Selasa, 22 November 2016

Langkawi dan Teknik hotel murah!



Cuti sekolah mestilah dinantikan oleh semua orang ..di mana sahaja di Malaysia cuti sekolah bermula pada akhir November dan sebulan dalam bulan Disember...pada masa inilah sumua orang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga..
Namun begitu, kebiasaannya pada masa inilah sekali perkara akan naik harga dari tiket penerbangan . hotel , makanan dan barang barangan ...jadi untuklah kalau kita boleh bercuti pada bukan masa cuti sekolah ...terutama utk percutian keluar negara ...kerana itu saya suka sarankan utk kita pergi bercuti apabila negeri kita sahaja yang bercuti seperti pada Hari Wilayah dan Hari Kelahiran TYT Negeri Melaka..seperti yang kami lakukan pada trip ke Avani Gold Coast hari tu..klik sini 

okay, 
so pada cuti sekolah Disember 2016, saya dan keluarga bersama emak saya dan kakak dan suami akan ke Pulau Langkawi..yeya! 

ini adalah kali ketiga kami ke sini.. sebelum ini masa honeymoon 2006, naik flight kali pertama utk imran pada 2010 dan kali ini Insya Allah 2016...

org kata apa barang ke Langkawi....yelah kalau pikir2 balik kos nak ke Bandung atau Krabi dah lebih kurang sama macam nak ke langkawi..
tapi, apa yang berbeza kali ini kami akan membawa kereta kami ke pulau langkawi..dengan Roro ferry...

Mungkin ada yang kali pertama dengar. 
ok..sebenarnya sejak 2012 kalau tak silap kita dah boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi..jadi tak pperlu menyewa kereta lagi..tapi kos nak bawa kereta tu yang kena tanggung..

1. Pengangkutan 

kalau naik roro ferry ni kena tengok kereta jenis apa dan berapa cc..utk mpv 3000cc maca kereta kami dalam rm340 termasuk driver..driver tak pperlu bayar..utk penumpang lain dan rm26 pergi balik sama tambang naik ferry ..rm18 utk dewasa...tapi naik dari Kuala Perlis...dan kena check in 2 jam awal..utk urusan bawa masuk kereta,,,

Untung ke bawa kereta ..baik sewakereta kat sana...
soalan ini banyak faktor lai kena fikirkan ..kalau pergi kejap baik sewa kereta..tapi klu 4 hari utung jugak bawa kereta..yg best nya nnt kalau pindah barang yang kita beli takdelah kes tertinggal barang kan..oklah nak cakap banyak pun belum ada pengalaman ..so far kami nak ke langkawi ni ..saing dengan dua kawan lagi dengan cara yang berbeza..

kawan A : naik flight ,satu family rm500, bayar parking kereta di airport subang, sewa kereta axia dalam rm60 sehari
kawan B: Naik ferry biasa, bayar parking kereta di jeti, sea kereta di langkawi amik kereta kenari dalam rm70 sehari...
KAMI: naik roro..tambang ferry + bawa kereta (total 5 dewasa dan 3 kanak-kanak) rm540, parking kat jeti rm0, sewa kereta rm0...

so macam nampak adaa keuntungan sedikit di situ ..hahah..

ok..nak rujuk hal ferry roro ni sila klik di sini......



2. Penginapan

ok.Part ni mmg my favorite lah..suka sangat carik carik hotel..so macam biasa saya akan gunakan traveloka...MESTI downloads app dia ..kalau book di web site tak sama price seperti di apps..(for android) mmg banyak beza ..saya dah banyak kali guna traveloka..harga dia jauh beza dengan yang lain seperti bookin.com, trivago, agoda dan lain lain ....

ok jom tengok eksperiment di bawah ...


harga di trivago Rm 260

harga di Traveloka utk carian yang sama rm202..ini belum diskaun lagi..

okay...nak beri tahu utk tempoh dari 22hb nov hingga 28nov 2016 guna coupun "FUNSTAY" akan dapat diskaun rm100 ringgit..so bayangkan lah harga bilik yang anda boleh dapat....(
setelah dikaji pengurangan rm100 bukan pada semua keadaan..)

tapi memandangkan kami pergi 3 malam kalau satu malam rm200 dah jadi rm600 kat hotel sahaja rugi tu...ok nak story sikit coupun tu hanya boleh redeem sekali sahaja..

ok katakan lah saya nak tidur 3 malam nak guna coupon tu sekali macam rugi sebab cth di bawah:

book 3 malam rm 606, guna coupon sekali dapat less rm100 jadi rm506
kalau nak untung lebih cuba buat begini..kalau jadiklah..

1 malam harga hotel rm 214, guna kupon dapat rm150
malam kedua , rm214 guna apps phone suami ,guna kupon dapat rm150
malam ketiga guna tepon anak , guna kupon dapat rm 150...
so TOTAL: RM 450.

jadik, RM506 -RM450= beza RM56. 

*** setelah saya cuba sendiri..harga 1 malam rm214 selepas guna kupon hanya less menjadi RM150 bukan RM114...maaf atas kesulitan 

ini namanya teknik try and error..tapi yang saya perasan harga bilik satu malam dan tiga malam ada beza..cth book 3 malam sekali gus rm202 di Bayview Langkawi, kalau satu malam harganya jadi rm214.56. 

RISIKONYA`; malam pertama dapat book...takut malam berikutnya bilik habis..so..kalau nak untung kena buat serentaklah on the spot book utk setiap malam...

korang ni faham tak?

hahah...

tapi at the end ..saya book hotel lain walaupun cam rugi je..hahah..tadi kira Bayview 4 star, free breakfast lagi, guest 2, superior room,hill view semalam rm202( jika book 3 malam sekali gus) total guna kaedah 3 phone. 
RM450

yang saya book,

Malibest, satu bilik 4 orang utk 3 malam RM347...hotel 2 bintang no breakfast, tapi betul2 depan pantai chenang dan keluar bilik pijak pasir..yeke?

oklah ..biasalah semua benda kita nak untong tapi tak semestinya dapat untong...

apapun rezeki kan....

so as conclusion kami akan menginap di Malibest Resort ..baca review semua kata baguskan tapi harap dpt imagine hotel 2 star or 3 star takkan sama ngan 4 star..kan...

cukup sampai sini..nnt kita borak lagi ..next entry 

APA NAK BUAT DI LANGKAWI
 dan 
MAKAN KAT MANA?


nah ..nak tengok macam mana MALIBEST RESORT





gambar sumber: malibest..

so doakan percutian saya sekeluarga baik baik aja...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...