Rabu, 18 Disember 2024

Trip Pangkor 2024

Hectic day! 
Jumaat aku ada program bacaan yasin dan solat hajat. 
Aku kena bergegas balik sepatutnya sebab nak bertolak ke pangkor. Percutian yg tiba tiba. Tak dijangka. 

Aku g sek naik grab dengan Ihsan. 7.15 malam , diorg pick up aku dan Ihsan dan kami bergerak ke Pangkor.
Kami ikut laluan Kapar- Sg Besar- Assam - hutang melintang kemudian masuk ke WCE lama jugak perjalanan..

 Kami sempat beli kopi di pedas Linggi..

Kami sampai di Jeti Marina jam 7 pg.. terlepas tiket jam 7.15 next jam 8.15… aku punya fikiran cuba naik di Jeti lumut mesti ada banyak feri. Sekali smpai sampai di jeti lumut tiket yg ada 9.30 pg terlepas jam 7.45 pg

Entahlah.. takkan nak patah balik semula ke sana 
Masa beli tiket , kami jumpa agen jual tiket islamd hopping so kami ambik sekali…islamd hopping rm200 bot tak campur dan sewa kereta rm120 exora. 

Oklah tu utk activities kat sana dah setel. Tinggal makan makan je… tiket ferry pergi balik rm102.

Hotel kami ambik pangkor coral bay dekat pasir bongak. Oklah ambik hotel yg biasa biasa je.. nak tido semalam .. esok ahad kami balik ke melaka semula.. 

Ni jadual feri dr lumut ke pangkor. Perjalanan selama 30 minit.












Sambung next post

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar SSM

  Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya aku dengan rasminya telah mendaftarkan homestay aku tapi dengan nama yang lain sebab perkataan ...