Rabu, 11 Disember 2024

Mokky Pizza Kenny Hills.

Kami dlm perjalanan pulang ke Melaka. singgah jalan duta untuk program tenis . Dan suami aku tinggalkan kami di area Kenny hills yg ada Kenny Bakers tu… utk makan malam . Dia bagi RM150. Aku dh agak mesti cukup cukup je ni…hahha.
Kat area situ mmg highends punya …dia punya grocery pun semua oversea product. Tak ramai dan ada privacy bila nak beli barang. 
Akhirnya aku memilih makan  di Mokky Pizza dari makan di Kenny Hills Bakers. Ada jugak restoran yang lain …aku terserempak ramai gak artis.ada Naz, ada puteri aisyahdan lain lain.. malas lah nak menegur ke … kita buat biashe biashe sudah…


Ni menu pizza dia.. takde pasta ..ada pizza pastu side dishayam goreng… air plain waterfree.

Ni harga pizza dia… oklah … 

Side dish dia

Cofffee dan air ..aku belikan air matcha strawberry rm18 … 


Nak makan kena beratur.. kalau datang tempat macam ni kita dh mmg standby duit .. jgn cakap mahal ..mahal..itulah yang kita kena bayar kalau nak makan kat situ … kalau cakap mahal tak payah makan situ .. cari kedai makan biasa… dan sampai tempat gini mmg camni lah harga dia … 

Ni pulak pintu toilet dalam grocery.. mmg tak cam ..haha










Alfredo chicken .. biasa je nyah!




Oklah overall biasa sahaja … nak kata sedapppp sgt tu taklah .. nak rasa for the first time okay … nak repeat ? Tak kut 

Harga: pricey 
Makanan:  biasa.. ada tempat lain lagi sedap. 
Ambiences: cantik ,cosy dan selesa
Layanan; baik, berbudi bahasa.. takde
Ah pandang customer sebelah mata .. layan baik je.. 
service: lajuu ! Kejap je pizza sampai ..

Diorg ada 4 cawangan .. bukit jelutong, jalan tunku, ada dua lagi nak bukak ..


Dan kemuncakkk tara! Orked jumpa YM putera pahang …. Dan isteri ..heheh…. Aku nak masuk seganlah pulak ..ok lah .itu je nak share bai


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mokky Pizza Kenny Hills.

Kami dlm perjalanan pulang ke Melaka. singgah jalan duta untuk program tenis . Dan suami aku tinggalkan kami di area Kenny hills yg ada Kenn...