Isnin, 15 November 2021

PART 1 : PENANG 2021

Akhirnya plan utk Family Day ofis suami berjalan lancar. 
kami ke Penang dan menginap di Royal Chulan Penang. Best bilik ni besar .
nnt sis review post khas pasal bilik ni ..ok? 

kami bertolak hari Jumaat ..itupun lepas beli kopi capsule dekat Jusco Ipoh . Dalam jam 3 lebih jugak baru gerak. Perjalanan lancar .tak banyak kereta..
kami sampai sekitar 5.30 petang ,,malam tu ada makan malam. 
jadi lepas makan malam di grand ballroom kami pun bergerak naik bas ke padang kota 

lepas penat berjalan ..makan beramai ramai masuk 7 elevan sebab kedai ni nampak antik
kedai ni betul betul depan Padang Kota 

dalam hotel depan grand ballroom


ni depan lobby hotel 

sejak dah pandai minum kopi ..mesin kopi pun ko heret merata alam ...

Padang Kota 2021

Malam kami datang ni ada pertunjukkan lampu dia kata Lantern Decoration.

kalau ke sini jalan kaki sahaja dari Hotel royal Chulan tu 

Mmg teruja lah nampak lampu tu ..ada hiasan utk setiap negara ..ada Tower Bridge London dan ada monumen monumen lain ..semua berbeza ikut negara negara masing masing ..



belakang Iyad tu Taj Mahal ..

ni pun cantik..

ada disediakan basikal utk orang awam menunggang basikal .

aku rasa Penang sebuah negeri yang patut dikunjungi tempat nya cantik dan menarik .

Jumaat, 12 November 2021

Royal Chulan Penang 2021

 Aku tahu Royal Chulan ni ada banyak … seremban … kl … the curve… lagi mana ek… yg aku duduk ni di Penang.

Kami pergi sempena Family Day suami aku… 

Kitorg pergi Jumaat sampai Ahad. 

Dapat bilik besar ala apartment.. ada ruang tengok tv… master bedroom pastu ada bilik kecik… 

Kalau kami satu keluarga ni mmg muat sangat…

Ada bath tub .. lawa sgt … macam colonial English sikit bath tub dia..

Aku suka lah hotel ni…





Nng aku sambung tulis di macbook .. payah type kat hp ni…

Selasa, 9 November 2021

HATTEN HOTEL REVIEW

 Inilah percutian staycation paling pendek dlm sejarah.. sampai jam 4.30 petang check out 7.30 malam… ghitewww 

Hahah..macam ni… Selasa selepas appointment Ihsan , aku amik keputusan nak ke Hatten .. suami ada program dan dpt bilik kat situ.. 

asalnya aku malas nak pergi .. yelah hotel nya nun kat bandar hilir.. rumah aku area bemban .. jauh lah jugak kan…

Entah apa dia .. balik klinik terus packing barang termasuk baju utk esok aku keje.. kononnya nak gerak dr hotel ke sekolah. Plan A. 

Sampai sampai otel .. budak budak asyik ngadu lapae .. apa lagi aku capai menu terus order in room.. tengok menu satu set36 ringgit dan satu lagi alacart ada nasi goreng kg morten dengan ayam goreng Rm25 … boleh lah… total dlm 61 ringgit… makan hotel kan mahal.. 


Teringat rege  siakap kat Langkawi .. terus rasa murah…kah! Kah! Sedangkan kalo ko makan kat kedai kg tunrazak nasi goreng kampung baru RM5 .. acah billionaire internationally kah ?? Hahah …#kezzahkepam omg… 

Takpelah yg tu tolak tepi .. aku stay je kat bilik pastu makan sampai depan pintu kira heaven sgtlah kan .. dh lah makanan dia sedap … terokk.. korg boleh order chicken grilled tu mmg masyukkk… kuah black pepper dia lahaiiii dap dap nauuu! 

Habis makan terus g swimming pool..

Sampai swimming pool tak sempat scan budka tu kata .. “takpe kak pergi je mandi cepat ..! Lagipun hari nak ujan ..!”

Apalagi budak budak meluru lah takut tak sempat mandi… 









RM25 Nasi Goreng Kampung Morten… sedap! 

 






Hotel ni cantik…

Kalau korang dtg sini boleh order makanan dia ..walaupun mahal tapi puas hati… 
Pool dia pun lawa … tapi kecil je… oklah kan..dr bilik aku stay ni nampak laut .. pastu cantik samgat sunset dia.. 

Walaupun hanya 3 jam seronok. Hahah.. 
cadangan nak tido di hotel aku kenselkan.
Kami balik ke rumah jam 8.30 malam. Aku tak berapa yakin nak gerak ke sekolah dr hotel. 

Alhamdulillah keputusan aku tepat. 

Looking forward another vacation to Penang! Yeay!!!

Sabtu, 6 November 2021

Harga Makanan di Mohd Chan by The Garden, Taman Seribu Bunga , Melaka Nov 2021

Semalam kali pertama makan di Restoran Mohd Chan by The Garden kat Taman Seribu Bunga. Sebelum ni biasa makan nama kedai nya Abdullah Chan - Restoran Chinesse Muslim kalau dtg sini wajib makan butter prawn dengan ketam kulit lembut tu… mmg sedap! 

Lama tak makan kat chinesse restaurant

Oklah kalau korang tanya aku mahal aku murah . Pada aku harga nya standard kalau makan dekat Secret Receipe ke .. atau restoran Kenny Rogers hah macam tulah rege dia .. 

kalau nak murah amik nasi goreng ke .. macam ala cart.. kalau set pun ada macam utk 5@6 org makan RM158

Tapi kan .. masakan dia mmg sedap ! Ya Allah nikmat dunia kan…sedap sangat..: 

Korang boleh tengok sendiri harga di menU bawah ni…

MENU NASI ni antara yang korang boleh order..kalau kedai biasa nasi goreng dalam Rm5-7 jugak kan ...

Kalau suka menu Mee boleh try menu ni 

Siakap ni pada aku murah berbanding kalau ko makan kat Langkawi ..hahah

Nasi yang ketam lembut tu Imran ada order ..sedapla 

pelbagai menu dim sum ..kami tak makan dimsum hari tu 

Ikan siakap stim pun agak popular

dulu org dtg chinese restaurant sebab nak makan butter prawn nilah ..

so silalah ke sini kalau dtg malam kena awal ..jam 9 malam last order di ambik...boleh lah kalau nak cuba ..masakan dia ..NO REGRET!

Mohd Chan Abdullah by The Garden.

so memandangkan anak bujang dh nak masuk serama ..maka ayahnya beria nak bawak makan kedai sedap sedap..
yelah anak..jom makan kat Abdullah Chan ..eh! dulu nama dia resroan Abdullah chan kan .. ke dh tukar nama hahaha ..tak kezzah lah ..menu tetap sama ..sedap as usual okey...heheh

oklah selalu org nak tahu berapa harga makan kat sesuatu tempat ..
so ada dalam post sebelum ni ..pasal harga ..ada siap tepek menu dia okey ..korang tengoklah ...yang kat bawah ni aku rasa suami aku amik yang small portion je ...just nice utk kami satu keluarga ...nasi putih aku ingta RM 1.80 hahah..lagi ..air dia boleh order air asam boi buah kedondong tu paling sedap sebenarnya ..segelas dalam RM 4.9 ringgit rasanya ...
oklah ..ni menu yang kami makan malam tu dan total kos dalam RM 222 sen aku tak ingat ...alhamdulillah dpt merasa masakan dia...
butter prawn paling lejennn kalau masuk sini wajib order ni 

ni menu imran Rm17 oklah ,...

gambar kenangan 

dalam ni mmg cantik tau ..makan deco restoran Chef Wan 

tauhu ..ni aku cannot go ..bau hamis telor 

siakap shechuan cili -cili RM59

ni semua yang kami order

berseera ko makan ekkk

ibu dgn si mokmok 

ketam lembut sedappp sgttt

 

Jumaat, 5 November 2021

Kenangan bermusafir dengan anak kecil

 Masuk google photos nak cari sesuatu..

Sekali terjumpa gambar gambar kenangan
Ulang alik naik bas Melaka ke Kuala Kangsar masa mak sakit..
Masa tu seminggu sekali balik kuala kangsar naik bas.
Lepas sekolah terus gerak.
Biasa akan bawak anak gilir gilir..
Ada masa bawa Iyad dan Ihsan
Ada masa bawak Orked dan Ihsan.
Imran tak ikut.
Sebab imran tolong jaga adik.. sementara ayah balik keje.. ahad balik Melaka semula..
Nasib baik budak budak sihat je
Travelling sana sini naik bas
Selalu start dr rumah amik grab,
Lepas tu naik bas di Melaka Sentral ke BTS
Dari BTS amik bus ke kuala kangsar
Kalau tiket abis
Pergi ke ipoh dulu
Nnt balik kuala kangsar dengan abang..
Dengan dua orang anak
Tak ingat macam mana
Tapi elok je sampai …
Saja Allah nak bantu
Urusan dimudahkan
* sekitar akhir 2017- Feb 2018, Mak meninggal 15 Feb 2021. Perkara paling sedih dalam hidup kehilangan mak dan abah.
Korang
peluk
banyak banyak
Cium banyak banyak
Amik gambar , video sama banyak banyak..
Terasa hati .. mengalah … itu mak ayah
Beri hadiah mana yg mampu
Kalau nak gembirakan masa mereka masih ada.
Nak tunjuk sayang, tunjuk sekarang.
Selagi boleh gembirakan mereka.
Gembirakan.
Mereka syurga kita.
Nanti…
Kalau dh takde ,
Rindu nya sangat dalam
Rindu sangat…..
Hanya Allah yg tahu.
Hidup takkan “ralat” bila puas berbakti buat mereka.
Suka tengok gambar korang balik jumpa mak ayah.
Syukur masih ada keluarga mertua dan abang kakak pengganti mak abah.
Dahlah taknak spoiled mood korang.
Bai!
Like
Comment

Khamis, 4 November 2021

Ibu susuan IYAD

Alhamdulillah ..hubungan masih utuh buat dua keluarga ini ..
Ibu susuan Iyad, Dr Ain dan suaminya Isham. Serta Iyad dan adik beradik susuan nya .

kalau korang nak tahu masa iyad kecik iyad sakit dan Dr Ain telah berikan susu kepada Iyad...
sebab itu Dr Ain menjadi ibu susuan iyad 

Kami ke rumah mereka minggu lepas .dan hari ni 4 November 2021 ..mereka balik melaka dan singgah rumah kami.

Alhamdulillah ...aku masakkan laksa , dan hafidz belikan goreng pisang ...dr ain dtg bawa banyak makanan..ada kek batik indulgences cheese dan brownies..lepas tu bawak lagi magi kerabu ...ada keropok dan popia frozen ..ya allah banyak nya makanan 

aku takde apa nak bagi ..aku bagi dr ain barang norwex..ada span basuh pinggan, ada kain kitchen towel dua , silicon lids dua ... dan sabun UPP...


anak anak bermain ..Anak dr ain ada 4, Ahmad Zhafran, Aufa Syifa, Ali,dan Aidil


di rumah mummy ..

orked dan mask lGBTnya



 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...