Rabu, 1 Jun 2016

Kehilangan insan tersayang

AKHIRNYA ENGKAU PERGU JUA...


Hilanglah sudah kesakitan 

Tanggal 1 Jun 2016 ..akhirnya abh pergi jua. Selepas bertarung menghadapi penyakitnya .kami tahu abah sakit .dan kami tahu sakit yg abah tanggung tidak lagi tertanggung olehnya.

Kronologi sakit abah ..awalnya nampak biasa. Abah rosak pada satu buah pinggang tp satu lagi masih berfungsi dengan baik. Abah ada kanser prostat yg agak serius namun agak terkawal.

Kesakitan abah bermula bila prostat membesar dan abah sukar kencing. Awalnya berlaku dlm 3 bulan sekali. Namun selepas balik umrah berlaku dengan lebih kerap  dan semakin skit. Kemuncaknya balik umrah abh dimasukkan di hospital kuala kangsar dan akhirnya di hantar ke hospital besar ipoh..masa ini tindakan flushing dpt membantu abah. Apabila flushing dilakukan air kencing dpt keluar dn abah tidak sakit.

Namun lama kelamaan membengkak dan terus membesar. Sehingga ketumbuhan terjadi di dalam pundi kencing abah.

Kemuncaknya abah sukar kencing..hampir tiada setitis air kencing yg keluar. Sehingga doctor terpaksa buat supro. Lubang di bawah pusat yg direct ke bladder utk keluarkan air kencing.

Kesakitan yg amat sgt menyebabkan abah hilang selera makan ..hampir tidak makan dan minum.jadual ubt abah juga terganggu. Bermula lah kesusahan abah ..yg amat azab kami rasakan ...

Kali terakhir sebelum abah pergi abah admit di hospital ipoh 21hb Mei..selama seminggu pertama dilakukan irrigation. Namun abah tak boleh kencing. Scan menunjukkan ketumbuhan abah semakin membesar sehingga 9cm x 10cm. Semasa ini abah mula di support palitatif team. Utk membantu abah menghadapi kesakitan tersebut.

Ada dua tiub bantu abah keluarkan air kencing iaitu tiub di zakar dan tiub di bawah pusat . Ada masa air kencing mahu keluar. Ada masa tidak mahu. Dan abah akan mengerang kesakitan . Semasa kesakitan tekanan darah abah boleh mencecah sehingga dua ratus

Perut abah mengeras. Buah zakar abah juga mula membesar kerana lebihan air. Tiada apa dpt dilakukan utk mengeluarkan air kencing dan lain lain. Abah bagai putus asa atas kesakitan dan usaha yg padanya sia.sia.

Abah mula muntah.mula2 abah muntah berwarna hijau. Akhir menjadi hitam. Hinggalah suatu hari iaiitu Isnin 30hb ..abah muntah hitam melonjak keluar dr perutnya. Terus Abah ditolak ke emergency utk buat scope tp sayang ketumbuhan abah menghalang proses ini dilakukan .

Setelah keluar OT keadaan abah makin teruk .akhir sekali selepas muntah dan ada sisa masuk ke paru paru abah mula sesak nafas dan terpaksa bernafas dengn oksigen. Abah melawan. Doctor sudah menjangka  masa abah kian hampir. Setelah diambil kira semua aspek doctor mengizinkan abah pulang ke rumah .

Di pagi yang penuh kepiluan 


Selasa, dalam 630petang abah balik ke rumah selepas 2 minggu...abah pulang dalam keadaan abah bernafas melalui mulut dan tercungap2. Bacaan oksigen hanya 85%.

Masih ingat ketika abah dibawa balik .azua bertanya " Abah..abah nak balik rumah.." abah angguk lemah. Aku takkan lupa detik ini. Ibaratnya abah berkata..bantulah abah..bawalah abah keluar hospital. Abah taknak mati di sini.

" ok..kita balik ya abah..."

Abah sedih. Kami akan bawa balik abah. Tp bukan dlm keadaan abah sihat. Tapi dlm keadaan abah tenat . Abah perlukan intubate. Malangnya machine ini tiada . Dan kalau nak kita perlu begging abah sendiri .

Sampai di rumah , pada selasa malam abah diletakkan mengadap ke arah kiblat...abh dibersihkan ..dan dibiarkan tenang..sambil itu kami bergilir gilir menyebut kalimah Allah di telinga abah .hampir setiap saat. Lidah abah turut berzikir. Bayangkan ..dalam keadaan tersangat sakit dan abah tidak lagi mampu menyuarakan kesakitannya ..cuma apa yg kami dpt bantu ialah memberi abah ubat tahan sakit. Terutama bila abah mula menggerakkan kakinya.

Anak anak dan cucu cucu abah tidak putus putus membacakan abah yaasin. Tanpa berhenti. Abah tidak tidur .terus terusan menanggung kesakitannya.

Org lain bergilir tidur namun abah terus sakit. Aku tidak mampu lg melihat kesakitan yg abah tanggung..pukul 3 lebih aku buat solat hajat agar sakaratul maut abah dipermudahkan. Baru aku sedar abah menghadapi sakaratul mautnya dalam tempoh yg pjg...dan lama. Allahu Rabbi...

Pukul 4 pagi lebih abah mengadu lemas. Kami berikan abah oksigen. Nafas abah kian lemah. Masih segar dlm ingatan aku abah begitu payah menarik nafas dan melepaskannya.....

Aku bagai tak tertahan ..sehingga aku berkata " Ya Allah ambiklah nyawa nya jika itu boleh melepaskan abah dr segala siksa dan kesusahan yg ditanggungnya. Bantulah ya Allah  ..kasihanilah abah...ampunkannlah dosa dosanya  ...

Aku masih ingat aku bacakan abah yaasin dlm pukul 10 pagi .....abah masih bernafas  tp dlm pukul 1120 akhirnya abah meninggalkan kami. Tiada air mata yg menitis  ..hanya ucapan syukur kerana penderitaan yg abah tanggung telah berakhir. Syukur ya Allah . Dan kami nampak ketenangan pada wajah abah selepas itu .berakhir sudah derita abah...abah sabar..abah redha. Dan Allah kurniakan husnul khatimah buat abah. Abah pergi dan rupa abah tidak seperti mayat ttapi seperti og yg masih hidup. Abah dilihat tersenyum.terutama ketika abah hendak dimandikan dan selamat dikafankan. Abah dipakaikan jubah dan kopiah ..persis rupa abah selalu bila hendak ke masjid. Terima kasih ya Allah .Engkau kasihilah abah . Peliharalah abah. Tempat kan abah bersama org org yang beriman ....Aamin.

Berakhirnya kesusahan yg abah tanggung.
Ampunkan abah ya Allah.
Ampunkan dosa dosa Abah ya Allah..
Ampunkan dosa dosa Abah ya Allah.
Rabb firli...

Tenang lah abah
Dan berehatlah utk selama lamanya.

Berbahagialah abah ..di sisi Penciptanya  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...