14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara keseluruhan anak , cucu termasuk menantu ada lebih kurang 130 orang semua nya.
Lokasi di Chemor perak. Kami sampai jam 3.30 petang. Kemudian lepas solat Asar acara sukaneka. Pembahagian kumpulan mengikut rumah sukan . Dan pelbagai acara dilaksanakan. Termasuk lari ikat kaki, boling buah kelapa, mumia, lari bawa cawan pakai sudu, tarik guni, dan macam-Macam lagi acara.
Malam nya ada sesi BBQ dan majlis penyampaian hadiah serta tukar tukar hadiah. Ada juga sesi karoeke dan kuiz teka teki. Kami enjoy betul malam tu.. makan sama smaa berbual, bermesra.. paling best mak mak tak payah masak.. makanan telah disediakan oleh pihak homestay.
Next Family Day di mana?
Tahniah buat seluruh warga Moza Roha
ahli Mozaroha yg sporting dan semoga ukhwah kita kekal utuh selamanya. aamin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan