Ahad, 13 Mac 2016

ipoh; amazing town!

saya asal dari perak .saya membesar di kuala kangsar..tp sejak akhir akhir ini kami banyak meluangkan masa di ipoh..apatah lagi mak mertua sudah bertukar tempat kerja di Ipoh..naik pangkat ..tahniah mama..amazing mama..bukan sekadar hebat di office malah di rumah ..i'm adore her a lot !

okay ..everything in ipoh is interesting..places people and of course food...murah dan delicious! jadi sebelum balik kuala kangsar atau selepas kami mmg akan berkampung dulu di ipoh ..pastinya jalan jalan dan carik makan...
 





memandangkan terlalu banyak post yang dah di buat oleh blogger blogger berkenaan tempat tempat makan menarik di ipoh ..kali ni kita nak review sikit pasal beberapa port makan yg kami dan try..antaranya Thumbs Cafe..mmg best....dia punya deco memang superb ..mempamerkan barang barangan antik..seperti radio lama, mesin jahit dan sebagainya..kami memang suka cafe yang hipster decorationnya...dan ambience very calm dan sebagainya...masa makan ni cuma kami berempat ..iaitu saya suami mak dan orked..sebenarnya abah masih di wad..jadi untuk menggembirakan hati mak kami bawak mak jalan jalan....abah baru balik dr umrah dan masih tidak sihat....

apa yg kami makan di sini..saya order chicken chop mak order bihun goreng dan suami saya order nasi goreng..sebelum tu kami makan dessert pavlova ..dan sebelum balik sempat sy merasa macaron ice creamnya ..sedikit manis dan sy kurang menyukainya..

overall saya puas hati alaupun makanan mak kurang feveret ..sy rasa kita kena cuba makanan yg popular di situ ..sebab kadang kadang apa yg kita makan bukan expertise mereka kan..

malam berikutnya kami pergi ke ipg ipoh utk cari burger banjir..menu yang famous...menu full tank...mmg mabeles dan air buahnya pun sgt ohsem ..jap google gambaq!

apapun kalo nak kesana carik \ipg ipoh ..bebetul depan ipg..tapi kedainya tersembunyik sikit tak berapa nampak..

sedikit info utk makan pagi pergilah area stadium ipoh ..mmg banyak kedai makan area situ dan Insya Allah sedap...itupun kami belum cuba lagi Restoran Tasik Raban ..yeke namanya gt..apapun prgilah ke ipoh dan nikmatlah cara hidup mesyarakat di sana yang baik baik dan mesra alam ..ewah..okayy nak gerak ke teluk intan pulak...bye Adios!



Rabu, 9 Mac 2016

Pengalaman di Mahkota Medical Centre

Anda tinggal di melaka? mengandung? Dan berkira-kira di mana nak bersalin ? Ok di melaka ada 3 hospital swasta yg agak famous  putra specialist, pantai hospital dan mahkota medical centre.
Sepanjang duduk di melaka ..saya ada pengalaman berurusan di setiap hospital swasta ni. Paling recommended ialah mahkota medical centre.saya suka pertamanya tak sesak ..bersih dan cantik macam check in hotel githeww! Tapi masalah nya dia agak jauh dr rumah saya di ayer keroh..sedangkan ia nun kat banda hotel ..mmg jalan jammed lah kalau nak ke sana..berdekatan dataran pahlawan dan hatten square.

Pengalaman saya melahirkan anak ke empat, putri orked imani di hospital mahkota dengan Dr Ahmad Shaifuddin.Actually tak plan langsung nk bersalin di sini. Ceritanya, asal nak buat monthly checkup for 37 weeks... (kot..) sekali bila doc buat details scan ..doctor kata air ketuban terlalu sedikit. Dan doc bagi choice pada parent. 

1) buat ctg everyday untuk pantau baby...atau
2) operate. Then saya tanya ..bile?"..doctor cakap "hari ni..".*ternganga mulut mak....😱😱😱*dang!!!

Suami tanya macam mana? Ikut saya

Saya fikir kalau nak pantau pun lama mana..at the end kena operate jugak kalau takde contractions.Then saya cakap..
" doctor, saya dah kandungkan bayi ini sembilan bulan ...sy taknak hanya kerana sedikit kecuaian sy membuat keputusan ..sesuatu yg tak baik berlaku pada baby. ..., saya tak nak amik risiko...baik..kita operate. " doc shaifuddin mengangguk dan nampak sgt bersetuju dengan keputusan tersebut ."ok ..makan last bila? ..ini emergency Caesars. ..sy akan isi borang supaya awak tak dikenakan extra charge..and..bla..bla....."doctor menerangkan .dan aku berkata sendiri. ."ya Allah ..begini Engkau ingin anak keempat aku dilahirkan aku redha..." suami tanya dengan lembut sambil usap bahu..." ama ..dah sedia ke nak melahirkan baby hari ni.." " sedia atau tidak..kena juga...ama taknak risiko apa apa pada baby..." doctor sibuk ...menelefon bilik operation..isi borang dan arah nurse tolak masuk ward. Kalau tak silap masa tu hampir pukul 1 tengah hari. Memecah tradisi kesemua anak yg lahir malam...😍
Imran..iyad dan ihsan ..tak faham ..semua gelak..gelak.." ibu..bila kita nak pergi kenduri kawin. .." hampir nak
tergelak dengar.." tak jadi..ibu dh nak keluarkan baby ...." " baby nak keluar hari ni?" Diorg tak faham..😐😐

Urusan mmg cepat ..kebetulan ihsan tido dlm stroller.  Ibu dengan imran naik ke wad dan ayah register dan bayar cagaran.
Bila masuk wad..nurse tanya " siapa yg nak bersalin ni? " nurse pandang atas bawah.." saya lah nurse.." mana idak nye bukan main cantik lagi berjubah bagai..." saya ni nak g kenduri kawin nurse...tak sangka kena bersalin hari ni ..."
Nurse senyum je...masuk ward nurse suruh salin baju dan nurse suruh baring utk bersihkan diri...prosedure biasa. .masa ni elok je imran dan iyad dlm bilik. .tp x tengok lah..nurse masukkan tiub ke pundi kencing..aduh tak selesa langsung ...ngeri kalau ingat ..waktu nak tolak ke operation theatre suami tak naik lagi...terpaksa tinggalkan anak anak dlm ward berdua tu..nurse bagitahu doctor bius dah bising bising kat bawah tanya patient. Aduh....
Masa ditolak terserempak suami ..dia salam dan cium dahi...takut ini pertemuan terakhir..😭😭😭

Masa di peration theatre semua dah sedia menanti...mereka melayan dengan baik ..dalam pukul dua petang doctor Ahmad shaifuddin sampai ..masih ingat doctor cakap .." okay semua dah sedia...? " dan sempat melihat saya sambil cakap..." kita mula ya.." saya angguk..doctor baca bismillah dan memulakan operate. Saya sentiasa zikir dan doa dipermudahkah urusan.doctor pakar kanak kanak sedia menanti disebelah utk menyambut baby..dan doctor bius memegang oxygen utk aku hidu...sambil tu sempat kami borak borak. Bersungguh betul dia cakapa yg aku mmg dh kehabisan air ketuban. .dan takde yg memncut keluar...maksudnya terlalu sedikit. Syukur pada Allah ilhamkan kaki berjumpa doctor pada hari tersebut.

Tepat pukul 230 petang ..keluarlah seorg bayi yg comel ...perempuan.segera di ambil doctor...dibersihkan dan di buat rekod kelahiran ..panjangbya beratnya ukur lilit kepala dan sebagainya. Lega. Anak dh selamat keluar.Alhamdulillah...
Agak lama utk doctor menjahit semua dan semua proses berjalan lancar..selepas doctor paediatric memeriksa baby ..diselimutkan dan diberitahu .." baby girl ..semua normal ya.." doctor tahu history aku ada anak tof ...iyad..second baby.

Taklama kemudian aku dibawa naik dan disuruh rehat .tak boleh bangun selama 6 jam atau lebih .tak ingat. ..

#bersambung

****update 16/10/2020.

kos czer seingat aku 5k pada tahun 2015.


anda berminat? Sila hubungi klinik doctor ahmad saifuddin a


dua malam jugaklah ibu disini....

bilik berdua...sorg satu tv ..ok..

Hye cayang...

Menu hospital. Sedap!


Muka excited ibu balik umah...

Nampak tembam je...tapi cuma 2.65kg ...kedua terkecil selepas iyad.

Alhamdulillah ..syukur orked dan ibu boleh discharged...

Sehari sebelum melahirkan orked.

Firstcapture# sibuk abang abangnya berposing ...ibu x tengok lagi..

Selasa, 1 Disember 2015

Assalammualaikum  semua.
cuti sekolah 2015 dah berlalu  hampir 2 minggu ...anda ke mana ....hmmm...

saya menetap di melaka ..so sedikit  sebanyak hal cuti cuti  di melaka dalam poket saya ..ewah! yelahb..merantau negeri org kita berjalanlah sementara dekat dgn kita  kalau dh jauh susab pulak nak sampai .tapi pelikkan..bila dekat taknak pergi  dh jauh  baru nak pergi hmmm....

persoalan ramai yg tanya . .nak dok hotel mana?

hah ni soalan yg takde jawpan yess or no..depends  on your  budget .kalau nak lima  bintang  ada philea hotel...betul2 keluar tol ayer keroh.... ada jugak ramada hotel ..atau dulu namanya renaissance  hotel. selain tu ada hatten hotel betul2 tgh bandar rasanyabersambung  ngn mall. ni kalau nak g menara taming sari  mmg dekat lah ..jalan kaki je...selain tu ada jugak hotel2 empat bintang lain ...holiday inn....swiss garden 5 bintang rasanya  ....phines hotel...naza hotel , youth hotel . .dan macam macam.lagi...

kena pilih hotel dekat lokasi nak berjalan ..kalau suka bandar duduk area banda hilir  dekat dengan bangunan2 bersejarah ..jonker walk dan dataran pahlawan...kalau belah ayer keroh dkt dgn zoo...bayou lagoon..melaka wonderland dan lain lain....

kalau A famosa resort di alor gajah ...kat sana agk jauh jaraknya dengan banda hilir . ...ok ..jom tengok gambar hotel ...
D viiage resort..ayer keroh ..masa ni imran ada hi tea kelas 2 kenanga

rumah ala kampung...best kan..!

tu bayou lagoon...

ada swimming pool . ..

belakang tu rumah org ..yelah dekat taman perumahan

tempat  budak2 main air....hihi



Khamis, 12 November 2015

fancy cake.

geram betul semalam ke mc Donald  makan kek seketul 10.90..haish geramnye.
nampaknya balik ni kena  buat kek ..biar tersimpan dlm peti ais..anak.nak makan. takyah nak.beli kek kek yg mahal tu ..takpatut betoilah...

kalau makan kat popdonna lagilah satu bekas meatball yg ikea tu rm6 .maksudnya sebijik rm1. amboii ..untongg betul ekk..tulab gaya hidup rakyat malaysia dh berubah dr makan bengkak ( bingka) dah tukar cheese cake. ..dr makan bergedil dh makan meatball dari makan mee dh makan spagheti ..lasagna dan sebagainya. hurmm..barang 2  tu semua dtgnya dr overseas . maka mestilah kosnya mahal..koleksi mknn dr luar dan dlm rumah
 ..
mango ..ni d qasreena cafe

baked meatballs  dr ama cafe

homemade  popcorn  

zowa cake di popdonna rm 8😱😱😱

noodles  boat   bihun je pun..😩😩

orked imani...ayam gireng iby

oreo cheesecake  ama cafe

favourite  imran ...rotu jala  dan kari ayam

hakikatnya mkn dirumah lg sedap dr di kedai.cuma mak kena rajin...hihi..😭😭😭

so ..rajin2kanlah diri  anda okey?..

Rabu, 11 November 2015

iyad kena gegata. bagaimana merawat gegata?

Gegata ni penyakit kulit yang menyebabkan kita gatal gatal dibahagian yg naik gegata..seingat saya masa kecil jika jadi macam ni ..mak akan sapu abu ...dapur arang kan ada yg putih2 tu kesan kayu terbakar sapu ...tapi sekarang ni mana nak cari abu..bukan selalu bakar ikan...

ceritanya, selepas iyad buat contrast  study ..masukkan barium utk lihat samada iyad masih ada severe reflux atau tidak badan iyad terus naik gegata...ada satu malam..kepala iyad bengkak sampai berbonjol bonjol dan paling menakutkan  muka iyad berubah rupa ....sebab bengkak kesan bahan racun tersebut.

cuba google  mesti ada...



 tengoklah  betapa lainnya muka iyad ...lagi takut ! ! macam ada bola pingpong kat tengkorak kepala bukan satu tapi banyak . ..😭😭

ada org kata keteguran. kena buat rawatan .ini rawatan Islam yg kami buat ..jumpa dlm internet.Alhamdulillah  berhasil..tapi jadi balik..so kena buat balik sampai elok..


Bahan-bahan untuk rawatan:

1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).


yang agak rimbun tulah pokok bidara ..daunya kecil2..dan batangnya berduri...elok utk berubat dan mandikan mayat...sgt subur..kami beli anak pokoknya dr darul syifa. Abaikan model baju belang tu ...


cherengin hills resort janda baik.

Assalammualaikum. Isnin lepas kami ke Janda baik bukan utk bercuti tapi utk teman ayah kursus di sana. Sebenarnya ini kali kedua kami ke sini . .kali pertama  semasa imran masih kecil. Janda baik tempat  yg aman damai dan jauh dari kesibukkan kota. kalau ke sini bolehlah kita mandi sungai dan hidup back to nature konon lah ..hehe..tapi sapa yg mmg ada kampung ..kira cam balik kampung lah. kebanyakan  yg dtg ke sini adalah kumpulan syarikat yg menghantar staffnya utk kursus jati diri atau team building. macam macam aktiviti lasak yang boleh dilakukan . lokasi nya yg atas bukit menyamai jika kita bercuti ke Cameron Highlands  atau bukit tinggi.

cherengin  hills ni ada swimming pool dan mini zoo , sebab kan hari hujan kami tak sempat ke mini zoo..cuma imran dpt mandi swimming pool tika adik adiknya sedang tidor do bilik...nxt time boleh dtg kalau mmg hajat nak mandi sg atau buat aktiviti lain.

makan ..? kami makan malam di restoran  che ..berhampiran kediaman ketua kamping janda baik. okay lah ..sedap tapi sup ekornya kurang kick  sebab tak pedas. kami makan sup ekor, telur bungkus dan daging masak merah. add on telur dadar..nasi 4 . air semua yital bayar rm 38 ..oklah.

so ..kita layan jelah gambar..mana tau kalo awak awak semua teringin nak ke janda baikb..boleh jadikan panduan. ok! pastikan anda pencipta alam jika mahu ke sini jika tidak lupakan .ewah!


ibu ngn orked ...ni ondaway nak pergi dinner..kami pergi dinner awal sebelum pukul 6..alhamdulilah  dpt makan kedai tomyam yg sedap.

ihsan bajet hensemlah tu

waktu ni ayah sibuk nak minjm welvome drink..😝😝😝

ini dining area nye

view yg mendamaikan.

the pool.

jalan jalan ..sebab diorg tak berapa sihat ..batuk selsema maka no mandi2...

dh bujanh sangat anak sulung aku nih

view dr  bilik..



capture wajib ..😂😂

bilik ye kecil je..nasib baik muat semua tido atas  katil..😂

receptions  


hijau je ..mmg mendamaikan..



lepas google2 rupa rupanya best janda baik ni ...ada banyak hotel yg happening dan dekat dgn sg ..next time boleh pergi ..ek..ek..

Khamis, 8 Oktober 2015

mood masak yang sudah kembali.

alhamdulillah dah dtg minat nak memasak semula. maka macam macam menu yang keluar. sebenarnya ini tak lain tidak sebagai kenang kengangan untk hari akan datang betapa kalut membesarkan anak dan masih mampu menyiapkan makanan kesukaan mereka, itu salah satu kegembiraan ibu. suami juga suka sebab dapat menikmati makanan yang sedap tanpa perlu mengeluar duit yang banyak.

tulah ,kita semua suka makan kat restoran yang fancy. terfikir juga baik kita deko rumah kita supaya kita dpat menyediakan menu dan suasana ala restoran ..so hari hari dpt makan kedai . dan duit yang lebih kita kumpul utk simpanan hari akan dtg.

kalau nak cerita banyak benda nak buat dlm kepala ni. nak beli langsir nak cat rumah nak deko deko ruang makan ala rstoran dan sebaqgainyalah, jadikan rumah kita sebagai syurga utk kita.

dalam pada itu sibuk menyiapkan tugasan penting seperti hrmis dan soalan akhir tahun. minggu hadapan imran akan exam. iyad demam..perancangan tukar tiub iyad mesti dibuat pada tahun ini kerana iyad akan bersekolah pada tahun hadapan. ihsan mula boleh bercakap, dan orked sedang explore merangkak dan mengurip barang. biasalah proses pembelajaran.

hari ni ,ibu cuti sempena hari tyt negeri melaka. ayah kerja maka ibu pun plan nak masak dirumah. nnt ayah balik boleh makan yang sedap sedap.

okaylah..semua rutin ni ibu ibu buat, sama sahaja, takde beza pun cuma ada yang menunjuk kerja yang dibuat pada umum ada yang sembunyi. biasalh..saya pun kadang upload gambar masakan. entahlah ..mungkin nak share atau mungkin nak cakap ' tengok ni saya rajin masak.." maka terhapuslah pahala atas kebaikan tersebut. paling tak tahan ada yang lapor buat ibadat dalam facebook. wallahu'alam. itulah membentuk hati yang ikhlas ni susah ..ibarat mencr semut hitam di atas batu hitam di waktu malam, jadi..skrg sy sedang melatih diri switch off facebook dr status yang entah apa ntah. kalau ketagih sgt nak post buat lock ..only you ..okay?

kadang kadang org bacaorg tahu apa isi hati kita, tengoklah mana ada org hantar gambar selpie buruk buruk,...semua nak letak side yang paling indah dalam diri. nak tak nak sedikit sebanyak akan timbul perasaan riak. tambah ada yang letak komen gorgeous!..lawanya..nampak muda and so on!
lagilah naik lemak ..entah entah org tu perli je ..camne tuh
aku lah tu tak cakap org.

tetiba tulis ni ..teringat seorang rakan sek menengah yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua. sad partnya ...mengahwini suami org..the cruel part..without first wife permission. curik curik..then lebih menambah rencah ..bernikah di siam. oh man. dunia. inilah ..kita tak tahu takdir kita bagaimana . mmg lah dengar macam teruknya ...tapi itulah ketentuan dan pilihannya utk kehidupannya. scary dgr..

bak kata kakak ku hidup ini ujian . ujian utk kita suami isteri. kita mesti berjuang menyelamatkan rumahtangga. tiada rumah tangga yang tidak ditimpa badai.percayalah..jengkel juga bila budak budak muda baru kawin setahun upload gambo mesra cam kaulah pasangan paling bahagia dalam dunia.

nak je aku cakap
" weh..ko ingat kawin ni sepanjang masa bahagia ke.. jangan ingat awal eprkahwinan suami ko baik ..suami koakan baik macam tu hingga ke akhir hayat! come on lah ...suami aku dulu pun masa baru kawin topup belikan ..minyak kereta isikan ...phone charge kan..apa lagi...macam macam lah ..tapi hakikatnya kita take for granted ,macam lah suami kita malaikat akan begitu selamanya . makanya kita pun amik endah tak endah. teruskan buat perangai manja kita tu..weh! setahun dua nak lah dia layan ..masuk tiga empat tahun ampun!..so nak pesan shout silently sebab assume takde siapa baca l
blog aku .
"wahai isteri isteri muda layanlah suami mu seperti raja ketika sifatnya seperti hamba. kerana takut suatu hari nanti kau akan diperhambakan oleh suami seperti raja ..bley?"


apapun jodoh ketentuan ALLAH ...sabar redha..berbahagialah dengan apa yang kamu ada insya allah bahagia,satu lagi kalau bahagia simpan kalau duka pun siampan ..
baik buruk pasangan simpan ..itulah yang dikatakan suami isteri seperti pakaian. saling menutupi aib antara satu sama lain.
ok cukup membebel..seronok juga boleh cakap apa yang kita raasa
kalau kat fb tu susah sikit ...semua org baca lepas tu kang org kata kau tu acah ahli syurga ..haish!

so faham faham jelah k..

ok!

list tugas kita nak buat:

1. basuh kain tengah on
2. nyapu sampah
3. mop lantai kalau rajin
4.bagi orked makan
5. masak pizza ni tak pastu cuba dulu...hahah

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...