Hari ni kami ke Kobe . Niat asal nak tengok masjid kobe. Sampai kobe suasana agak berbza ya. Kobe ni bandarnya macam sunyi je.. tenang je kalau nak jalan jalan… macam lain vibe dia dari Osaka. Tapi imran tak berapa suka, dia cakap sepatutnya tak payah datang Kobe.
 |
Berhenti sejurus sampai di station Kobe |
 |
Harga seluar di Melaka150 disini murah sikit.. |
 |
JR Kobe.. antara yg kami selalui naik semasa di Osaka.. JR Line |
 |
Family mart di Kobe dekat sgt dengan masjid Kobe |
 |
Memandangkan kami dh makan kebab pada makan pertama sampai di Osaka, so takkan nak makan kebab lagi.. |
 |
Keluar dari station kobe kami terus ke perhentian bas.. kami cari bas ke Kobe… 230 yen ( RM6 lebih) dewasa dan 120 yen ( 3 ringgit lebih) kanak kanak.. di tambang bas … |
Rasa macam sama utk semua bas yg kita naik…nnt aku share pasal pengangkutan di Osaka.
 |
Masjid Kobe yang cantik dan snagat bersih |
 |
Orang Malaysia terjumpa di Restoran Pakistan di Kobe… akak ni berjalan dengan anaknya akif ke Osaka dan Tokyo mereka pun DIY |
 |
Sedap makan di sini.. pure rasa nak beriani nya.. kami makan beriani kambing , ayam, roti nan cheese…Total makan di sini 8000yen.. aku rasa perumpamaan kalau kita makan di Secret Receipe satu family itulah harga makan luar di Osaka |
 |
Jalan jalan di bandar Kobe |
 |
Muzium kartun ni yg orked nak masukk sgt |
 |
Wheel ni kami tak naik |
Pengalaman ke kobe pada aku best. Suasana bandanya tak sama dengan Osaka.. aku dan suami ok je.. tapi Imran kata Kobe membosankan.pada aku seronok rasa suasana aman di Kobe. Kami sempat makan di restoran halal Pakistan. Makan beriani ayam, kambing, makan roti nan dan ayam
Tandori. Dapat minum teh masala.
Jumpa pulak tourist dari Malaysia. Kak N dan anaknya Akif, umur 20 baru habis matriks. Mereka jalan berdua. Banyak juga cerita . Asal sama sama perak kan.. mereka di Meru.
Kami jalan lagi. Kali ni cari Kobe harbour. Suasana hujan renyai … sejuk. Orked dah mengamuk nak masuk musem berdekatan Harbour . Kami jalan agak jauh penat. Takde apa apa pun. Balik kami singgah family mart dan beli menu menu yg halal.
Malam tu kami tidur lena kerana kepenatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan