Jumaat, 6 Jun 2025

Sampai di Osaka 31/5/2025

Alhamdulillah berada dalam kapal terbang. 
Bas delayed hampir 1jam..sepatutnya 7.30 malam bergerak tapi 9.00 malam 
Kami sampai KLIA 2 dh lewat kedai pun banyak yang dh tutup… 
Flight pula masa beli 1.55 pg tapi kami terbang pada 4.55 pagi ..nasib kami tak booking apa apa ..yang menyebabkan perjalanan kami terganggu disebabkan reshcedule flight ni…
Ceria orked dalam flight ..masa ni hidung orked tersumbat … kesian dia tak selesa

Paksa semua pakai mask , risau juga…

Ayah orderkan makanan dalam flight…




Kami sampai di Osaka sekitar 12 pm. Dan selesai urusan imegresen dan ambik luggage kami terus keluar dan beli tiket ke Shin Imamiya jam 3 petang. Kami guna Nankai Line. Mengikut apa yg di tunjukkan oleh owner homestay. Sebenarnya ada banyak je train dr Kansai Airport ke Osaka. JR line antara yang popular.


Kansai airport …

Masa ni kami baru je beli tiket Nankai line ke homestay … 



Mmg teruja sampai Osaka pertama kali. Sejuk…! Masa ni suhu masih agak rendah . Belum masuk summer sepenuhnya. Macam rasa kita pergi Cameron Highlands awal awal pagi…


Setelah hampir satu jam perjalanan, kami baru sampai ke Station Shin Imamiyq. Station ni menjadi stesyen yg paling pentinh untuk kami bergerak ke mana mana. Selain Namba dan Osaka Loop.




Kami confius masa nak ke homestay berjalan kaki dari pintu exit stesyen Shin Imamiyq. Kami sepatutnya jumpa keluar ikut pintu west exit. Tapi yg kami jumpa north dan south exit. Suami cakap keluar je sini.. yg aku berkeras nak jugak cari pintu west exit. Yelah kalau salah pintu , makin susahlah nak cari homestay. Keadaan mula tegang. Imran naik atas dulu cari pintu west exit ada tak. Dia turun semula bgtau ada pintu west exit. Kami angkat beg 20 kg yang berat ni … naik tangga. Imran lah jadi org kuat masa ni. Ayahnya dah sakit pinggang. Berdenai denai tarik beg hand luggage sorang satu. Masa ni aku pikir nasib baik aku hanya stay satu homestay .. kalau tak jenuh nak pindah randah banyak beg nak kena bawak. 


Berpandukan arah google maps, Imran jadi kepala .. kami berjalan ke homestay. Masa ni rasa jauhnya. Hakikatnya tak jauh mana. Biasalah kali pertama sampai…





Lega bukan main dapat masuk homestay.. bayangkan kami keluar rumah pada Jumaat 6.00 petang kami masuk homestay pada Sabtu 4.40 petang. Hampir memakan masa 24 jam atau satu hari perjalanan door to door.. dari CVR hingga ke  1 Chome-2-8 Taishi, Nishinari-ku, Osaka 557-0002, Japan.


[Homestay ni best dekat dengan stesen kereta api seperti Dobutsuen-Mae Station dan Shin-Imamiya Station, memudahkan pergerakan ke tempat-tempat tarikan utama seperti Namba, Dotonbori, dan Universal Studios Japan.


Yang best lagi dekat dengan family mart ,7-Eleven, Lawson. Kira tepat lah pemilihan homestay ni…]


Kami mandi … makan maggie… dan bersiap untuk keluar ke Dotonbori.


Mmg excited jalan jalan … dalam cuaca sejuk… tapi tg bengang nya jauh gila … nak ke Dotonbori tu sepatutnya naik train ke Namba.. baru dekat. Ni kami bantai jalan kaki … aduh sakitnya! 



Kali pertama jalan jalan lepas sampai Osaka 












Tsutenkaku Tower ..5 minit je dari homestay kami




Orked makan kebab ayam .. 700¥

Sampai je port makanan turki terus kami singgah … makan dulu sebelum jalan lagi… 


Malam tu menu kami kebab… satu kebab 1000¥ kebab ayam 700¥


Itulah menu pertama kami jamah di Osaka. Tak mudah juga nak cari makanan halal di sini. Kena pilih … bukan semua sebat … ada ke street food tapi macam tak yakin nak makan.



Glico Man ..significant sign Osaka 


Malam tu kami hanya bergambar di Glico man yang femes tu dan aku sempat beli kasu Hoka. Ni pun ada cerita.. suami tersilap Convert duit…22,500¥ bersamaa RM600 lebih.. dia bagitau dalam RM50… hahha… takpelah ..aku beli sepasang kasut hoka utk walking.. mmg lama dan nak


Beli kasut sebab kasut pink aku skechers tu dan tercabut tapak. 


Malam tu kami mmg tido dalam kepenatan. 


Esok sambung cerita lagi ….










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...