Isnin, 25 Disember 2017

Bercuti ke Kuala Kangsar “As Local “

Kuala Kangsar merupakan bandar di raja. Bercuti sehari di Kuala Kangsar dpt memberikan kita ketenangan dan keamanan. Udara nya segar pekan nya kecil banyak bangunan bersejarah view yang cantik dan makanan yang sedap.

Sehari di Kuala Kangsar.

Menginaplah di Safari  Resort yg terletak di tepi sungai Perak . Bangun pagi lihat kedamaian kampung nan indah. Nak lebih ekstrem pergilah tidur di Syamille Agro Farm . Mmg best habis!
Akak org kuala ...,  akak taulah...ada kandang rusa dan sungai mengalir, sejuk sebab di kaki bukit.

Mulakan sarapan di Selera Kampung, di Kampung Bendang Panjang. Tiga kilometer dari pekan Kuala Kangsar. Kedai makan di dalam kebun getah mmg rare habis. Menu pelbagai dan sangat sedap! Jangan lupa cuba jagung float. Akak jamin kau puas hati! menu lazat lain roti telur goyang bermacam mi wantan, gorengan , mushroom soup, kuh muih roti canai dan sebagainya.

Lepas sarapan sambil anak tengok pokok getah dan main jongkang jongkit dan tengok pelbagai jenis burung kau boleh start percutian kau.

Naiklah sampan menyusuri Sungai Perak. Kalau nak tengok pembuatan labu sayong pergilah ke Sayong tempat asal kelahiran Mr Os. Tempat wajib pergi jangan tak pergi .

Masjid Ubudiah,
Istana Iskandariah ( tak boleh masuk hanya amik gambar)
Muzium Sultan Azlan Shah,
Muzium Kenangan yg dibina tanpa paku,


Selesai ke semua tempat boleh makan tengah hari di Lembah Sungai Perak makan laksa dan cendol mmg heaven. Nasi berlauk pun ada . Kalau nak yg mencabar makan di Tasik Raban agak jauh dari pekan kuala kangsar. Ni mmg asli menu kampungnya. Lepas makan boleh mandi manda di Ulu Kenas,

Kedai Makan di dalam Kebun Getah. Lokasi : Kampung Bendang Panjang. Tepi jalan besar je. 

Ada rumah burung utk aktiviti anak anak.. 

Melihat sendiri pokok getah ☺️

Kampung yg aman dan permai. 

Jangan lupa singgah  ke Kuala Kangsar kalau lalu Perak. Ada banyak keindahan yang tersembunyi di dalam nya. 😍😍😍

jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...