Jumaat, 14 Ogos 2015

soalan KBAT SPM 2015

post  ini disebarkan melalui whats app...semoga beroleh manfaat. insya Allah. terima kasih yg sudi berkongsi.

alam semua. Sy dapat dr GPI Gombak Selangor. Harap ada manfaat dn pahala yg berterusan.

Aslkm rakan gpi
Berikut apa yg saya boleh kongsikan drpd bengkel kbat spm hari ini. Mohon pembetulan kiranya ada kesilapan. 😉

Cth soalan kbat spm bengkel 25.4.2015 - Aras kesukaran soalan spm 5.3.2
Aras kesukaran soalan pt3  3.4.3

Soalan kbat 4 markah....rubrik

Isi (1m)
Huraian(1m)
Penjelasan huraian (1m)
Rumusan (1m)
## calon tetap jawab dlm perenggan bukan dlm point
##kesimpulan tidak boleh ulang isi
##kesimpulan boleh bentuk cadangan

Soalan 1
Budaya masa kini meletakkan mas kahwin yg tinggi seolah-olah anak menjadi brg dagangan sedangkan hadis rasulullah menyebut semulia mulia perempuan adalah yang rendah mas kahwinnya.
Berdasarkan pernyataan di atas bagaimana mendidik masyarakat supaya mas kahwin bukan mengikut adat tetapi mengikut sunnah.

Soalan 2
A telah terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan dia dirawat di hospital. Kecederaannya serius sehingga tidak boleh bergerak sendiri.
Anda telah ditugaskan utk merawat A. Bagaimanakah anda menenangkan emosi A.                           (4 m)

Contoh jawapan
Saya akan menasihatkan A (isi)
supaya byk byk bersabar (huraian)

Saya akan berborak dgn A(isi)
Supaya dia rasa diambil peduli(huraian)
Kerana orang sakit sangat sensitif  (penjelasan huraian)
Oleh itu, sbg org islam kita jangan ada pilih kasih ant org sihat dgn sakit sebab semua org sama di sisi Allah (kesimpulan)



Soalan 3
A bertugas di Melaka. Beliau telah menerima surat supaya menjalankan tugas di Pulau Pinang selama 4 hari bermula hari isnin hingga khamis. A bertolak dari melaka jam 10 pagi. 6 jam kemudian dia telah singgah di kwsn r n r utk berehat
Berdasarkan situasi di atas, namakan ibadah solat yg boleh dilakukan oleh A.

Cth jaw
Menunaikan solat zohor secara sempurna (isi) /
Jamak takdim zohor asar (isi) kerana masih berada dlm waktu zohor (huraian)

Andaian untuk soalan kbat yg memerlukan 6 markah
...Guru boleh membina  soalan bertindih:
Contoh:
a. Pada pandangan anda kenapa berlaku demikian dan apakah cara mengatasinya.
b.........apakah akibat dan cara mengatasi

Andaian rubrik jika soalan kbat (6m)
a. Soalan tidak bertindih
1 isi
2 huraian
2 penjelasan huraian
1 kesimpulan

2 isi
2 huraian
1 penjelasan huraian
1 kesimpulan

Soalan 4
Trend masa kini anak -anak suka menghantar ibu bapa yg telah uzur ke rumah orang tua atau pusat penjagàan org tua.

Mengapakah situasi di atas boleh berlaku sedangkan mereka mengetahui kesan daripada perbuatan tersebut. (6m)

Rubrik
Anak anak sibuk bekerja (1m)
Kerana mencari nafkah utk keluarga (1 m)
Menyebabkan mrk tiada masa utk menguruskan keperluan harian ibu bapa (1m)
Dan khuatir ibu bapa terbiar tanpa pengawasan (1m)
Sebagai seorg anak kita semestinya bijak menguruskan masa antara keperluan harian dengan memenuhi tanggungjawab(1m) supaya tidak mendapat kemurkaan Allah (1m

Soalan 5
Orang yang mendapat hidayah Allah dapat dilihat melalui perlakuannya dalam kehidupan seharian.
Sejauh manakah penyataan di atas benar. Huraikan hujah anda berdasarkan pemerhatian anda dalam kehidupan bermasyarakat.

Rubrik
 benar / betul (1m)
sentiasa bercakap benar (1m)
agar tidak menimbulkan perselisihan(1m)
Oleh itu kita hendaklah mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan  agar hidup aman damai. (1m)

Soalan 6
Kebelakangan ini ajaran syiah telah menular dalam masyarakat. Ramalkan keadaan masyarakat akan datang jika umat islam tidak peka terhadap situasi tersebut

Soalan 7
Remaja hari ini sering terlibat dgn budaya asing spt k pop.  Situasi ini menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Bagaimanakah anda dapat menyedarkan rakan anda yg terlibat dengan budaya negatif tersebut.

Soalan 8
Terdpt segelintir remaja islam yg tidak segan silu memuat naik gambar yg tidak sopan dalam laman sosial.  Bagaimanakah cara mendidik remaja ini supaya takut melakukan perkara di atas.

Soalan 9
Berdasarkan keratan gambar di atas, sejauh manakah perbuatan tersebut boleh mencemarkan imej negara. Berikan hujah anda

Soalan 10
Antara usaha kerajaan membenteras ajaran sesat adalah melalui penerbitan akhbar kepada org ramai. Sejauh manakah peranan media massa dalam membenteras ajaran sesat yg berleluasa di Malaysia. Berikan pandangan anda.

Teknik Soalan KBAT PENDIDIKAN ISLAM

Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik Penyoalan KBAT

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!

memahami soalan KBAT PT3

Assalammualaikum  semua. ..pada asalnya saya menyimpan bahan KBAT  pendidikan Islam di blog adalah utk simpanan sendiri pada masa akan datang. ..namun tidak disangka bulan lepas views  post kbat melonjak naik sehingga reviews  blog sayabulan lepas mencecah 1000 lebih ia di paparkan . ..iyalah ..musim percubaan pt3 ..semua pelajar mencari kaedah  menjawab pt3...terus terang saya cakap itu vukan tulisan saya sebaliknya  perkongsian dr rakan rakan group  whats app yg saya panjangkan . ..

di sini saya sertakan link utk memahami kehendak sesuatu soalan KBAT

http://spi.jpnns.gov.my/Pendidikan%20Islam%20Menengah/1.kata%20kunci%20dan%20latihan%20%20PT3.pdf

nanti saya perjelaskan ..
utk semua calon pt3 good luck!



Selasa, 11 Ogos 2015

teknik menjawab soalan KBAT

assalammualaikum  
kbat tingkatan 5 

soalan yg ditanyakan adalah mengkehendaki pelajar berfikir dengan pengetahuan  sedia ada pd pelajar.


format wajib: 

1. isi utama : 1m
2. huraian : 1m
3. huraian lengkap : 1m
4. penutu/kesimpuan:1m

TOTAL : 4M

CONTOH  SOALAN :

Pada pandangan anda, apakah penyebab peningkatan  kes ponteng di sekolah?

Jawapan: 

pada pandangan saya, penyebab peningkatan kes ponteng di sekolah ialah pengaruh rakan sebaya (isi 1m) yang negatif ( huraian 1m)seperti tidak minat belajar, atau suka melepak di siber kafe ( huraian  lengkap 1m) .oleh itu, kita mestilah memilih rakan yg baik supaya kita tidak  terlibat dgn gejala  ponteng sekolah. ( kesimpulan  1m)


kelemahan pelajar selalunya pada kekurangan ilmu, atau maklumat atau tidak tahu membuat ayat lengkap menyebabkan  jawapan pelajar tergantung.

namun saya suka ingatkan , jgn sesekali meninggalkan 4 m ini kerana merugikan  cyba jawab dgn jawapan kamu sendiri idea sendiri . .paling tidak pemeriksa akn memberi satu atau dua markah.tidak mengapa..

masalah kbat paling merunsingkan pljr di kelas hujung tambahan  mereka kurang kemahiran membina ayat . .kadangkala mereka th jawapan tetapi  susah menterjemahkan  nya dlm bentuk ayat. 

 di bawah contoh  jawapan kbat spm perkongsian  rakan what apps dr johor. 

terima kasih . 

koleksi2 soalan kbat utk pt3 bakal menyusul... 







Khamis, 6 Ogos 2015

rancangan pengajaran harian Pendidikan Islam

alhamdulillah . .terjumpa satu web panitia pendidikan islam seluruh  mrsm...

ada rph setiap tingkatan dengan lengkap ...so kita tak payah nak pikir terus copy
sila click di sini..

nnt update lagi

tentang plc.

Rabu, 29 Julai 2015

Resepi Oreo Cheese Cake mudah , sedap , cepat dan ringkas!

Assalammualaikum ...mood rajin dh datang ...


Base cake  :

biskut marie 20 keping hancurkan
butter  4 sudu cairkan

gaul kedua duanya..jika agak seroi tidak melekat  tambah  butter lagi..

masukkan dalam spring  form yg boleh cabut  tepi nya . ..dan mampat2kan ...guna sudu pun  boleh..

setel bab nih . ..masukkan  kedalam peti ais  belah biasa bkn  beku selama setengah jam.

bhgian atas:

cream cheese   250g tatura brand murah sikit rm 7 lebih di mydin
whipping  cream 200g / kalau dpt non dairy. satu kotak kecik tu ...
yg ni kena pukul lembut  dan berhati  hati. .takut ia membalik taknk naik mcm cream...

oreo dalam 7/ 8 keping  patah  4
susu pekat manis terpulang nk atau tak
gula 4 sd bsr resepi asal 100g
gelatin  15g panaskan double boiled dgn 50ml air
vanila 1 ts

caranya:

pukul cream cheese dgn gula bergantung jugak thp kemanisannya . ..pukul hingga kembang...masukkn  gelatin ..pukul lagi ..susu pekat  actually  resepi asal white chocolate . ..pukul   kemudian  ketepikan...

pukul whipping  cream  dengan berhati2 sehingga naik sekali ganda ..better simpan dlm peti ais sblm pukul whipping  cream  tu...( petua lain : guna bekas stainless  steel  dan kalau boleh sejukkan bekas  tu dlm freeze dulu...) bekas pastikan kering dan bebas dr apa apa...pukul sederhana ok..lemah lembut ..

lepas  dh pukul ..masukkan  dlm adunan cheese tadi ...dan kacau sebati..kemudian masukkan oreo yg dh dipatahkan  tu.

keluarkan based yg dlm freeze td dan tuang adunan cream  cheese tadi ...atas biskut yg dimampatkan tu...

dh siap ..sejuk dlm peti aus semalaman.

sgt ringkas  dan...sedap...!

yg ni buat utk besday iyad ..tambah nutella di atas nya utk lebih yummy...

ini rupanya  jika buat  seperti resepi di atas . ..

jgn lupa  cuba..

idea asal  blog azlita masam manis dan hana family...

i gabung jadi satu resepi.

da...!!


Selasa, 28 Julai 2015

cerita jamuan raya : throwback . ..

ahad lepas 26hb julai ..kami buat sedikit acara makan makan di rumah. tak masak banyak pun cuma satu menu utama ..soto ayam dan kek oreo cheese...sempena hari jadi iyad ke empat.

hari tu kawan hafidz yg datang ex senior um kak rozana dan seorang akak cina. kebetulan dah ada makanan ..ajak sekali friends dlm group  isteri isteri gossip..dayot  mas pipah ujoi dan abby ..tapi dayot dan mas sahaja yang datang ..okay lah itupun dah meriah sgt.
mmg kali ni kami sempoi je ..org dtg dapur dh bersih ..tinggal nak layan tetamu je..so kitorang pun boleh makan makan...

anak anak pun happy ramai kawan . .sambil tu menjamu selera kuih raya mydin  yg murah dah sedap .tart nenas baru 19.90 sebekas..

jom ..tengok  gambar...yeya..
oreo cheesecake no bake ..utk besday iyad

kawan kawan hafidz....

excited semua..

kawan baik di um...dayot mas   ....dan anak anak dara aufa dan orked

celebration  besday iyad dan aman..selang dua hari je

kawan kawan ..ama..

aunty mas dan aufa.
malamnya ex student pulak datang ...makanan dh habis ..jadik buat magie goreng 6 bungkus ..selesai semua makan . ..dah lewat jugak ..pukul 11 malam diorg balik...

alhamdulillah . .seronok  menjamu org makan walaupun penat masak ..dan melayan tetamu...insya Allah  nnt nak buat lagi ....simple simple je janji dpt jamu org makan...

jumpa lagi bai!

Isnin, 6 Julai 2015

M.A.I.D !!

mari tgk koleksi maid maid yg kita ada😛😛


1. bibik yati - orang bandung sunda beragama islam dan sgt patuh pada  agama.dikampung nya bibik mengajar budak mengaji. janda anak dua ..dia bercerai dgn suaminya apabila keluarga masuk campur urusan keluarganya ...bibik yati sgt baik ..menjaga iyad sejak iyad berumur 3 bulan . dari september 2011 sehinggalah mei 2013...dia sabar dan taat pada majikan..

pada mulanya  bibik yati nak sambung  kerja ..tapi malang seminggu sebelum cuti sekolah dapat berita ibunya meninggal dunia ..tiada org yg nak jaga anaknya ..maka bibik yati terpaksa menjaga anaknya. pengalaman  sendiri ..bibik yayi ni baru kali pertama dtg ke malaysia ..itu yg untungnya jangan ambik yg dr agensi. .panjang akalnya ..sebab ramai yg mengajar...

2. sufinah- taklama ..taksampai sebulan . .dpt th dr jiran dia nak lari . .siap bagitahu kat abang repair aie cond sebelah umah ..saya tak cukup makan ..tak diberi makan ..yolong hantar  kan saya ke terminal . ..dpt tahu esok ye terus hantar balik ke ejen di klang ..hari yg sama bawa maid baru. .

3. aminah- yang ni mmg paling sadis ..umor mmg nampak dah 50an atau 60an ..mmg dh uzur..muka mmg curiga . .yg ni cuma keje 3 hari ..lepas tu lari tinggalkan iyad di hospital besar melaka..sewaktu diamanahkan jaga iyad masa iyad admitted . ingat lagi pukul 5 pg nurse telepon tanya akak ada dtg hantar barang ke ..sebab maid tu keluar cakap nak amik barang ..dr akak..fuh! bila nurse2 tu kejar dia lari..wallahu alam sekarang dia kat mana..

4. siti masturah- amik dr September  2013..lari dengan secara diketahui  pada januari 2015...yg ni amik dr anak majikan ..budak umor baru 20 tahun
.level kurang ajerr paling tinggi kot..dia lari rumah macam tu je sewaktu kami semua ada dirumah ...pastu dah lari rumab buat salah tapi macam tak bersalah masih active berfacebook bagai ...rasa nak je suruh polis  tangkap . .sebab geramm je tengok maid yg tak bertanggungjawab di depan mata ..aish...

sekarang  anak anak dijaga pengasuh ..jiran setaman kak peah . .sama sama kampung perak  Alhamdulillah . .hati lebih tenang berbanding ada maid di rumah..

tak tahulah lain orang lain rezekinya ..mgkin kita ni tak cukup sabar dan baik kott...

kalau doctor muhaya hari2 ucap terima kasih pada maid..😬😬ni kalo maid ye menjengkelkan  takkan nak ucap terima kasih...

masa maid yg terakhir dia akan buat kerje basic je ...laman rumah dia takkan kerjakan apa apa...kononnya  luar bidang dia...porch pun jarang jarang dia basuh ..kita ni taklah demand sangat janji jaga anak elok kira dh ok sgt dah ..masak pun tak  suruh. .dia masak utk iyad dan ihsan  dan apa yg dia nak makan ..bila dia buat salah kita  tegur buat muka ..palingg tak tahan ..rasa macam nak lempang2 je..kalau pekerjaan dia kita diam kan je mmg boleh tahan lama lah ..5 tahun  pun boleh kot..mana sabar..ikut dann dia je..isk!

ikut pengalaman  maid indonesia ni bukan jujur sgt nak kerje..sebaliknya hanya batu loncatan je dia masuk ke malaysia. hanya org yg ada maid je faham perasaan ada maid ...dia punya menyakitkan  hati tu mmg makan dalam ..tak teriman ko jah!!

gaji tiap  tiap tahun naik.

makan cukup ..

keperluan pun disediakan ..kiranya duit gaji dia solid masuk poket hantar kampung ..rasa rasa dia lagikaya dr majikan..

itulah antara asam garam ada maid.

nasib baik lah tak sampai yg teruk teruk macam dera anak atau pun bagi makan najis pada anak...nauzubillah.

ni tetiba cerita maid ni bukan apa ...sebab jiran sebelah rumah ni baru maid dia lari. kasihan dia ..sejak ada maid tak pernah kekal  lama ..cuma sorg je..lain nyalari ..kalau tak silap banyak jugak maid akak ni ada bersilih  ganti 7 , 8 orang ....






Sabtu, 4 Julai 2015

malang tidak berbau "telefon masuk air" : apa nk buat ?

Hr ini agak kalut di dapur..645 ayah baru sampai dr mydin.cuma ada 30 minit utk masak sblm berbuka...tgh kalut2 rupanya ihsan main air...
pergi depan ruang tamu tgk telefon dh basah kena air...buka ..bateri pun basah ..ini macam dh kena rendam jer..

buka semua ...lepas  tu jemurkan...ingatkn nk guna hair  dryer . ..tp takde pulak....lepas  berbuka  br mengadap phone elok elok . ..lap buka semua sim kad dan memory...terasa telepon  tu sejuk ....pastu ikut petua telefon kena di keringkan  dgn letak dlm beras....apalagi..dh lap bersih bersih . .masukkn telefon dlm beras..bg tertutup semua bahagian tenggelam...

dlm pada tu berdoa telefon elok...tak sampai setengah jam cuba pasang semula ...tp bila on kan tepin tak boleh ..asyik tilis samsung brand je ..tk dpt msuk smpai lampu biru menyala..dh susah hati ..byk benda nk buat ngn smartphone  ni...

buat semula   langkah tadi ..dan keringkan telepon  dlm beras dr pukul 940 sampai 530pagi....

td lepas bersahur cuba buka ....Alhamdulillah  berjaya . ..telepon boleh on semula . .alhamdulillah . .kalo  x melayang lg duit. ..

telepon samsung note 2 ni beli ms tahun 2013...awal tahun...kira hadiah  harijadi  utk diri sendirilah..beli dpt rebate smartphone  dr krajaan rm200 pastu tolak blackberry  ...pastu ambik pajej digi plan.kiranya modal cuma keluarkan  rm 1k je...

ok lah ..tepon  ni agak lassk jugak...berapa  kali dah jatuh ...

masuk  tahun ni ..dh hmpir masuk  tahun ketiga....kalau dpt pkai  lm eloklah ..x mmbazir!

telepon ni senang  besar sikit dan selesa nk type blog...tu yg sayang tu ...ok ...

so jgn dusah hati  kalau  telefon  masuk air...ada caranya....


Jumaat, 3 Julai 2015

koleksi photo ihsan






marathon di sekolah

assalammualaikum ..

bila naik dari bercuti panjang selama tiga bulan plus 2 minggu mmg mengujakan ..namun ada kerja yang bertimpa timpa menanti

,ula mula terkocoh kocoh nak marking paper mid term dalam pada itu sibuk pulak hari sukan berlangsung ...orked yang ditinggal di rumah pengasuh masih memerlukan susu ibu yang dipam


kelas padat 6 masa dalam sehari ...sehari ada 11 masa kesemuanya ..aduh!
mmg menguji kesabaran ibu menguruskan tiga org hero dan seorang puteri yang masih kecil...
nasib suami ringan tulang ( semoga Allah memeliharamu)...

rutin harian keluar rumah pukul 7 sampai sekolah pukul 720 ..kalau banyak kereta boleh jejak 730 dah kira lambat sangat tu.

duduk kejap dalam bilik guru loceng pertama bunyi ..terus masuk kelas...dalam pada itu akan bergerak ke kelas yang dia jar yang berlainan bangunan ..paling tak tahan kelas guna kipas bukan air cond so jgn terkejut bau cikgu pun kadang kdg dh ama bau budak!

gap dua maa selalu guna utk pam susu...pam susu paling kurang sejam nak dapat 140ml susu ..masuk kelas semula ..waktu akhir kalau free solat zohor dulu di sekolah

balik tak ambik anak dulu ..sampai rumah nak menyapui mengemop basuh kain ..jemur kain dan sebagainya.. periuk kuali dah lama opencen tak masak beli sahaja di kedai dekat rumah

dalam pukul 6 keluar ambik imran dan budak budak ..selalu ambik awal sebab nak menyusukan orked

malam bila semua budak ada di rumah takde aktiviti lain yang boleh dilakukan selain melai]yan kerenah mereka nak makan nak minum berak nak susu dan sebagainya adegan terkocoh kocoh jerit menjerit sebab ihsan gaduh ngan iyad mewarnai malam malam kami....pukul 9 lampu wajib tutup sama ada tido atau tidak..kurang sikit drama diorang kalau tidak lagi panjang cerita...malam baru berakhir semunya ..ikut nasib kalau iyad ngn ihsan buat perangai pukul 1230 malam baru nak tido,
orked mudah ada susu ibu senyap je...

Allahu akbar bukan rungut cuma menggambarkan situasi yng dialami kini..dan bila mereka membesar mesti ibu dan ayah akan rindu saat2 ini...

lepas selamat key in saps..kena pulak key in pbs offline dan yang terbaru paling sensasi cikgu cikgu kena buat fail meja pbpp..maka berduyun duyn lah memprint barang yang diperlukan utk fail tersenut ..semua ini akan dinilai untuk prestasi guru guru ..

tarikh akhir 9 julai ..masih banyak lagi yang belum di siapkan termasuklah qnet ..dan simulasi keberhasilan ..adoii banyaknya kena pikir,,

kadang kadang bila solat itulah waktu terbaik merehatkan minda dari segala permasalah dunia yg menyesakkan /\...nasib baik kita solat tenang fikiran sebab melupakan segala masalah dan cuba konsentrate hanya pada Allah ..tapi kadang2 susah jugak time solat lah timbul macam macam idea...

cuykup sampai disini.

thank you for reading!








HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...