Ahad, 19 November 2017

Salam perkenalan Paris !

Alhamdulillah lena nya kami dalam pelukan Paris. Tidur dan bangun mula menyesal. “Abang... rugi nya kita tak dpt jalan jalan semalam... aku mula sedih... jam pukul 5.30 pagi namun matahari sedikit menunjukkan cahaya nya .. lagak jam 7 pagi di Malaysia. Betullah kata org elok berjalan pada musim panas di Europah kerana siang ya lebih panjang berbanding malam. 

Sebelum memulakan perjalanan, aku mencari dulu hotel di London yg telah dibatalkan oleh Booking.com.. utk mengelakkan masalah tiada penginapan elok kami selesaikan hari ini. Esok kami akan ke London 3 hari dua malam... singkat! Namun biar ada dr tiada ... 

Dengan penuh bersemangat, kami melangkah berjalan menghirup udara sejuk Paris. Oh! Paris akhirnya aku berdiri di atas tanahmu menghirup udara segar sejuk angin sepoi sepoi bahasa menyapa lembut muka ku. Sepanjang perjalanan kami tersenyum sambil berpimpinan tangan. Kiri kanan tiada satu kedai yg telah dibuka. Kami keluar terlalu awal. Kalau di Malaysia saat ini kami pasti mencari roti canai dan teh tarik! Nikmat yg tiada di sini. 

Setelah berjalan menyelusuri jalan jalan .. barulah kami sedar hotel kami tidak dekat dengan Gare Du Nord sebalik nya dekat dengan Gare d Est .. ada dua station rupanya.. yg selalu aku baca cuma satu! Hahha... dan lagi dr Gare Du Nord kami perlu melalui dua station utk sampai ke The Palace Hotel patut lah sesat laarat semalam kami berjalan. 

Kami masuk ke terminal train Subway Paris . Yg berselirat dengan peta pelbagai warna. Tujuh barangkali mewakili jenis train dan pelbagai tempat perhentian. Sementara itu, kami sempat membeli susu coklat kocak brand  H&M di mart segeranya. Terhibur aku melihat sebiji kelapa . Ada juga jual kelapa tua di sini. Entah berapa harga nya. Niat di hati nak makan sandwich atau roti yg terjual namun dek was was isi kandungannya aku batalkan saja niat tersebut. Kami masuk ke food court utk minta air panas dan makan magie. Suami aku seluk ke dalam beg, hampa ! Dia tertinggal magie.. aduh! Laparnya.. tak apalah nnt jumpa kedai yg halal kita makan. 

Kami berjalan di dalam station. Banyak kedia telah dibuka. Aku masuk sebuah butik yg sedang berlangsung jualan murah. Mencuba sehelai long coat berwarna coklat .. cantik melihat harganya tidak terlalu mahal, jika di tukar kadar nilainya baru RM250 .. suami suruh ambil . Kebetulan aku belum punya satu pun baju sejuk. Melihat pula seluar jenama MANGO .. kalau di Malaysia tak pernah aku masuk ke butik ini. Sekali lagi seluar nya pula aku sambar. Bukan aku sahaja, malah orang Paris juga ramai membeli baju di butik ini. Apalagi tersenyum lebar aku sebab dpt membeli apa yg dihajati di sini. Maka berjalan lah kami menjelajah kota Paris dengan baju sejuk baruku. Yg paling aku sayang.. dan dia sentiasa menemai ku di Paris, London dan Korea. 

Lepas ini mahu teman ke mana ya? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...