Isnin, 19 Disember 2016

Madain Salleh; sekadar pandangan.

Madain Salleh sebuah tempat bersejarah mengenai umat Nabi Salleh iaitu kaum Tsamud. Kaum Tsamud adalah salah satu drpd kaum kaum yg dibinasakan oleh Allah SWT disebab mereka tidak bersyukur , kufur dan menuduh Nabi Salleh sebagai pendusta dan menolak  agama Allah. 

Mereka dikurnia kan oleh Allah kepandaian membina bangunan dari bukit sebagai mana yg Allah SWT nyatakan dalam surah Al Fajr ayat 9. 

Kesempatan umrah lalu, Imran berpeluang melihat peninggalan kaum Tsamud ini. 

Namun adalah diingatkan kedudukan nya sangat jauh dari Madinah iaitu lebih kurang 450km memakan perjalanan selama 5 jam pergi dan 5 jam balik. ALLAHUAKBAR. 

Pada pendapat peribadi saya, jika kalian baru pertama kali menunaikan umrah masih belum puas mwnziarahi makam Rasulullah SAW lebih baik kalian menghabiskan masa di Masjid Nabawi  berbanding menghabiskan masa 10 jam hanya utk menangkap gambar 15 minit! 

Sudah lah terlepas 4 waktu solat di masjid Nabawi di mana 1 rakaat menyamai 100 000 ribu rakaag di tempat lagi. Belum lagi dihitung kelebihan mengunjungi makam Rasulullah SAW yakni Raudhah berbanding menziarahi tempat kaum yg dimurkai Allah SWT. 

Wallahu 'alam. 

Sekitar gambar kenangan di Madain Salleh. 
Baca sedikit mengenai Madain Salleh sebelum ke sana. 

Menurut suami ..sebenarnya ia adalah bangunan kubur. 

Imran bersama atok. Mereka sampai di Madain Salleh sekitar 4.30 petang waktu Arab Saudi hampir waktu maghrib

Madain Salleh tearmasuk salah satu World Herritage UNESCO

Menjadi keajaiban bangunan yg dibina daripada bukit.

Kawasan padang pasir.

Melihat sejarah mendekatkan kita pada kekuasaan Allah SWT.

Foto kenangan .



Ada yg masuk utk melihat apa yg ada di dalam.




Cantik pemandangan di padang pasir. 

Madain Salleh di utara semenanjung Arab , Hijaz. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...