Jumaat, 25 November 2016

Nystagmus Eyes

Assalammualaikum
dan 
apa khabar?

Nystagmus 

Pernah dengar istilah Nystagmus Eyes? 
secara mudahnya ia satu masalah penglihatan di mana mata hitam bergerak gerak tanpa boleh dikawal oleh seseorang. 

Ini ialah Iyad , anak kedua saya yang lahir pra matang 34 minggu..dengan masalah TOF 
Tracheo-Oesophageal Fistula, Oesophageal Atresia 

Nanti saya akan share apa itu TOF 
pada hari ini saya ingin bercerita tentang nystagmus....

Pada permulaannya saya tak begitu perasan mata anak saya..saya tahu ia bergerak gerak tp tak rasa pelik..mungkin kerna dia bayi premature.
sebenarnya itu satu kelainan..di mata anak mata Iyad tidak boleh fokus ke mata saya ..ia sentiasa bergerak gerak ...sehingga susah utk eye contact dengan Iyad semasa kecil,,tambah lagi bila time menyusu...kita tahi dia tengok kita tapi mata dia sentiasa bergerak gerak..dan saya persan iyad akan gerk gerakkan kepala utk lebih focus...
keadaan ini berterusan sehingga kini..namun apabila kami membawa iyad berjumpa pakar mata di Hospital Besar Melaka ..iyad didiagnos sebagai nystagmus Eyes horizontal..dan syukur iayad masih boleh melihat ..namun pandangannya agak kabur dia punya masalah rabun jauh dan silau yang tinggi sehingga 200 ke atas. 
Setelah menempah spek mata kha sutk iyad namun masih tidak dpt membantu. Doktor telah menasihatkan kami memohon kad OKU untuk Iyad sebagai kecacatan penglihatan. dan Iyad akan mendapat pendidikan khas masalah penglihatan.

Penerangan mengenai nystagmus dari




i bawah akan dibincangkan beberapa jenis nystagmus. Semoga para pembaca dapat memahami penerangan ini :)

1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan 

Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). 

Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut. 

2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)
Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. 

Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Perubatan & nystagmus

Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. 

Naik turun penglihatan.

Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup. 

The Null Position

Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit. 

Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka. 

Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.

Nystagmus & Kaca Mata

Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka. 

Kesimpulan

Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.


Bagaimana anak saya melalui hari harinya?


Alhamdulillah baik..
cuma ada masalah pelajaran..sebab tak boleh melihat dengan jelas. 

continue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...