Ahad, 19 November 2017

Malam Pertama di Paris; Hampa.



Malam pertama di Paris.

Kami sampai di Gare Du Nord nak dekat maghrib.. walaupun aku tak tahu dh maghrib belum.. cuaca mendung macam nak hujan .. langit gelap.. Aku dan suami turut berpusu pusu seperti org lain.. tak tahu apa yang nak dikejar... sayang... sayang tak menikmati pertemuan pertama dengan Paris dengan aman.. Kami bergegas keluar stesyen kereta api untuk mencari hotel. Yg kami serius tak tahu kat mana. 

Berjalan bagaikan Siti Hajar mencari air , mengusung bagasi besar tanpa baju tebal. Cuaca bukan main sejuk.. Allah... Kami masuk sebentar kedai yg ada wifi... mencari arah hotel.. bertanya pada penduduk tempatan .. aku hampir putus asa. Lama juga kami berjalan ke hulu dan ke hilir.. suami beritahu “ Ama tunggu sini , biar abg cari nnt dh jumpa abg amik ama...” Aku enggan! Macam mana kalau dia sesat dan tak jumpa aku. Dua masalah! 

Aku kata “takpe jom cari kalau tak jumpa kita check in hotel lain .. “ Masa kami penat berjalan sempat mata aku mencuri pandang kedai kedai Islam Timur Tengah yg menjamu menu menu arab .. ada ayam goreng macam kat Mekah .. laparnya..
 “Jom makan dulu...” kata suami. “Taknaklah .. nnt kalau gelap lagi susah nak jumpa... ,jom cari hotel dulu sampai jumpa..”aku dah mula risau. 

30 minit kami berjalan akhirnya kami sampai ke The Palace Hotel. Dah lah sampai hotel kena panjat tangga lagi .. tangga nya pusing pusing.. klasik habis. Masuk je bilik dua dua melepek.. pengsan! 

Dan malam pertama di Paris kami tidur kepenatan... tanpa makan apa apa! 


Selamat Malam Paris.. kita berjumpa esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...