Sabtu, 7 Jun 2025

Osaka Day 1

 Hari Pertama 1/6/2025


Mmg kami kepenatan lagi pagi tu… imran demam… masa ni fikir macam mana nak jalan ni Imran dh demam… 


Kami relaks. Bg makan ubat suruh makan dulu.. mandi kasi badan rasa lega. Kat luar mmg sejuk time ni..sekitar 23 celcius.. yg lain pun start batuk batuk… aduh! Ni yg paling aku takut ni…


Sebelum berjalan jalan ..kami bergambar keluarga depan homestay. Hari ni tema pakaian pastel and white… 


Nampak tak betapa lewatnya kami keluar jalan jalan… kena chill chill je bila jalan jalan dengan anak anak ni .. penat lapar semua kena ambik kira… biaslah…








Nasib Imran okay leps dah bagi makan ubat .. kalau sakit mmg tak seronok nak berjalan .. betul lah persediaan aku mmbeli ubat ubtn dari Malaysia.. hampir RM250 aku membeli ubt ubatan termasuklah ..ubat demam pelbagai jenis, ubat batuk, cair kahak, ubat selsema, ubat hidung tersumbat, smecta utk kalau sakit perut… gel sapu kaki kalau sakit otot, ubat alahan.. kalau sakit nak beli ubt di Jepun mesti harga nya sangat mahal.. pad wanita pun aku bawa siap siap dari Malaysia. 








Lepas semua macam dh ok.. kami baru mula kan perjalanan . Hari ni kami akan menjelajahi Nara. 

Kami menaiki kintetsu line..ni lebih dekat untuk ke Nara Park berbanding naik Jr line.  




Nara ni pun ada cerita juga. 


Nara park ni kalau naik Kintetsu dekat je nak jalan berbanding naik Jr line. Tapi harga tiket dia mahal sikit. 






Kami sampak ke nara park mmg excited. Dapat tengok rusa rusa dia yg sangat jinak.. dan yg tak best nya taik dia bersepah sepah. Kena hati hatilah .. takut terpijak. 


Lama juga kami di Nara park ni. 





Kami sempat berhenti rehat dan makan bekal .. dr breakfast di homestay, baru kami makan semula . Lapar betul .. bekalan makanan kami bawa tak banyak pun …dua tiga hari sahaja bertahan. Sebenarnya klu nk jimat … kita kena masak sendiri kat homestay.. kemudian bawa bekal … kalau beli di family mart sekali beli mencecah dalam RM70 atau RM80… kami makan di Osaka ni agak mewah .. bila lapar je masuk dan beli makanan … takde jimat jimat … 

Lagi satu nak jimat kat transportation .. kalau boleh ambik kansai mini pass .. utk tiga hari 3000 ¥ seorang. Macam kami setiap kali nak guna subway beli tiket .. contoh nak ke nara .. kami beli tiket ke Nara dan begitulah ke Kobe dan Kyoto. 


Rusa kat sini kalau kita tunduk dia tunduk balik ke kita .. mereka jinak .. masa kami pergi rusa rusa ni nampak kelaparan … mungkin sebab makanan rusa dah habis dan tak dijual…ikut kan kalau tengok video dia bgtau rusa rusa ni tak nak mkan sebab dh kenyang …










Okay. Lepas tu kami decide nak cari kedai halal di sini. Nama kedai dia Susuruka, Susuranka Nara. .. bapak jauh.. ada dlm 2km kut kami jalan nak ke kedai makan.. masa ni hujan pulak renyai renyai bertambah lah sejuknya.. 


Dalam perjalanan nak ke restoran halal tu kami jumpa hidden gems… mmg takde orang ..ada local je area tu .. yang bestnya d tasik kat situ .. dan ada banyak rusa lagi … 











Nnt aku cerita lain pasal kedai makan ni. Tapi tekak aku tak rasa sedap sgt.. tp oklah dpt makan menu Jepun. Nak rasa je… aku makan soup

Mopu tofu.. rasa makan mi kicap.Baca kt tiktok kemain sedap! Haih! 



Oklah balik tu kami kena berjalan lagi. Iyad tiba tiba kesejukaan . Tangan kat bahagian kuku biru.. dia kata dia sejuk sgt tak rasa apa.. muka dah pucat! Aku syak dia panas dalam kut. Kami berteduh di tei kedai yg dh tutup sambil tunggu nak naik bas.. imran ihsan orked peluk Iyad. Nak kasi haba panas. Aku tak henti henti gosok tangan iyad nak kasi bahang panas. 

Aku paksa iyad gerak gerak ..bagi badan keluar haba. Dia duduk sambil goyang goyang kaki.. ya Allah nasib ok.. aku dh fikir bukan bukan je.. masa tu ada ambulans lalu. Aku terdetik.. ya Allah jangan lah sampai masuk wad pulak.. duit lagi… 


Kami dh lah tersilap tunggu bas . Arah berlawanan. Lepas kami seberang jalan tunggu di tempat yg betul baru dapat naik bas. 


Kami sampai di Jr station. Besar bangunan nya . Macam aeon kat tempat kita. Kami singgah masuk beli makanan utk breakfast esok. Beli susu, ikan salmon sikit, beli lemon sebiji. 


So ada menu nak breakfast esok.


Kami jalan lagi.. sehinggalah kami sampai ke station shin Imamiya utk balik ke rumah.


Selesai cerita hari pertama kami ke Nara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...