Isnin, 19 Disember 2016

Be aware: produk kosmetik murahan.

Nak cantik? Nak putih? Nak glowing? Dia ada kelulusan Kem Kesihatan? ada . DAH SEMAK NO TERSEBUT BETUL ATAU SALAH? 

Sila jadi bijak. Jangan dia jual produk kata ada kelulusan dan beri no kita terus percaya..taknak selidik terlebih dahulu no tersebut betul atau salah? 

Semalam tertarik dengan satu produk. Iyelah pengasasnya cantik umur baru 22 tahun. Tapi mmg tahu selalunya produk yg sedemikian mmg tak original. Kebanyakannya di import dan diletak packaging baru. 

Saja google nama produk. Jumpa blog siap letak no kkm lagi..bila 

Semak di sini 

tak wujud langsung no pendaftaran tersebut. Amboi..beraninya letak letak produk gitu. 

Jangan lah mudah tertipu. 
Nak kulit ala ala korea. 
Diorg tu mmg duk musim sejuk..muka pun teganglah ...kita ni cuaca panas.sun burn..tapi Allah SWT kaya bagi kita vitamin E...tak salah nak cantik, mmg kena jaga apa yg Allah bagi..namun jgn terlalu taksub .takut jadi mudharat kemudian hari. 

Petua nak cantik: 

Jaga pemakanan
Banyakkan makan sayur dan buah.
Bersenam 30 min 3 kali seminggu
Emosi mempengaruhi hormon badan kita, apa guna cantik tapi masam kelat tak nak senyum
Cantik lahir dari hati yg baik.
Biar cantik luar dan dalam.

Semoga kita semua cantik  ( amal perbuatan ) 
di sisi Yang Maha Cantik.


Madain Salleh; sekadar pandangan.

Madain Salleh sebuah tempat bersejarah mengenai umat Nabi Salleh iaitu kaum Tsamud. Kaum Tsamud adalah salah satu drpd kaum kaum yg dibinasakan oleh Allah SWT disebab mereka tidak bersyukur , kufur dan menuduh Nabi Salleh sebagai pendusta dan menolak  agama Allah. 

Mereka dikurnia kan oleh Allah kepandaian membina bangunan dari bukit sebagai mana yg Allah SWT nyatakan dalam surah Al Fajr ayat 9. 

Kesempatan umrah lalu, Imran berpeluang melihat peninggalan kaum Tsamud ini. 

Namun adalah diingatkan kedudukan nya sangat jauh dari Madinah iaitu lebih kurang 450km memakan perjalanan selama 5 jam pergi dan 5 jam balik. ALLAHUAKBAR. 

Pada pendapat peribadi saya, jika kalian baru pertama kali menunaikan umrah masih belum puas mwnziarahi makam Rasulullah SAW lebih baik kalian menghabiskan masa di Masjid Nabawi  berbanding menghabiskan masa 10 jam hanya utk menangkap gambar 15 minit! 

Sudah lah terlepas 4 waktu solat di masjid Nabawi di mana 1 rakaat menyamai 100 000 ribu rakaag di tempat lagi. Belum lagi dihitung kelebihan mengunjungi makam Rasulullah SAW yakni Raudhah berbanding menziarahi tempat kaum yg dimurkai Allah SWT. 

Wallahu 'alam. 

Sekitar gambar kenangan di Madain Salleh. 
Baca sedikit mengenai Madain Salleh sebelum ke sana. 

Menurut suami ..sebenarnya ia adalah bangunan kubur. 

Imran bersama atok. Mereka sampai di Madain Salleh sekitar 4.30 petang waktu Arab Saudi hampir waktu maghrib

Madain Salleh tearmasuk salah satu World Herritage UNESCO

Menjadi keajaiban bangunan yg dibina daripada bukit.

Kawasan padang pasir.

Melihat sejarah mendekatkan kita pada kekuasaan Allah SWT.

Foto kenangan .



Ada yg masuk utk melihat apa yg ada di dalam.




Cantik pemandangan di padang pasir. 

Madain Salleh di utara semenanjung Arab , Hijaz. 

Khamis, 15 Disember 2016

Travelog Umrah Imran.


Labaikallahumma labaik...Labaikala.syarika laka labaik...
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT yg memakbulkan permintaan dan hajat imran untuk menunaikan umrah. Ini umrah Imran yang pertama kali dan ke 4 kalo buat ayah. 

Idea asalnya ialah jemputan opah utk bawa Imran menunaikan umrah. Disebabkan syarat membawa anak berusia 15 tahun WAJIB bersama ibu dan ayah ..maka ayah pergi utk menemani Imran. 

Tapi ibu tak dlt pergi sama, hanya passport sebagai pengganti diri. 

Setelah menanti beberapa minggu, maka sampailah masa Imran berlepas. 15hb Disember 2016 detik yg Imran takkan lupa. Ibu dan adik adik hanya menghantar imran dan ayah di Melaka sentral. 

Flight penerbangan Imran ke Madinah ialah Flynas, penerbangan tambang murah yg menyediakan perkhidmatan penerbangan ke 4 destinasi antaranya Jeddah, Riyadh, Madinah dan Mesir.


Aksi Imran dan Moyang, uncle Anwar, Nek Teh dan bapa saudaranya.

Beruntung dalam usia 9 tahun telah menunaikan umrah. Semoga ia jadi pemangkin semangat utk Imran jadi hamba Allah yg soleh  

Aunty Mahirah dan ayah..serta Nenek angkat  

Rombongan keluarga Abdul Rahim ke Mekah .Bye bye ibu....sob..sob...

Alhamdulillah selamat sampak ke Madinah 

Ayah ketika solat subuh.Badan masih letih perjalanan yg jauh. 

Pemandangan masjid Nabawi selepas solat subuh.

Selepas ini Imran dan ayah akan balik ..makan dan rehat ..sementara menunggu masuknya waktu Zohor.

Apa KPI Imran di Madinah?

Imran nak baca quran banyak banyak supaya Imran dapat khatam di Mekah..dan membaca doa Khatam Quran di depab kaabah.

Doakan imran . 

Khamis, 8 Disember 2016

KOREA : FLIGHT TICKET & NAMSAN GUESTHOUSE 2

Fuh! macam buat assignment pulak...

ok..setelah aku godek Airasiago.com tengok pakej hotel campo flight..
kemudian aku ke airasia nak tengok harga tiket..RM2156. sama flight yang aku pilih bertolak pukul 1 pagi dan sampai 820 pagi...return pun sama ..

kemudian aku ke Traveloka tengok Namsan guesthouse 2 berapa harganya ...aku dapat dalam rm 600 lebih ..kemudian booking.com rm797 ..so memang semestinya traveloka murah! 

tapi bila aku totalkan ```airasiago menang total flight dan hotel di namsan guesthouse ialah

rm 2657
rm2657/ 2 ...rm1328 

kalau kita camporkan harga flight rm2156 + rm700 = rm2800

agak agak ok x?

mmg lah takkan dapat harga kebabomm rm 888 return 2 org...

atau tiket pergi balik rm 600 lebeh...adoii!! mmg bukan rezeki kan ..apa pun kita tunggu bulan dua baru book! mana tau malaysia Airlines buat promo..
Air asia takde luggage dan makanan ..jadiknya! kena fikir another more valueable price ok?

contoh survey di Airasiago.com

ok..korea jumpa di bulan Mac!

#MyTravelokaEscapade

aduh! dah ada contest lah pulak...mungkin www.traveloka.com ni tak tau aku truly loyal customer dia..hahha..setakat ni dah 3 kali lah aku guna perkhidmatan traveloka.




then, traveloka buat contest #MyTravelokaEscapde aku nak pilih South Korea. Yeay! impian jadik kenyataan ..hahah...how you will spending your holiday?

Nak Join klik sini https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

Wah ! soalan ...mestilah dengan melawat semua tempat yg aku idam idamkan ..termasuk cable car dan Myeong dong yg happening ala bukit bintang tu...kebetulan sahabat aku UMMU HANI tengah sambung phd kat sana so..amat lah sesuai aku menjenguk dia.hahah

tapi macam not so adventure kann..apa aku nak buat ekk...ok! 

SATU:
aku nak pakai baju kebaya dan jalan satu seoul ok ape? hahah..tak ke pelik ko! tapi mmg lah dh lama ku ngidam nak buat macam tu cuma tak sempat..masa pergi London mmg tak lah cuaca sejuk
tpi kali ni aku cam tekad je..biar org korea pelik tengok ..


Actually aku bangga dengan baju kita yang melambangkan kehalusan seni budaya kita ..dah tu takkan MAT DAN mat saleh UK langsung jatuh cinta pada Malaysia sampai duduk di Pulau Kapas tujuh tahun!


so Mr Traveloka ..this is how i will spending my holiday here ...the kebaya lady in seoul city!




this is my kebaya!..sumber: Apple couture


KEDUA:


melawat masjid di Itaewon dan menikmati segala jenis makanan halal yg terdapat di korea.

KETIGA:

bermain salji di Deaqwallyong yang digambarkan sebagai ‘Alps of Asia’, Alpensia Ski Resort mempunyai cerun membolehkan saya menikmati luncuran menyeronokkan! ok that's all!
#MyTravelokaEscapade

sila baca review saya guna Traveloka semasa bercuti di Avani Sepang Gold Coast dan tips Book Hotel murah dengan Traveloka 

Selasa, 6 Disember 2016

Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Masih ingat plan saya nak ke langkawi? 
Tak jadi😭😭😭
Sebab imran nak ke umrah perlu ditemani Ayahnya...maka plan ke Langkawi kita tangguhkan...

Dalam pada itu, ibu mula google2 ke Korea. ibu cakap kat ayah..2017 kita pergi Korea ye...4h 5 mlm je...

Nnt ibu cari tiket...ibu cari bawah rm1k utk sorg pergi balik.
Insya Allah kos dalam 2k sorg...utk basic. flight+hotel+transport+ makan....Insya Allah ok kot..
Ok.
Our new assignment.KoREa. 
Date travel will be on april Insya Allah. 

Musim Bunga di Korea (Spring)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga lewat Mei 
Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ – 20℃
Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa untuk berjalan-jalan.
Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.
Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.
Pulau Jeju juga Tempat  Yang Sangat Menarik untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festivalkerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.
Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.
Pakaian Yang Sesuai Musim Bunga :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

Source : muslimtravelbug.com
Bandung 2012
Copypaste#

Jumaat, 25 November 2016

Nystagmus Eyes

Assalammualaikum
dan 
apa khabar?

Nystagmus 

Pernah dengar istilah Nystagmus Eyes? 
secara mudahnya ia satu masalah penglihatan di mana mata hitam bergerak gerak tanpa boleh dikawal oleh seseorang. 

Ini ialah Iyad , anak kedua saya yang lahir pra matang 34 minggu..dengan masalah TOF 
Tracheo-Oesophageal Fistula, Oesophageal Atresia 

Nanti saya akan share apa itu TOF 
pada hari ini saya ingin bercerita tentang nystagmus....

Pada permulaannya saya tak begitu perasan mata anak saya..saya tahu ia bergerak gerak tp tak rasa pelik..mungkin kerna dia bayi premature.
sebenarnya itu satu kelainan..di mata anak mata Iyad tidak boleh fokus ke mata saya ..ia sentiasa bergerak gerak ...sehingga susah utk eye contact dengan Iyad semasa kecil,,tambah lagi bila time menyusu...kita tahi dia tengok kita tapi mata dia sentiasa bergerak gerak..dan saya persan iyad akan gerk gerakkan kepala utk lebih focus...
keadaan ini berterusan sehingga kini..namun apabila kami membawa iyad berjumpa pakar mata di Hospital Besar Melaka ..iyad didiagnos sebagai nystagmus Eyes horizontal..dan syukur iayad masih boleh melihat ..namun pandangannya agak kabur dia punya masalah rabun jauh dan silau yang tinggi sehingga 200 ke atas. 
Setelah menempah spek mata kha sutk iyad namun masih tidak dpt membantu. Doktor telah menasihatkan kami memohon kad OKU untuk Iyad sebagai kecacatan penglihatan. dan Iyad akan mendapat pendidikan khas masalah penglihatan.

Penerangan mengenai nystagmus dari




i bawah akan dibincangkan beberapa jenis nystagmus. Semoga para pembaca dapat memahami penerangan ini :)

1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan 

Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). 

Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut. 

2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)
Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. 

Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Perubatan & nystagmus

Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. 

Naik turun penglihatan.

Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup. 

The Null Position

Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit. 

Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka. 

Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.

Nystagmus & Kaca Mata

Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka. 

Kesimpulan

Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.


Bagaimana anak saya melalui hari harinya?


Alhamdulillah baik..
cuma ada masalah pelajaran..sebab tak boleh melihat dengan jelas. 

continue


Rabu, 23 November 2016

Tadom Hill Resort...best ke?



Salam.
Impian utk ke Tadom Hill ni mmg dh tersimpan lama. Tambah2 bila tengok gambar dia yg awesome. 

So , setelah dirancang pada masa yg diizinkan maka berdua sahaja kami ke sana. 

Kos tak banyak tol rm20 lebih, minyak dan tiket masuk rm20 seorang. Kami bertolak dr Melaka exit di KLIA shah alam tu ..cari banting...tak sempat sampai banting dh nampak sign board Tadom Hill tepi jalan ..agak mudah nak cari, tambah sekarang dengan macam macam teknologi. Itu semua bukan alasan. 

Ok .kami asal cam nak tengok2 je...yelah dh jadi mak bapak budak ni mood huhahuha cam dh agak kurang. 

Sebenarnya, tempat ni kalau pergi berkawan kwn lagi seronok..macam macam boleh buat..mandi ..berakit...main pingpong ..bbq macam2 lagi lah...

Fasiliti agak sempurna..surau tandas semua ada  Cafe makan pun ada . Perasan ada set nasi goreng rm10...oklah tu..kami tak makan pun cuma minta air panas nak makan maggie cup ..tu pun kami beli kat Petronas...

Oklah..elok lyn grafik dari teks kan..hahah😂😂

Posing sikit dpn surau..

Cantik juga tmpatnya..sblm sampai ia Tadom ni Atas bukit ...rupanya tak...

Pondok pondok kecil untuk picnic

Mmg hijau betul air dia, sebelum kami mandi sempat tanya pengawal pantai ni .." eh dik ..ni tasik ke apa...?" panjang lebar budak tu menerang ..aku simpulkan begini ..tasik ni terbentuk dari air mata air yg keluar ..apabila bukit bata ni diletupkan yeke letup utk diambil batunya...senang cakap..tasik ni adalah terbentuk apabila ada air mata air. Airnya mcm tak sejuk...panas pun tidak..suam kot...tp mmg tak mengigil...airnya jernih..dan bersih.

Muka jual mahal taknk mandi..last last terjun juga

Org pergi sini pakai santai2 ni dh ghupe nk masuk kerja

Wefie..weeee.😍😍

Akhirnya...Tadom Hill Resort....

Itulah agak nya bukit batu yg diletupkan sehingga wujudnya mata air..

Cubaan mengoda si isteri terjun....mmg tak lah!

Husband ckp terjun ni dpt iphone...😏😏
Tau kita x berani buat...
Yeay ...

Cool kan?

The Hammock...

Pelantar...dari sini pun boleh terjun.wajib pakai safety jacket..sbb air nya mmg dlm ..lgsg x dpt cecah kaki...

Kesimpulannya, tempat ni cantik dan menarik..jika pergi berkawan2 ramai2 lg happening..nk bw budak tak berani sebab airnya dalam...kami sempat berakit berdua tapi takde siapa nk ambik gambar..sian kan...

Jika nk datang, dtg awal..sekali mandi hanya di benarkan 300 org sebab jaket keselamatan pun x cukup...dia kawal jumlah pengunjung yg dtg supaya tidak terlalu sesak...untung kami pergi keadaan lengang..

Last Tadom Hill mission acomplished!

Ramly burger....restoran dan mart.

First time kami makan di Ramly..di RnR Seremban ..masa ondaway nak pergi Tadom Hill.

Oklah ..not bad..suka style macam ni.
Ada jual burger..oblong ..ada jugak lamb chop..chicken chop...dan lasagna..byk jugak menu dia  

Dari segi ID tip top..ada gaya cowboy sikit bila guna unsur kayu...dan dinding bata merah.

Overall..makanan dia saya bagi 3 and half star. saiz besar ..mmg tak mampu nak habiskan kalau sorg..suami suka sangat fries dia.

Next time kalau lalu r n r seremban boleh lah singgah. kita support bussiness bumiputra. insya Allah. Kompom Halal!





Lamb chop sedap ..juicy. 

The Ramly

LONGCHAMP LOVERS....lover ke?



Assalammualaikum..
dan 
hello semua!

sebenarnya ..saya bukan lah peminat, peminat handbag berjenama..
saya selalu beli handbag2 yang terjual di jusco dan Parkson ..paling heaven jika ke sogo..beg beg bonia yg diletakkan cantik2 di rak dipsplay ..hanya dicampak campak sahaja di sogo..3 rm90 brand? ada carlo rino ,sembonia, CR, dan lain lain lah..

saya ada satu beg bonia, suami beli masa nak dijadikan hantaran ..harganya rm 600..terkejut saya ..masa tu bukan saya yang pilih..tp mak mertua yg ajak suami beli barang kawin dan kami pergi bertiga ke SACC Mall shah alam ..masa tu 2006 ...jadi mak mertua yang pilih dan suruh suami belikan ..ikutkan rasa macam mahal gila handbag rm600...rm300 rasa cam ok lagi...

ok..sambung cerita..
so masa nak ke Paris tu ..adalah ricky2 handbag apa yg boleh dibeli buat kenang kenangan ..ada google LV ..mak aih! tak mampu den! purse je rm3k...handbag dia memang dalam 5k atau 6k tengok jenislah..aduh! bila pikir balik baik aku beli tiket ke istanbul atau ke Zurich..hahah...so masa tu lah sy jumpa longchamps...burbberry pun mahal..lain lain mmg tak berapa tau ..kita ni level middle class aja bukan orang ada ada..cam Dato Vida hihi

bila balik malaysia saya saja cari Instagramers  yg jual longchamps murah ! akhirnya jumpa ..hihi.....

instagram nya : 

longchamp_authenticlovers2



adik ni jual handbag neo small baru rm360 inc postage dan dust bag..ada satu insta ni jual ..beg yg sama cecah rm 400..dan paling tak tahan nak dust bag kena tambah rm 10..

kalau kita nak beli sendiri ke Paris mmg tak lah sama harga ...tapi dr ko nak bayar duit tiket flight bagai hat ni kira ok sgtlahkan ...hihi

saya ada dua beg  LC ni ..baru dua dh jadi lovers ekk...tapi kan kalo g solat masjid area shah alam makcik makcik situ pakai LC utk etak telekung je..stress mak!..hahah...

apapun beg LC ni mmg stylo plus tahan lasak ko! zip dia tali dia semua lah ..tapi ada satu ruang je..takde poket poket..kalau saya jenis suka campak barang satu tempat mmg sesuai sangatlah kan ...reward for yourself pakai barang branded ni ..tapi jangan sampai bergolok gadai sudahlah..

saya ada satu merah ( neo small) dan satu pink..(le pliage)

actually ni beg yang sama ek..cuma pantulan warna jadi kaler lain ...

lepas ni aim nak beli yang ni pula 
picture from tejara. 

tempat shopping di Paris..antaranya...tapi tak murah sgt di sini
jadilah bergambar depan LV ..nak masuk masuk dah ..tapi tak belilah ...


Akhir sekali nak beli handbag yang branded ni elok lah kalau kenal mana yg original mana yang fake...
sayangkan bayar ribu ribu sekali dapat yang fake atau gred AAA..kuali memang sebijik sebotollah cam ori..


LONGCHAMP ORIGINAL OR FAKE LE PLIAGE

atau

LONGCHAMP LE PLIAGE NEO 
dan pastikan beg tersebut mmg ada di website Longchamp yang official. 

harap membantu anda ! 

bye!
WASALAM 




Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...