Jumaat, 14 September 2018

MATLAMAT HIDUP

APA NAK KEJAR?

Aku kadangkala bertanya sendiri apa nak kejar dalam hidup ni? 
Manusia giat berlumba lumba dalam hal materialistik ..kebendaan. siapa paling kaya ? rumah siapa paling besar? dan macam mcam lagilah ..
sekarang aku tanya korang kejar apa?

kadangkala kita jangan ikut sangat orang. ikut apa yg kita ada..makin kita berlumba makin kita kalah .

betullah org yg memiliki sesuatu tidak akan menunjuk nunjuk apa yg dai miliki. 

aku tengok balik dalam hidup aku apa yang aku kejar .

kereta Honda City, itu adalah cita cita aku..kenapa ? sebab aku nak selesa ke sekolah. lagipun naik myvi panas. tengah hari terseksa aku nak balik rumah .org lain elok bergaya ..Gotcha!! nampak ..org lainnn... so kau pakai sebab kau nak atau sebab orang lain....hmmmm

Hari tu , aku g KLCC. Orked terkencing pulak .sampai kena baju .so aku ingat beli lah baju ok yg murah murah pun ok. aku pergi bahagian baju ...sekali cashier tu tengok aku atai bawah ..lepas tu dia ajak aku g beli baju t shirt dan legging budak dia kata " ni boleh campur campur .3 RM49.90 " macam tulah lebih kurang rege dia ...Eh! aku cakap ..."ko ni kenapa ? ko ingat aku sengkek sangat ? takde duit nak beli baju anak ?" tapi aku cakap dalam hati jelah . AKu kata kat dia " takpe..saya nak skirt yg tergantung ni .." Hah ko nampak tu Jah dia amik skrit yg tergantung bukan main lipat lipat . aku pergi amik Orked dukungkan dia dan pakaikan dia baju gown tu .. RM 89! puas hati ! ikutkan lagi dua minggu nak gaji ..masalahnya ko kenapa underestimate aku .. mentang mentang lah aku ni dress up lebih kurang aje kp ingat aku tak mampo..tepok dahi.

NIlah mentalti orang melayu. suka pandnag rendah pada org . nampak org tu pakai lebioh kurang je tak mampu...

yg pakai gaya mak datin ko layan elok elok pulak ..walaupun nanti bayar pakai kad kredit . aku debit card okeys..


Kalau ko g London takde sapa nak layan ko macam tu dia layan sama rata je.ni yang aku bacalah ..

tapi mmg orang memandnagkan dari aspect material,cth pakai kereta apa ? tengok tangan ade gelang seurat ke tidak.. kadang kadang pampers anak pun dia check tau jenama apa..fitty ke huggies, atau mamy pokok ..tu semua ada nilaian tau ! bukan tak membawa maksud apa apa .

sama lah , zaman dulu kalau org kawin je tanya ." suami nya keje apa" kalau dengar doktor ..""ooooooo..." kalau dengar posmen ...emmmmmm" kalau kata "keje gomen ".." ooooooo..." kalau kata "berniaga pasar malam .."emmm mencebik je.. eh makcik! dunia dah berubah hokey . 

zaman sekarang bisnes pasar malam masyuk ribu riban ..kerja makan gaji ni dah tahu dah step gaji kau sampai mana... gred bapa ..jgngan lah kau nak eksyen sangat .. itu pun seb baik kerajaan kasik kau elaun dan kenaikan every year merasalah ko buat investment sofa ikea 12 bulan ,,bajet dari increment tahun tu hala kan ke sofa ikea.. aku cerita contoh ... jangan kau syak aku pulak !


Tu yang zaman aku kawin, tahun 2006...makcik makcik bawang stress ...mana tak nya bila tanya mak aku , "lakinya keje apa ...?"  " hish! aku tak tahu nak menyebutnya .."jawab mak. 
 " Jamaliah, laki kamu keje apa " mak tanya, " programmer mak .." O...,keje apa tu .." soal makcik bawang tak puas hati. " pasal komputer komputer ni .." aku explained. 

keh keh! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...