Khamis, 3 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 3

Assalammualaikum semua...!

Sis nak share pengalaman guna dryer. [ baru sekali guna πŸ˜†]
Kalau mana mana rasa cerita sis ni ada unsur menunjuk atau takabur boleh terus scroll ke tempat lain πŸ˜”

Oklah. 
Actually dh lama dh mengidam nak pakai dryer. 
Tapi kira simpan dlm hati jelah. Ececeh! 

Tup tup mesin basuh pulak rosak. Haishh! Cam tau tau je hasrat hati πŸ™ˆ

Sis pun menyabarkan diri membasuh guna tangan beberapa hari.. ada satu malam suami tolong basuh pulak 🀣 saja nak bagi feel “ i jump you jump” 

Esok nya terus dia kata pilih lh nak beli mesin basuh yg mana. Beli dryer sekali ... 😱
Humagggghai! 

Tulah , tak sangka di balik musibah ada cahaya menerangi hujung jalan . 😝

Apalagi mulalah sis mengodek washer2 yg ada di pasaran. 

Paling menjadi sebutan tiga brand. 
LG
Panasonic
Electrolux 
Samsung

Sebelum ni guna panasonic top load 13 kg mmg lah puas hati . Comforter sekali masuk dua biji.. iyad siap boleh masuk dlm mesin basuh nak amik spender tertinggal sebab dlm jugak πŸ˜…

Puas hati gak guna hampir 10 tahun. 

Jadi yg baru ni sis nak sgtt guna front load. Tapi banyak betul komen tak berapa baik pasal front load ni. Cepat rosak ! So sis kata cuba jelah ...

Ok . Mula mula tengok panasonic . Rupa memang menarik.. bila ada steel kat panel tu nampak cam mewah ok. Tapi rege boleh tahan.

Pindah pulak ke electrolux. Org kata brand ni taiko dlm bab mesin basuh. 

Samsung moden. Tapi tak berapa pasti keupayaannya. Btw mak mertua guna samsung..topload okay je... 

Hasil kajian sis, barulah tahu mesin basuh Electrolux ni bagi saiz 

7.5kg
8kg 
Sama je saiz 
weight 600, depth 568 dan height 850 

Exactly sama besar. Dah tu apa yg nak beza sgt 0.5 kg? 
Jawapannya ialah pada hargaaaaanya( baca macam nujum pak belalang)

7.5kg RM1299
Dan 8kg RM1565

Nampak tak permainan nya disitu... function lain semua sama. 

Dan kalau 9kg harga nya ialah RM 2219 utk perbezaan 84mm pada kedalamannya(depth) 

Harga dah beza berapa? 
RM920
Ermmm🧐

Atau mungkin kedalam tong drum 🀷🏼‍♀️🀷🏼‍♀️

Oklah berbekal input yg sis ada maka tekad jelah nak beli electrolux saiz 7.5kg. ( dia kata 7kg sama 12 helai tuala) 

So paling murah RM 1199 kat Lazada. Masalahnya barang letrik ni risiko. Buat nye seller menipu macam mana. Kalau rosak lagilah pening. 

Makanya nasihat en suami pergilah ke SengHeng. Hilang #bmf ko. Terpaksa...

So kat sengheng dapat lah harga yg agak reasonable gak RM1399 ( dlm web boleh dpt RM1299) 

Oklah jadik beli
Washer front load ni brand electrolux.

Kedua nya dryer; ada pulak last unit RM899 ... jiran beli pun RM1.5k atau RM1.2k... ko rasa sis nak pandang je ke dengan rege sebegitu.. haha

Maka utk dua benda 
Washer dan dryer sis beli dengan harga cukup murah.. RM2298. ( washer and dryer) 

Mesti ada tanya kenapa tak beli satu mesin yg ada washer and dryer? 

Jawapan ialah kalau rosak .langsung dua dua tak dpat pakai. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...