Rabu, 11 Jun 2025

HATI IBU

Sebenarnya dalam gembira berjalan ni .. hati ibulah yg paling crucial..

Macam macam benda main dalam fikiran.

Antara yang paling ditakuti , anak jatuh sakit masa di Osaka. 

Jadi precaution pertama, Iyad ambik vaksin influenza. Iyad jelah.. yg lain rasa ok.

Kemudian, stok ubatan yg banyak dibawa. Kalau ubat demam tu semua jenis ada. Yg uphamol , yang demam sebab flu, demam sakit sakit badan.. berpapan papan jugak lah bawak… belum lagi ubat cair kahak, ubat selsema, ubat gatal, krim urut muscle, smecta in case cirit birit.. segala macam ubat bawak .. ubat batuk gamat. Rasanya ada lebih kurang rm200 lebih bekal ubat sahaja. Punyalah takut budak budak ni tak sihat. 

Tapi mmg betul pun. Hari perjalanan ke Osaka, orked hidung tersumbat. Mengadu tak boleh bernafas .. dan sepanjang dlm flight tu dia mmg resah. Tak tido.. dah lama tu baru dia tido.. 

Hari kedua, sebelum ke Nara. imran demam. Dia tak larat pening kepala. Kami cool je.. suruh makan ubat.. makqn coco crunch… iyad dh dengar batuk batuk..

Bila masuk subway semua pakai mask. Risau lah kan ..

Ihsan pun ada mengadu rasa tak selesa.. 

Tapi bila dh berjalan, makan makan .. pergi tempat yang mereka belum sampai .. dia distract agaknya.. lupa sakitnya tu.. elok je… 

So macam kita mak mak ni jangan berat beratkan sangat.. kena cool je.

Tapi ada satu insiden paling menakutkan 

petang sewaktu nak balik dari restoran halal di Nara. Iyad kesejukkan . Kuku kuku semua biru.. rasa macam dia panas dalam kut… dia kesejukan sgt… semua baju sejuk bagi dia pakai… pasti kami genggam tangan dia gosok gosok. Imran,ihsan,orked peluk iyad kuat kuat… nak pindahkan haba panas pada Iyad.. iyad diam je.. macam takde respons. Mak nya dh panik. Pastu suruh iyad goyang goyang kaki supaya badan menghasilkan haba. Sambil duduk goyangkan kaki.. masa ni kami di tepi jalan sedang menunggu bas untuk ke JR station nak balik ke homestay.



Time tulah ambulans lalu.. lagilah aku cuak… macam macam terbit dalam fikiran .. macam mana kalau Iyad pengsan .. kena masuk wad.. pastu Jepun kan teliti sikit.. dia dengar paru paru je dh suh tolak ICU… dari percutian terus jadi tragedi.. ya Allah! 

Sumpah time tu timbul penyesalan apsal tak bawa cuti g bukit fraser je kalau nak feel takat sejuk sejuk ni… 

Tapi Allah Maha Penyayang .. semua urusan dipermudahkan. 

Perjalanan kami lancar sahaja. Mana attraction kami nak pergi kami dapat sampai cuma satu tempat di Kyoto salah tempat. Nak pergi ke tempat lain .. sampai ke tempat lain. 

So bila dh bermusafir ni .. nampak karakter sorang sorang. Sebenarnya Imran paling membantu membaca kan peta. Dan menjadi tunjuk arah. Ayah dan ibu follow je. Tapi ayah akan recheck juga.. 

Ibu ; masuk subway kira anak. 

Sorang tak nampak terus ..” iyad mana?” “ ihsan mana..” tambah kan time balik kerja penuh orang dalam train tu.. kdg bila dh bersesak .. anak pun duduk sepah sepah.. so kena pastikan semua ada. 

Sama juga bila keluar train. 

Kira semua ada. 

Risau betul kalau satu tak nampak. 

Itulah.. dalam seronok seronok ada juga benda yg kita mak mak ni risaukan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...