aku selalu merasakan di usia Tingkatan Satu , peluang aku kurang bernasib baik betbanding kawan kawan yang lain .
ramai kawan akwan aku masuk ke sekolah berasrama penuh, smka, dan sekolah rancangan khas. tapi aku hanya bersekolah di kampung tak keluar ke mana mana .
aku masih ingat sekolah kawan kawan aku .
Ida- Sultan Muhammad Jiwa kedah
Intan - SEMESTI
Wahida - SMKA Sultan Azlan shah
syarena- SMKA SLIM River
fila- Sekolah men Raja Bainun
Hmpir semua ke boarding school dan SMKA
masa tu kecil betul rasa diri ni .. masa kami UPSR batch Kami antara teramai dapat 4 A. Tak ingat berapa belas orang … siap dapat hadiah basikal amik kat dewan di Kuala .
sebenarnya aku dapat tawaran Sek agama Taayah, tapi abah tak izinkan. Aku pun dapat SMK Perempuan bainun, sekolah Rancangan Khas bawah JPN, tu pun abah tolak . Kawan aku bgtau ada nama aku kat katil ..
Sebab rasa kecewa tu.. aku terus pasang doa .. aku nak jadi best student akademik dan kokurikulum .
Aku doa dr tingkatan 1 .
Aku nak tunjukkan kat kawan kawan sek rendah , meskipun aku cuma sekolah di Madrasah aku pun boleh berjaya ..
Cerita 24 tahun lalu.. hakikatnya .. kat mana pun kita sekolah , masuk U, kita kena berusaha … sekolah menengah yang bagus tak menjaminkan apa apa , apatah lagi tadika. Tapi penting sekolah yang beri pendidikan agama .. itu No 1. Agama yang beri kita pegangan ..agar semua keputusan kita mengikut landasan agama . Maksud aku dr segi akademik .. kalau kita sekolah international ..kita malas .. takkan mampu ubah apa apa… yg kena kena buat, ubah sikap kita untuk berjaya .
Itu lebih utama .
Berapa yang sekolah di kg pun mampu berjaya . Tp ibubapa sering keliru dalam membuat keputusan nak sekolah,an anak di mana . Sejujurnya smk harian guru guru the best. Dan kita sendiri boleh topup anak kita dengan hantar ke tuition, dan kita kena buat jadula hidup dia.. dia kena belajar dr jam ni sehingga jam ni . Kemudian bawak anak ank ni ke surau dedahkan dengan cara hidup Islam
Biar dia sentiasa di bawah pantauan kita . Itu lebih penting . Kalau nak hantar asrama , masukkan mas aumur Tingkatan 4 . Usia tu anak anak lebih matang . Kuatkan dasar anak anak dengan ilmu agama , math yang strong, biar dia pergi boarding school dia boleh catch up dengan kawan kawan yang lain . Tiga tahun tak lama mana … lepas tu dia boleh keluar dr rumah dan belajar membuat keputusan sendiri . Bimbing sehingga umur 15 tahun .
Itu hanyalah nasihat saya sebagai ibu dan guru . Apapun tergantung corak pendidikan keluarga masing masing .
Macam kami dr kecik mmg abah sgt pentingkan agama . Kami mmg dimarah kalau tak solat . Kami di ajar solat berjemaah , abh bekalkan kami ayat ayat untuk di amalkan. ayat Tujuh, bismillah 5, sekolah rendah aku dh mula solat tasbih dengan abah.. kali pertama. Kemudian kami kena pergi solat terawih setiap malam no excuse, jarang berlaku ..bulan ramadan lepak lepak tengok drama melainkan uzur.
Walaupun yang lain tak sekolah agama ..tapi menitik beratkan soal agama tu ad pada semua anak anak . Walaupun akademik adik beradik aku biasa biasa tapi bab agama masih di tahap yg baik .
Semoga yang baik baik sahaja buat kalian semua . Selamat datang 2025 agar tahun ini baik baik sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan