ..rasa macam nak lempang2 je..kalau pekerjaan dia kita diam kan je mmg boleh tahan lama lah ..5 tahun  pun boleh kot..mana sabar..ikut dann dia je..isk!

ikut pengalaman  maid indonesia ni bukan jujur sgt nak kerje..sebaliknya hanya batu loncatan je dia masuk ke malaysia. hanya org yg ada maid je faham perasaan ada maid ...dia punya menyakitkan  hati tu mmg makan dalam ..tak teriman ko jah!!

gaji tiap  tiap tahun naik.

makan cukup ..

keperluan pun disediakan ..kiranya duit gaji dia solid masuk poket hantar kampung ..rasa rasa dia lagikaya dr majikan..

itulah antara asam garam ada maid.

nasib baik lah tak sampai yg teruk teruk macam dera anak atau pun bagi makan najis pada anak...nauzubillah.

ni tetiba cerita maid ni bukan apa ...sebab jiran sebelah rumah ni baru maid dia lari. kasihan dia ..sejak ada maid tak pernah kekal  lama ..cuma sorg je..lain nyalari ..kalau tak silap banyak jugak maid akak ni ada bersilih  ganti 7 , 8 orang ....






Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...