Khamis, 26 Mei 2016

5 days to go!

Diam tak diam..lg 5 hari kami bakal terbang ke London. Ikutkan mmg tak bersedia apa apa lagi..beg pun masih belum selesai packing. Sambal ikan bilis kena buat ..kalau sempat nak buat cheese kut ..atau mana mana desert yg tahan lama ...boleh makan masa di airport. 

Kertas exam masih bersusun satu pun belum siap. Ada 5 kelas mengajar  dan tingkatan 4 , 5 ada dua paper utk setiap kelas. Aku harap dpt siapkan 3 kelas dulu sebelum pergi pun dh ok sgt. 

Tak sudah dgn exam..sekarang aku giat menqhadakan puasa. Seingat aku 9 hari. 5 hari bakal terlunas bermaksud ada 4 hari lagi.. setelah dihitung baik baik ..aku habis qadha just nice sebelum terbang . .iaitu hari selasa. Rabu raya..dan khamis aku akn berangkat ke paris. 

Abah masih di was hospital Ipoh. Sebelum pergi sudah tentu aku akan berjumpa abah terlebih dahulu. Abah masih mendapatkan rawatan di hospital Ipoh ....aku mmg balik setiap hujung minggu...minggu ini insya Allah aku balik hari sabtu dan balik semula ke melaka pada hari selasa. Orked akan ke rumah Cik Peah pada hari rabu. Sarcastic kah aku ...? Utk memenuhi impian aku ..anak anak aku tinggalkan...hakikatnya bukan begitu. Aku tinggalkan mereka dalam jagaan yg paling aku percayai. 

Abah pula ..aku tahu abah masih belum sihat..tp aku pergi tak lama kurang satu minggu ...dan aku harap adik beradikku faham ..keadaan aku dan suami yg sudah menempah tiket penerbangan dan hotel di sana. Walaupun perkara ini sgt aku idam idamkan ..namun aku pergi tetap dengan rasa berbelah bagi. Ya Allah panjangkan umur ayahku..supaya aku dpt bertemunya làgi.

Aku masih belum menukar duit euro. Setelah terbaca post lama ..baru aku tahu kenapa aku terbooking hotel holiday inn excel tu...rupanya harga promosi hanya 700 lebih..namun campur tax menjadi 800 lebih ..dan masa itu pertukaran matawang kita dan pound rm5.65 = 1 pound. Hari ini telah berubah menjadi rm5.9...jd tak hairanlah kenapa harga hotel menceceh rm933...
Agak membazir di situ. 

Setelah tanya Azureen , rakan sekerja yg belajar dilondon.katanya hotel aku terletak di Zone 3. Jadi aku kena beli zone 1-3 ..tadi aku tengok harganya dalam £12 lebih..kalau tak salah. Tapi aku akan guna selama 3 hari 2 malam . Jadi lebih baik kita beli pass yg untuk 3 hari..kalau guna oyster card kena topup setiap kali nak naik  so baik guna travelcard ni .lebih murah . 

Sampai di london aku dh target nak makan di " Burger and Lobster" Azureen pun cakap halal. Insya Allah .

Debaran makin terasa. Semoga semuanya baik baik sahaja ..peninggalan aku dan suami. Ada pelbagai rasa sedih ..takut...risau ...gembira dan sebagainya. 

Jika kalian membaca post ini. Tolong doakan aku selamat sampai london dan paris dan dpt balik semula ke bumi bertuah Malaysia. 

Salam Ramadhan. Lagi 7 hari .
RAMADHAN KAREM...ALLAHU AKRAM .

**** 
abah meninggal dunia sebelum kami ke London. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...