Rabu, 9 Mac 2016

Pengalaman di Mahkota Medical Centre

Anda tinggal di melaka? mengandung? Dan berkira-kira di mana nak bersalin ? Ok di melaka ada 3 hospital swasta yg agak famous  putra specialist, pantai hospital dan mahkota medical centre.
Sepanjang duduk di melaka ..saya ada pengalaman berurusan di setiap hospital swasta ni. Paling recommended ialah mahkota medical centre.saya suka pertamanya tak sesak ..bersih dan cantik macam check in hotel githeww! Tapi masalah nya dia agak jauh dr rumah saya di ayer keroh..sedangkan ia nun kat banda hotel ..mmg jalan jammed lah kalau nak ke sana..berdekatan dataran pahlawan dan hatten square.

Pengalaman saya melahirkan anak ke empat, putri orked imani di hospital mahkota dengan Dr Ahmad Shaifuddin.Actually tak plan langsung nk bersalin di sini. Ceritanya, asal nak buat monthly checkup for 37 weeks... (kot..) sekali bila doc buat details scan ..doctor kata air ketuban terlalu sedikit. Dan doc bagi choice pada parent. 

1) buat ctg everyday untuk pantau baby...atau
2) operate. Then saya tanya ..bile?"..doctor cakap "hari ni..".*ternganga mulut mak....😱😱😱*dang!!!

Suami tanya macam mana? Ikut saya

Saya fikir kalau nak pantau pun lama mana..at the end kena operate jugak kalau takde contractions.Then saya cakap..
" doctor, saya dah kandungkan bayi ini sembilan bulan ...sy taknak hanya kerana sedikit kecuaian sy membuat keputusan ..sesuatu yg tak baik berlaku pada baby. ..., saya tak nak amik risiko...baik..kita operate. " doc shaifuddin mengangguk dan nampak sgt bersetuju dengan keputusan tersebut ."ok ..makan last bila? ..ini emergency Caesars. ..sy akan isi borang supaya awak tak dikenakan extra charge..and..bla..bla....."doctor menerangkan .dan aku berkata sendiri. ."ya Allah ..begini Engkau ingin anak keempat aku dilahirkan aku redha..." suami tanya dengan lembut sambil usap bahu..." ama ..dah sedia ke nak melahirkan baby hari ni.." " sedia atau tidak..kena juga...ama taknak risiko apa apa pada baby..." doctor sibuk ...menelefon bilik operation..isi borang dan arah nurse tolak masuk ward. Kalau tak silap masa tu hampir pukul 1 tengah hari. Memecah tradisi kesemua anak yg lahir malam...😍
Imran..iyad dan ihsan ..tak faham ..semua gelak..gelak.." ibu..bila kita nak pergi kenduri kawin. .." hampir nak
tergelak dengar.." tak jadi..ibu dh nak keluarkan baby ...." " baby nak keluar hari ni?" Diorg tak faham..😐😐

Urusan mmg cepat ..kebetulan ihsan tido dlm stroller.  Ibu dengan imran naik ke wad dan ayah register dan bayar cagaran.
Bila masuk wad..nurse tanya " siapa yg nak bersalin ni? " nurse pandang atas bawah.." saya lah nurse.." mana idak nye bukan main cantik lagi berjubah bagai..." saya ni nak g kenduri kawin nurse...tak sangka kena bersalin hari ni ..."
Nurse senyum je...masuk ward nurse suruh salin baju dan nurse suruh baring utk bersihkan diri...prosedure biasa. .masa ni elok je imran dan iyad dlm bilik. .tp x tengok lah..nurse masukkan tiub ke pundi kencing..aduh tak selesa langsung ...ngeri kalau ingat ..waktu nak tolak ke operation theatre suami tak naik lagi...terpaksa tinggalkan anak anak dlm ward berdua tu..nurse bagitahu doctor bius dah bising bising kat bawah tanya patient. Aduh....
Masa ditolak terserempak suami ..dia salam dan cium dahi...takut ini pertemuan terakhir..😭😭😭

Masa di peration theatre semua dah sedia menanti...mereka melayan dengan baik ..dalam pukul dua petang doctor Ahmad shaifuddin sampai ..masih ingat doctor cakap .." okay semua dah sedia...? " dan sempat melihat saya sambil cakap..." kita mula ya.." saya angguk..doctor baca bismillah dan memulakan operate. Saya sentiasa zikir dan doa dipermudahkah urusan.doctor pakar kanak kanak sedia menanti disebelah utk menyambut baby..dan doctor bius memegang oxygen utk aku hidu...sambil tu sempat kami borak borak. Bersungguh betul dia cakapa yg aku mmg dh kehabisan air ketuban. .dan takde yg memncut keluar...maksudnya terlalu sedikit. Syukur pada Allah ilhamkan kaki berjumpa doctor pada hari tersebut.

Tepat pukul 230 petang ..keluarlah seorg bayi yg comel ...perempuan.segera di ambil doctor...dibersihkan dan di buat rekod kelahiran ..panjangbya beratnya ukur lilit kepala dan sebagainya. Lega. Anak dh selamat keluar.Alhamdulillah...
Agak lama utk doctor menjahit semua dan semua proses berjalan lancar..selepas doctor paediatric memeriksa baby ..diselimutkan dan diberitahu .." baby girl ..semua normal ya.." doctor tahu history aku ada anak tof ...iyad..second baby.

Taklama kemudian aku dibawa naik dan disuruh rehat .tak boleh bangun selama 6 jam atau lebih .tak ingat. ..

#bersambung

****update 16/10/2020.

kos czer seingat aku 5k pada tahun 2015.


anda berminat? Sila hubungi klinik doctor ahmad saifuddin a


dua malam jugaklah ibu disini....

bilik berdua...sorg satu tv ..ok..

Hye cayang...

Menu hospital. Sedap!


Muka excited ibu balik umah...

Nampak tembam je...tapi cuma 2.65kg ...kedua terkecil selepas iyad.

Alhamdulillah ..syukur orked dan ibu boleh discharged...

Sehari sebelum melahirkan orked.

Firstcapture# sibuk abang abangnya berposing ...ibu x tengok lagi..

7 ulasan:

  1. Bape ye kos ceaser kt mmc?

    BalasPadam
  2. Sis..nk tanya..berapa kos bersalin operation kat mahkota ya?

    BalasPadam
  3. Sis biasa kalau book depo berapa eh?

    BalasPadam
  4. Hai..Blh tny sikit.. Brp total cost puan semasa bersalin..
    Sy pun checkup dgn doc Ahmad.
    Just nak tau actual cost untuk czer.
    Harap sgt dpt bantu..
    Terima kasih

    BalasPadam
  5. maaf saya baru buka page ..seingat saya dalam dalam 4k ..nnt saya konfirmkan

    BalasPadam
  6. assalam..blh sy tau actual kos bersalin czer emergency di mahkota?

    BalasPadam
  7. perwakilan Mahkota Medical Centre Surabaya Rep Office
    Selamat Pagi, perkenalkan kami perwakilan Mahkota Medical Centre Surabaya Rep Office. kami adalah salah satu perwakilan di jawa timur. kami siap membantu dan memberikan:
    1. informasi seputar mahkota dan malaca malaysia
    2. informasi fasilitas & kesehatan
    3. Appoitment dokter dan arange perjalanan sampai akomodasi dengan Company Rate kami
    4. Second opinion langsung dari Dokter kami.
    Semua pelayanan ini FREE of Charge, walaupun hanya untuk bertanya atau sekedar second opinion dari Dokter lain kita siap membantu .Jika Membutuhkan infomasi tentang Mahkota Medical Centre Melaka Malaysia, silahkan hubungi kantor perwakilan kami….
    Surabaya Representative Office
    Mahkota Medical Centre
    Jl. Barata Jaya XIX / 31C
    Surabaya 60131 – Indonesia.
    031-5020588
    WA : +6281 331777697
    Email : mmcsurabayaoffice@gmail.com
    Fb : https://www.facebook.com/mmc.surabaya
    http://mahkotamedicalcentresurabayaoffice.blogspot.co.id/

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...