Rabu, 20 Disember 2017

Plan Trip To Singapore. [ Part 1]

Alhamdulillah 
Akhirnya plan cuti Disember 2017 pun mula di rancang. 

Nak jalan ke mana? 
Aku plan nak bawak budak budak ke UNiVERSAL STUDiO Singapor so mmg aku dah risik risik pada tour agency harga tiket nak masuk USS ni.. 

Ok kalau korang nak aku share mesej dari Syoknya Travel 
Salam tuan/puan. Terima kasih kerana sudi bertanya kepada syoknyatravel sdn. bhd. 

Alhamdulillah pengalaman kami masuk tahun ke 5 dalam bisang pelancongan ini. 

Untuk pakej Singapore

Tuan/puan boleh pilih antara di bawah ini;

1. uss balik hari
2. uss by mpv
3. tour singapore
4. tiket sahaja

1)PAKEJ USS SAHAJA BY BAS BALIK HARI

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE bersama syoknyatravel ( facebook.com/pakejmurahkeuss )

WHATSAPP UNTUK TEMPAHAN 0194491170 (EN HILMI) 

Penerangan secara ringkas:

dewasa 250
kanak 200
kalau belum 4 tahum free

pakej termasuk;
👍bas persiaran pergi dan balik ke uss
👍tiket uss yang boleh main semua permaianan dalam uss tanpa bayar
👍white card kami akan beri. whitecard ni wajib isi untuk diberi kpd imigresen singapore. nanti kami ajar cara isi. white card bukan passport. passport/group pass anda kena uruskan sendiri

tiket dewasa sudah termasuk

5sgd diskaun mealvoucher (belanja 10sgd di restoran dalam uss, akan dpt diskaun 5sgd)

5sgd retail voucher (belanja lebih 35sgd dalam kedai souvnir, dpt diskaun 5sgd)

iternari pakej uss balik hari

715pg tunggu d luar pagar tune hotel
730pg bas bertolak ke uss
630ptg bas dari uss balik ke jb

rujuk feedback pelanggan kami sepanjang 4 tahun beroperasi di review 👇

facebook.com/pakejmurahkeuss


----------

*************************
Demikian kandungan mesej dia. 
So aku kira kira total kos hangus satu family ialah RM 1100 orked percuma belum 4 tahun. 

Tapi kalau pergi mmg kita just masuk USS dan keluar. Kebetulan tak banyak permainan Iyad, Ihsan dan Orked boleh main sebba masih kecil. 

Jadi aku berbelah bahagi sama ada nak pergi USS atau jalan jalan masuk singapore. 

Seterusnya kami plan masuk singapore jln jln sebab banyak juga free attractions kat Singapore ni kan... 

Discussion seterusnya nak stay mana ? 

Mmg puas aku godek duduk Singapore semalam 300 lebih purata itu pun dpt hostellah bukan hotel. Ada satu tu aku dapat RM 216 kat Hotel Premier Hollywood dh baca cakap banyak bilik jadi tempat pelacur pulak atau one night stand. So aku kensel tambah nak ke MRT jarak 600 m.. last kami buat keputusan stay jb dengan 350 kami dpt bilik Superior di Mutiara Hotel JB 4 star lagi tu. 

Dan setakat ni semua passport telah disediakan. Aku cuma buat passport Orked dan Iyad .. itupun Iyad percuma. Sebab ada kad OKU. 

Baik, aku dh buat kajian sikit pasal trip ke Singapore ni 

Antaranya: 

[SINGAPORE DAY TRIP-BACKPACKERS]

• A T T R A C T I O N S •

(Free of Charge)
- Merlion Park
- Marina Bay Sand
- Esplanade
- The Helix Bride
- Garden By The Bay
- Kampung Glam
- Arab Street
- Bugis Street
- Masjid Sultan
- Haji Lane
- Chinatown
- Sentosa Island

• I T I N E R A R Y •

🎒7.00 am : Depart from Larkin Terminal

- Lagi awal lagi bagus sebab boleh jalan lama sikit dan tak terkejar kejar
- Ada dua bas boleh naik Causeway Link atau SBS170
- Causeway Link ade 3 route 
> CW1 Kranji MRT Station (RM1.90)
> CW2 Queen Street (RM3.40)
> CW3 Jurong East 

Boleh pilih nak turun kat mana, Kranji murah sikit sebab tu MRT paling dekat dengan CIQ Singapore. Aku cadangkan turun dekat Kranji then beli tourist pass turun dekat Raffles Place Station. Sebab kalau turun Queen Street kena beratur lama sebab ramai orang.

Tourist pass ni unlimited ride. So tak perlu risau tambang dari Kranji ke Raffles Place tu berapa SGD. Local akan naik bas sbb murah tu yg ramai naik bas terus turun dekat Queen Street. Harap faham hahaha.

🎒9.00 am : Arrive at Merlion Park

* Getting here by MRT : take train to Raffles Place Station 

Okay kira average dua jam la nak settlekan imigresen campur jammed ape semua. Tapi ni mmg kena depends on traffic berapa ramai yang masuk Singapore.

Kat sini letaknya Merlion Park yg keluar air dari mulut singa. Tak reti nak pergi sini tanya local people sbb dia bukan betul betul keluar MRT terus sampai sini. Kat sini jugak ade Marina Bay Sand, Esplanade dengan The Helix Bridge. Nak jalan kaki boleh nak naik MRT pun boleh. Kalau naik MRT turun dekat City Hall.

🎒11.00 am : Arrive at Garden by the Bay

* Getting here by MRT : take train to Bayfront Station 

Dah settle gambar ape semua gerak pulak pergi Garden by the Bay. Naik kat City Hall Station. Kat sini la bangunan yg macam pokok tu. Memang lawa tempat dia. Kalau jalan jalan kat luar free je takyah bayar. Tapi kalau nak masuk Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skywalk ni semua kena bayar.

🎒1.00 pm : Arrive at Kampung Glam, Bugis

* Getting here by MRT : take train to Bugis Station 

Okay kat sini la kita akan sampai kalau naik bas turun Queen Street. Sini untuk shopping souvenir atau makan boleh la. Masjid Sultan pun ade kat sini. Jangan lupa solat sekali. Jalan kaki je pusing area ni. Ade Arab Street, Bugis Street. Dah settle makan solat boleh la gerak ke Sentosa Island.

🎒4.00 pm : Arrive at Sentosa Island

* Getting here by MRT : take train to  Harbourfront Station - Buy Sentosa Express Ticket

Sentosa Island ni lebih kepada Fun Island. Ade theme park, pantai dan macam macam lagi. Tapi nak main semua kena bayar. Nak jalan jalan saja pun boleh. Kat sini la USS dengan Palawan Beach. Ade 4 station boleh turun setiap station. Tak boleh guna tourist pass. Kena beli tiket khas. Tiket tu termasuk pergi dan balik.

🎒7.00 pm : Balik JB atau Enjoy Light Show

Kalau nak balik JB boleh turun dekat Bugis Station. Naik bas dari Queenstreet terus ke Larkin. kalau nak enjoy Light Show turun semula kat Bayfront. Light show pukul 7.45 pm. So plan your own trip. Dah settle semua sama je step dia dari Bayfront turun Bugis. Naik bas. Kalau sempat boleh je pusing pusing kat Bugis Street tu. Nak makan ke ikut la. Ok itu sahaja.

• C U R R E N C Y •

On 4th November 2017
- 3.11MYR = 1SGD (Buy)
- 1SGD = 3.09 (Sell) 

• E X P E N S E S •

- Tiket bas Larkin-Queenstreet = RM3.40
- Tiket bas Queenstreet-Larkin = 3.50SGD
- Tourist pass = 10SGD + 10SGD (deposit)
- Makan nasi campur+air = 5.5SGD
- Sentosa Express = 4SGD
- Souvenir = 10SGD

Total 
= RM3.40+33SGD 
= RM106.30 + 10SGD (deposit)

• T I P S & N O T E S •

- Sentiasa bawak bekalan makanan dalam beg untuk elakkan kelaparan semasa perjalanan.
- Beli makanan/minuman kat Malaysia 
- Gerak awal pagi kalau boleh
- Bas paling awal pukul 4 pagi paling lewat pukul 11 malam
- Sentiasa tanya orang sekeliling kalau taktahu jangan buat perangai bodoh sombong
- Jangan potong queue. Beratur je kalau panjang pun
- Jangan lupa isi borang imigresen seblum beratur. Isi masa beratur pun boleh.
- Simpan tiket bas kalau taknak bayar lebih. Sebab akan turun naik bas masa kat imigresen. Ikut je prosedur/signboard
- Ikut peraturan sana sebab Singapore ni strict sikit sia sia je kalau kena denda.
- Kalau nak masuk uss better tido semalam dekat Singapore
- MRT operate sampai 12 malam je
- Waktu nak pulangkan tourist pass, make sure pulangkan dalam waktu operation hours. Kalau tak melepas la deposit. Nanti mintak flyers kat kaunter tu.
- Okay tu je tak faham boleh pm tepi.
- Enjoy your trip okay🤗🤗

Sekian,
Kota Singa, 04/11/2017

Sumber: Facebook Backpack. 

Makanan makanan di Singapore 



Marina Bay Carnival 🎡 

Rupanya ada web namanya Klook kalau nak cari tiket murah masuk theme park beli sini . Termasuk nak ke Everland Seoul, dan negara lain seperti Tokyo , Taiwan, Hongkong, dan lain lain. Korang cari KLook ni ..

Ni aku copy tiket murah nak masuk Gardens The Bays sempena Krismas. 


Link di bawah ni pulak pasal tempat free utk bercuti bersama keluarga ke singapore. 


Another Ittinerary from Facebook. 

Sharing our short getaway to Singapore if ada yg nak pergi masa cuti sekolah ni bwk anak2

Singapore public transport (espc train) sgt kids friendly (lift and ramp available if guna stroller)..much easier/less confusing compared to Japan

Tips:
Area to stay:Bugis or Bencoolen

Kalau guna MRT : stay at East West Line (Green line) or Downtown (Blue)..senang nak travel daripada airport

Transport Pass: Guna Singapore Tourist Pass (ada 1-3 day pass dr $10-20)..boleh guna utk bus and train except sentosa express..jgn lupa return utk dpt refund $10 (card deposit)

Food: For muslim, halal food are plenty,just look at the displayed halal logo or blh tnya the shop if x sure

Budget per meal:$5-7 (Rm15-21)

Itinerary
Day 1
Airport self tour (jalan2 and teroka terminal 1-3,mcm2 garden ada..free of charge)
Arab street (souvenir)
Masjid Sultan
Kampung glam
Haji Lane (murtabak zam-zam)
Kampung Bugis
Lunch (Al Tasneem)
Raffles City
Merlion Park
Esplanade bridge
Helix bridge
Marina Bay Sands boardwalk
Marina bay waterfront show (8pm & 9pm)
Mustafa Centre (shop 24hr)
Dinner-(Al Jailani/Kampung Glam cafe)

Day 2
Botanic garden
National orchard garden
Macritchie reservoir
Orchard Road
Lunch (ayam penyet lucky plaza)
Chinatown
Vivo City (level 3-if nak naik train $4,level 1-if jln kaki-free sampai 31Dec 2017)
Sentosa beach/island
Gardens by the bay (outdoor-free)
Supertree groove show (745pm)
Dinner (satay by the bay Kampung Glam Cafe)

Selamat berjalan2 semua :)

So ini dahulu hasil kajian aku. Nampaknya semua masih dlm perancangan melainkan hotel je yg pasti aku dh book. 

Worse come to worse aku jalan jalan g Jb je masuk ikea tebrau survey perabot! 😝😝😝

Oklah , doakan plan kami bercuti berjaya ya! 


5 ulasan:

  1. Assalam..nak tanya tourist pass tu hanya untuk bas sahaj ke? Naik tren boleh pakai tourist pass jugak?.terim ksih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak naik bas/train dalam SG bole beli & guna EASYLINK CARD JE.. from SGD10..mudah pantas & top up bila perlu je. Nak tiket murah? Bole cuba hubung sis ya.. All at %Discount Price! bole hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. 😊 [INFO TERBARU] 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...