Jumaat, 2 Disember 2022

reunion kawan seuniversiti

 

Secara jujurnya aku takde kawan baik baik sgt ..
namun lebih kpd kawan se"gang"..gangs tu ada..aku ada kawan satu sekolah rendah sek raja perempuan muzwin , bukit chandan .sekolah menengah aku Madrasah Idrisiah dan kawan sama sama UM 


so hari tu aku ke Johor kebetulan ada hal kerja dan berjumpa dengan kawan kawan sama universiti. Ada Dayot, masliza, mahab , muna dan kempong pun dtg dr JB 

masa ni kami kursus di New York Hotel.
masliza, yot dan Pong



yang ada mas tu kawan baru kitoraang


ya Allah mmg serius aku gemuk sgt masa ni ..tahap tergemuk aku 


kitorg lepak depan restoran Banafee opposite hotel




Pong bawak deserts 





esoknya sabtu kami lawat imran yang sedang camping di taman botanikal PBSM.


lepas jumpa Imran kami pergi makan Ikan Salai ..sebelum tu kami hantar tv yang rosak .panjng lagi umur tv tu lepas baiki rm600 lebih masih boleh tengok

kedai salai ni sebelah kedai doktor cermin kat area melaka sentral. melaka sentral ni stesyen bas di melaka ...macam TBS kat KL

menu dia sedap sedap,,yg aku paling suka dia ada air kelapa ...

korang boleh search kedai salai ni ya ..

Khamis, 1 Disember 2022

Blog yang bersawang

 tadi masa masuk kelas 4MM aku bercakap pasal side income .dantertiba kau teringat blog aku yang semakin bersawang ni .

aku rasa ada beberapa sebab aku tak buat blog dah .

1) storage google photos aku yang penuh s ..aku tak connect photos di hp ke google photos jadik banyak gambar tak boleh upload kena save baru boleh naikkan . 

2)kemalasan menaip .aku tak tahu mana kerajinan aku suatu mas adulu sehingga aku boleh update pasal blog setiap hari last aku type pasal terangganu. 

bulan 9 ke terengganu ..sekarang dh bulan 11 banyak benda telah berlaku . 

aku throwback sejarah lepas hihi..

Ondaway balik dr Terengganu kami singgah ke Genting Hghlands tujuannya nak makan je ..dan bawa ihsan. main tenis kat tempat sejuk ...alamak macam tak boleh brain je alasan tu hahah..oklah last last ..imran dapa kasut Vans yg aku pun tak tahu jenama apa kasut tu ..tetiba je...

mahal gak kasut tu lepas diskaun rm200 lebih ..aduh! aku dh keje baru beli brg mewah mewah ..gasakkan ...ayah dia yang belanja .

kami makan kat food court dia je ..dh makan jalan jalan kami balik shah alam dan esoknya check in hotel di Sunway Dorset Grand subang ..dulu hotel ni grand sekarang so so je ...macam hotel lama je ...



hotel Dorset .
sebenarnya masa ni ada sukan SUK yang mana semua SUK satu Malaysia join . so suami aku arrange utk team SUK melaka . 

ahad tu aku balik dengan starvic hantar Imran balik mozac dan Jumaat aku balik semua ke Dorsett Subang drive sendiri naik City . Ihsan yang baca maps nya ..hadoiilah..





okay ada sekali tu masa kami baru tido di dorset malam ni semua malas nak keluar makan jadi aku dengan Ihsan dan ayahnya sahaa yang keluar . kami jalan jalan di Subang Parade .kalau naik grab nakke sini dr Dorset sekitar RM6 je . so mmg agak sunyi dah Subang Parade ni kalau aku salah tolong betulkan ya ..

lepas tu kami jalan jalan dan makan di Dave Delis ..ya Allah mmg sedap betul makanan kat sini tak nyesal weh! 





sedap tau salad tu ..maca mana diorg buat dressing dia ya ,..

menu ihsan 

aku makan ni ...

mcm biasa kopi wajib ada 

diorang kat bilik pun aku tapaukan makanan dr dave deli's

lepastu kalau depan dorset tu ada kedai masakan melayutapi dia bukak waktu breakfast dan makan tengah hari je aku rasa

suka lantai terracota macam kedai ni ...macam rumah lama lama ...


balik melaka aku baru teringat besday Ihsan ..bulan 10 tu 25/10/2013 ihsan lahir so kami makan makan di Richiamo sebelum hantar imran balik hari tu ..




wajib makan roti ni ..mmg sedap..

kek dia pun sedap ..

cerita makan makan ni mmg tak habis ..sehingga lah hari ni bert aku officily mencapai 79 kg..ya Allah ..aku mmg rasa agak stress...kena buat exercise dan start diet semula . aku nak turungkan 10 kg ..please ya Allah ..

dr 68kg naik 70..naik 72..naik 74..naik 75 sekarang dh 79KG sangat menakutkan ...

nikmat mkanan Allah SWT dh beri tapi kena jaga kesihatan ..nnt boleh jatuh sakit sebab banyak sgt makan . 

ok lah nnt aku sambung cerita apa apa lagi .



Khamis, 27 Oktober 2022

Terengganu 2022- Day 1

 Assalammualaikum Day 1 di Terengganu ...kami bangun dan pergi cari makanan utk breakfast..tak jumpa warung yang best ..cuma kedai ni jual nai bungkus..sebab nak cepat ..kami beli je nasik bungkus ni ...ada nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak dan lain lain ... kuih pun ada macam macam jenis 

suami dan Imran solat Jumaat di Masjid Zainal Abidin ni

masa sebelum turun kereta aku mengamuk taknak makan ..sebab ingat kedai india ..rupanya kedai Islam ..nama D Naj Nasi Daun Pisang
sebelum tu kami makan di nasi daun pisang D Naj di Pekan kuala terengganu..ni rekemen by Prof Zul Kadir, kawan sama sama main tenis suami aku ..tapi kami makan rasa biasa je taklah sedap sgtt...oklah...
                                                 

perkhidmatan basikal ni kena bayar dan ada qr code yang kena scan ..lokasinya dekat Pasar Payang 


keluar pasar payang nampak DrawBridge ni apa lgi ..kami bergambar puas puas, masa ni tengah hari mmg takde sapa nak dtg sini bergambar..

ada tempat ni ..kami pun bergambar lagi ..








banyak makanan terengganu di jual yang mungkin kami tak jumpa di tempat lain ..tapi sebab tak biasa makan kami beli pun ..beli benda yang biasa kami beli je ...

hari pertama duduk je ..sebab jumaat banyak kedai tak bukak ..tp ahad ramai orang 

dr jauh nampak tulisan nama Allah ni..kalau kat IPOH tulis IPOH besar besar













lepas kami ke pasar payang sebab keadaan yang sgt tak selesa kami balik homestay ..aku nak bersalin pakaian terlebih dahulu ..cadangnya petang nak keluar balik ..tapi tak ..kami tidur sampai maghrib dan lepas maghrib baru keluar pergi makan ..makan malam anwar belanja total makan RM105...tak best sgt makan malam ni ..ermm..aku share nasi goreng paprik dengan Iyad 


so pengalaman hari pertama yang mensia sia kan masa yang ada esoknya kami rancang betul betul nak ke mana ..

so esoknya kami ke Masjid Kristal, Muzim Negeri , Pok Nong ICT dan pantai Tok Jembal.

Rabu, 26 Oktober 2022

Terengganu 2022

 Assalamualaikum apa khabar semua kami baru balik dari Terengganu rupanya bila aku tengok balik pos-pos lama kali terakhir aku datang Terengganu pada 2015 sekarang dah 2022 lama betul aku tak datang ke Terengganu 

sebenarnya tujuan datang ke juga tu kali ini bukanlah untuk bercuti sangat tetapi untuk menemani suami yang ada tournament tennis di UMT kami bertolak pada hari Khamis 03:00 petang selepas ambil Imran balik dari asrama itu pun ada problem masa nak ambil Imran tiba-tiba Pengetua dia tak kasik balik…Nasib baik lepas dah cakap baik-baik Pengetua dia lepaskan itu pun dengan amaran lah 

Yang penting dapat balik takkan lah aku nak tinggalkan Imran seorang-seorang kat asrama esok tak ada siapa nak ambil dia balik asrama memang nak tak nak dia kena balik Khamis tu okeylah kami mulakan perjalanan ke Tangkak otw itu suami aku drive Sambil bercakap dengan kawan dalam telefon aku pula tidur memang penat sebab baru balik sekolah kan tak lama lepas tu kami berhenti untuk ke tandas tak silap aku masa tu dekat area-area Segamat  kami berhenti untuk beli jagung rebus




Okey seterusnya kami meneruskan perjalanan sampai ke Muadzam. kami sampai Muadzam dalam 07:00 lebih dah nak azan maghrib kami  singgah untuk makan di kedai Cachar kuetiaw kami silap tak order char kuewtiaw goreng banyak-banyak sebab malam tu ihsan nak makan Siakap tiga rasa so kita orang order Tomyam campur, telur dadar, dengan ikan Siakap tiga rasa seterusnya kami meneruskan perjalanan. Total mkn dlm Rm75




Scary betul masa nak drive daripada Muadzam tak sampai ke area Kuantan sebelum masuk Lebuhraya LPT . 

jalan sangat gelap dan banyak lori memang susah nak drive …tambah kereta pun tak nampak sangat sebab gelap beberapa kali juga lah nak potong tapi tak berjaya ada lori itu dia bijak dia drive dan beri kami isyarat gunakan lampu dia. Kalau lampu belakang kiri menyala tanda kami boleh potong tapi kalau lampu kanan menyala tanda kami tak boleh potong, bagus lori itu buat macam tu sekurang kurangnya kami yang kat belakang ni nampak apa yang berlaku di hadapan lori tersebut sama ada kami boleh potong dia ataupun tak…

Lepas dah sampai Kuantan masuk Lebuhraya ke pantai timur alhamdulillah keadaan semua okey. budak-budak semua tidur hanya tinggal aku dan suami sahaja yang drive sampai Kuala Terengganu lewat juga kami sampai homestay dalam 12:30 am lebih kurang… okeylah esok aku akan sambung cerita hari pertama di Terengganu







Nama homestay kami AG Tok Jembal.. oklah not bad… aku paling suka dapur dia cantik….

Lepas tu selesa lah jugak tapi utk toilet kurang sikit… lain lain ok … ada mesin basuh dan iron tu part paling best! 

Kiranya persepsi aku berubah lepas ni prefer dok homesty dr duduk hotel.. plus boleh basuh baju dan masak..hehhe

Ok lah nnt share program esok.


HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...