Selasa, 6 Disember 2016

Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Masih ingat plan saya nak ke langkawi? 
Tak jadi😭😭😭
Sebab imran nak ke umrah perlu ditemani Ayahnya...maka plan ke Langkawi kita tangguhkan...

Dalam pada itu, ibu mula google2 ke Korea. ibu cakap kat ayah..2017 kita pergi Korea ye...4h 5 mlm je...

Nnt ibu cari tiket...ibu cari bawah rm1k utk sorg pergi balik.
Insya Allah kos dalam 2k sorg...utk basic. flight+hotel+transport+ makan....Insya Allah ok kot..
Ok.
Our new assignment.KoREa. 
Date travel will be on april Insya Allah. 

Musim Bunga di Korea (Spring)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga lewat Mei 
Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ – 20℃
Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa untuk berjalan-jalan.
Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.
Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.
Pulau Jeju juga Tempat  Yang Sangat Menarik untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festivalkerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.
Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.
Pakaian Yang Sesuai Musim Bunga :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

Source : muslimtravelbug.com
Bandung 2012
Copypaste#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...