Khamis, 9 April 2020

Resepi Kuih Seri Muka Simple

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam
Bahan-bahan Lapisan Atas :
- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam
Cara-Cara Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.

esok baru nak cuba buat
p/s: bilalah krups aku nak sampai ni😐😐😐😐

#kitamesti menang Insya Allah


tq semua

lepas ni bersemanagt nak menulis di blog 

hari ni hari ke 23 kita kuarantin
kalau siapa yang lupa kita mula kuarantin pada 18-31 Mac utk fasa pertama dan sambungannya 
dari 1-14 April 2020..dan total semua ini hari ke 23

secara peribadi aku rasa pkp ni kena sambung sebab kalau kita tengok kes setiap hari macam tak surut surut ....

8 april kes dah mencecah 4119 lebih dengan kematian 65 orang.
kematian semakin menurun sehari ada seorang dua ..

Terbaru arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, KL.

Arahan ini dikeluarkan selepas 15 kes positif dikesan.

PKPD ini berkuatkuasa 7 April sehingga pengesanan tamat.

kawalan ketat dawai tajam di pasang keliling bangunan sebabnya da 15 kes positif covid19 kebanyakkan nya di huni oleh pendatang asing

yang bagusnya walaupun dorang kuarantin tapi dah diberi makanan disediakan makanan oleh pihak berkuasa..berapa pulak lah harga kos nak melakukan sarinagn ke atas pendatang asing ni ...

malaysia ni negara yang bagus jenis tak berkira ..insya Allah ..akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT

kalau kita tengok kes kes satu dunia kita nampak malaysia paling tinggi berbanding dengan negara negara ASEAN yang lain .kenapa Indonesia rendah daripada kita sedangkan kematiannya lebih tinggi?
salah satu sebabnya ialah mereka tidak melakukan saringan sebanyak yang Malaysia lakukan sebab itu lah mereka tak dapat sebut berapa angka sebenar yang positif sebgaaimana korang tahu Indonesia lagi lebih besar berbanding kita .

reuter ang cakap ya


kes COVID 19 seluruh dunia
Dan mulai semalam siapa yang ingkar PKP akan di denda RM1000 ringgit ..rasakan ..! dh tiga minggu masih tak faham pasal PKP ..apsal lah ko tak boleh duduk diam diam dalam rumah

Rakyat malaysia pun dh balik yang mana mana duduk luar negara dan mereka dikuarantinkan wajib . 

aku rasa Malaysia dh buat The Best utk tangani Covid 19 ni ..#kita mesti menang Insya Allah 


Selasa, 7 April 2020

DOLCE GUSTO MALAYSIA REVIEW : BARU BELI belum dapat


lepas layan movie "The world of married couple " terus aku tekan nak beli Coffee Maker yang pakai capsule tu 

memandangkan aku minum kopi setiap hari, so aku rasa apalah salahnya kalau aku start minum kopi yang betul dan sihat tambahan pula aku dan suami mmg peminat kopi tegar ,kadangkala kami saje je nk masuk coffee bean sebab nak minum kopi mahal dan makan kek..

aku goggle aku jumpa dua gambar ni ...
yang ni auto 

yang ni manual 
asalnya aku mmg tak faham apa yang auto dan yang manual nya ..

sampai lah aku jumpa benda ni 



Beza harga dua ni antara 200 lebih kurang sebab apa kalau kita beli 259 yang manual dpat 3 kotak kopi Dolce Gusto tu ...kalau beli mesin je dalam RM219 ..dan kalau yang auto harganya dalam RM400

oklah.

awal awal lagi suamiaku dh cantas! apa beli benda mahal mahal ni ..ermmm..sebab aku melihat dengan lebih jauh ! hahah...

lepas aku baca post ni di face book Wan Luqman, aku nekad ok better beli ni 
dan dia dulu keje stabak dia ajar boleh beli yang reusable punya capsule dan masukkan sendiri serbuk kopi kita 
susu pun tak semesti nya pasal capsule, boleh je guna susu jenama SUNLAC...so aku rasa berbaloi!

ini post fb Wan Luqman boleh baca .
Meh sini kander nak ajar bagi peminat real coffee. Ade orang dapat nescafe dah ok, ade orang dia nak real ground coffee brew. Tapi percayalah, once dah pekena ground coffee, korang takkan pegi dah ke nescafe. Ground coffee tu macam mana rasa? Trylah beli latte kat mcdonald ke family mart ke...that is real coffee.
Okay, dulu gigih kumpul duit 5bulan nak beli mesin dolce gusto ni. Sekali beli yang secondhand punya. 60hengget je (market price yang baru rm170-190)! Haha. Rezekiii...kena pandai cari kebetulan terjumpa kat marketplace FB.
Jadi kalau nak harap guna capsule nescafe dolce gusto atau capsule starbucks yang semestinya compatible dengan slot mesin ni, memang kopak poket wehhh...
Tapi jangan risau, search je kat shoppee reusable capsules yang compatible (mostly semua compatible). Alaaa reusable plastic capsule tu 3-4ringgit je boleh guna berkali²...then beli ape² susu tepung, ground coffee.
Bila nak buat, letaklah serbuk susu tu dalam capsule then brew (kalau nak guna susu kotak boleh je...tuang siap² dalam gelas). Lepas brew, keluarkan capsule tu, letak pulak ground coffee then brew. Maka dapatlah a cup of real latte. Kemudian cuci balik capsules tu...Sepaket susu dan sepaket ground coffee, kalau minum sehari sekali, boleh tahan 2-3 bulan. Tak sampai 50ringgit utk 3 bulan....Jimat teruk! Dari beli latte kat kedai 7-12hengget.
I love dolce gusto machine ni sebab bersih dan tak messy after operate. Nak minum air orang kaya, tapi duit takde. Inilah solusi yang dapat setelah aku berfikir² dan rajin buat kajian. Kander addicted kopi ni sebab keje starbucksla dulu...kena shift opening je manjang...mata mengantuk, hari² espresso...lama² melekat jadi hantu kopi

so kesimpulannya aku dah order tapi yang bagi kopi stabak RM269 beza 10 ringgit je dr Kopi NESCAFE... TAK SABARRRR NYA. 

😂😂😂

Sabtu, 4 April 2020

AKTIVITI ANAK -ANAK MASA PKP

Diam tak diam dah dua tahun kami tinggal di CVR. 
banyak lagi benda nak buat tapi setakat ini syukur alhamdulillah selesa sangat

kalau korang nak tahu hari ni 5hb april bermaksud lagi 9 hari kita kena berkurung sempena PKP covids 19 ni...bermaksud dari cuti sekolah 13hb Mac hingga hari ini 5hb april 2020 dan 23 hari murid murid dan guru guru bercuti 

fasa pkp 1 dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020
fasa dua dari 1/4/2020-14/4/2020

kita masih menunggu pengumuman pada 10 April 2020 sama ada pkp dilanjutkan atau tidak ..
sekarang dh masuk 11 Syaaban.
24hb April bersamaan 1 Ramadhan 

kita akan meyambut Ramadhan tanpa solat terawih di masjid dan tanpa bazar Ramadhan .

sebenarnya disinilah peranan ibubapa mendidik keluarga sangat penting.

selama ini kita salahkan cikgu, atau kawan kawan anak kita ..dengan tempoh pkp..yang mana anak kita berada bersama kita 24jam apa yang kita mampu didik anak anak kita 



SOLAT BERJEMAAH DI RUMAH 
bagaimana solatnya
bagaimana pelajarannya 
bagaimana kita nak benda naka isteri kita 
mungkin selama ini kita sibuk 
tak sempat nak perhatikan anak anak kita
balik kerja penat esok kita lakukan rutin yang sama ..
anak balik sekolah selalunya kita anggap dia dh penat belajar di sekolah maka kita hanya suruh dia buat keje sekolah sahaja ..esok sekolah balik begitulah sehingga jumaat 
sejak pkp ni apa pelajaran yang kita dh bagi pada anak anak kita 
mungkin kita boleh buat eksperimen sains dengan anak anak kita 
bahan?
google sahaja pasti kita jumpa 




english? 
BACA BUKU PETER AND JANE


maths?
hafal sifir. 
Ihsan masuk iqra 5 , boleh naik Al-quran 
AGAMA
baca IQRA
trampolin ..aktiviti lasak 

bahsa melayu 
bina ayat 
buat latihan simpulan bahasa

banyak benda kita boleh buat dengan anak anak samada kita nak buat atau tidak 

mungkin kita target habis pkp ni apa yang anak kita akan dapat 

mungkin :

1. habis series 1-6 peter and jane 
2. masuk quran/ habis iqra 5
3. buat eksperimen tahun 1,2 dan tiga 
4 hafal sifir 1-9

dan banyak lagi aktivti kita boleh buat dengan anak anak ..

ini hari hari anak anak tengok YOUTUBE AJA..nangis mak !!!

ada 9 hari nak baiki tempoh pkp 

bagaimana anda pula ?
kongsikan pengalaman di bawah dalam komen .

terima kasih jumpa lagi 











Rabu, 25 Mac 2020

Sambal Air Fryer

Resepi sambal terasi  Air Fryer

Terasi tu maksudnya apa ya? 
Maksudnya sambal cili.
Ada banyak resepi 
Tapi yg aku guna ni aku cilok versi sambal ayam penyet

Bahan bahan:
Cili padi hijau
Cili padi merah
Cili rawit( indon guna mmg pedas gila ) kat cameron aku penah jumpa.. cili paling pedas didunia namanya
Tomato
Belacan
Bawang merah 
Bawang putih
Gula 
Garam

Semua ni korang agak agak je nak banyak mana ...


ok korang goreng dalam air fryer macam tu semua ,kemudian blend masa blend tambah minyak masak ...kiranya minyak ganti air lah utk blend bahan bahan tu

kemudian terus masak atas dapor..masa ni tak perlu letak minyak lagi ..nnt minyak masa kita blend tu akan keluar..sdah nampak macam yg aku buat ni baru korang perasa kan dengan garam dan gula .
ini hasilnya

Ok bahan bahan ni korang masukkan dalam bekas , letak minyak masak dalam dua sudu, kemudian masukkan dlm airfryer aku buat dalam 15 minit 170



Selasa, 24 Mac 2020

Resepi kari Ayam Simple dan sedap

aku amik resepi ni dari azie kitchen .
korang google je resepi kari ayam for sure keluar blog azie kitchen
bahan dia pun mudah sangat
taklah yang susah nak sediakan





Step 1: tumis lah bahan bahan yg dihiris tu. bawang merah bawang putih dan halia, masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
bila dah bawang tu semua masak..nak tahu masak pastikan dh coklat coklat sikit, naik bau harum ..baru masukkan rempah kali 10 sudu makan, masa masukkan kari tu tutup api dah gaul gaul baru masukkan air sedikit demi sedikit
Bila dah keluar minyak, baru masukkan ayam.. kasik ayam kecut dulu baru tambah air sedikit demi sedikit... 

Lepas tu baru masukkan santan, aku letak separuh cawan pastu tambah air separuh cawan lagi... taknak pelat sangat santannya... lepas tu korang letak garan gula dan cukup rasa maggie... dah siap! Cek ayam takut tak masak lagi ... biarkan lama sikit mendidih ... supaya ayam betul masak. Ada kentang lagi sedap... hihi... 


Isnin, 23 Mac 2020

KENANGAN PKP



alhamdulillah kita dah masuk hari ke 7 PKP, tak sangka kita menghadapi benda ini ....dalam masa tujuh hri ni dah 5 org meninggal dunia ...allahuakbar!

kami masih di sini, masuk dapur hari hari utk memasak makanan untuk keluarga, ada tugasan yaang belum siap maka wajib disiapkan sebelum pkp di tamatkan ...


untung banyak bila petia ais besar gedabak, boleh simpan banyak barang makanan dan aku peranju Anju atau zarina anjolie..betullah mak dia tykang masak nama Ani tuyang Ramsay belajar masak rendang..

menu hari ketjuh

actually sepanjang PKP berlangsung aku kat rumah mak mertua, tapi aku best je tolong masakkan menu ..antara yang aku masak bihun goreng, sayur taugeh tauhu, sup kaki ayam, spagheti carbonara, asam pedas ikan merah, kari ikan merah, apa lagi ekkk....garlic bread, kuah black pepper viral, banyak juga ek...aku masak ..lagi tak ingat apa....oo..nasi ayam masa mula mula sampai ... 

miracle in cell 7 

nasi goreng telur asin chinese style 

dalogna coffeee virall gak..hihi

oklah ..ada seminggu lagi tempoh kita nak berkuarantin dalam rumah ...nikmat hidup bebas yg Allah SWT tarik..banyakkan bersyukur wahai manusia 





WISHLIST 2020

benda yang aku nak list ni ..simple simple je..tak mahal pun ..tapi kena spend duit juga sebelum nak membeli tu 

1. La gourmet Galactic Non Stick 36cm 5ply Wok Induction

lawa tak ?
first time aku tengok kat IG yatie kitchen masak ..nampak selesa betul time dia masak guna periuk ni ..ofkos tak lekat yelah nak beli Le crueset tu mehei nak mampuih! ni baru 399 kalau tak silap aku ..

pastu aku nak beli dengan sudip dia sekali tak lah calar kuali aku ni ..nak masak senang tak lekat ..tu yg paling aku suka ..emmm...insya Allah gaji bulan depan kot aku beli wiiiii!

2. aku nak beli almari TV ikea ..kalau boleh yg lekat kat dinding tu ..ni pun murah jugak ..ta tau bila dpt g ikea sebab kan sekarang musim covid 19..diam tak diam hari ni dah 14 org rakyat malaysia meninggal dunia kebanyakkan nya dr kluster tabligh tu... 


3. almari dapor

ok je ko boleh ubah ubahkan ikut kesesuain ..letak kat tepi boleh atau letak kat tengah ..kannn.
oklah cukup 3 dulu nnt kalau dh ada aku update ekk 

Ahad, 22 Mac 2020

BERITA COVID-19 TERKINI

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 139 kes.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 22 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 123 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan.
22 Mac 2020 taburan kes
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini dan empat (4) pelaporan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak sepuluh (10) kes:
  • Kes kematian ke-5 merupakan kes ke-1031, iaitu wanita warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan ibu kepada kes positif COVID-19 ke 1032 dan dirawat di sebuah fasiliti hospital swasta. Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-6 merupakan kes ke-1032, iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 40 tahun. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-7 merupakan kes ke-290, iaitu berumur lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-8 merupakan kes ke-781 berumur 69 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Tumpat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-9 merupakan kes ke-890 berumur 48 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.
  • Kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8/3/2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac 2020.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Adalah dimaklumkan bahawa sehingga 22 Mac 2020, bilangan anggota KKM yang telah menjalani saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 460 orang. Daripada jumlah tersebut, 270 adalah didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa KKM prihatin terhadap kesihatan semua anggota KKM, termasuk juga aspek kesihatan mental. Di peringkat setiap fasiliti, KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial untuk ahli keluarga dan mereka yang terkesan dari segi emosi akibat daripada kejadian COVID-19 ini.
WAKTU OPERASI FASILITI KESIHATAN PRIMER SEPANJANG TEMPOH SEKATAN PERJALANAN TERHAD
KKM ingin memaklumkan bahawa berikutan arahan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak menjejaskan pihak KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat Malaysia. Justeru, dimaklumkan bermula 22 Mac 2020 (Ahad), waktu operasi bagi fasiliti kesihatan primer KKM adalah seperti berikut:
Fasiliti KesihatanWaktu Operasi
Klinik KesihatanTiada perubahan
Klinik Kesihatan Ibu dan AnakTiada perubahan
Klinik Desa:
·       Kedatangan lebih daripada 20 kes sehari
·       Kedatangan kurang daripada 20 kes sehari
 
·    Tiada perubahan

·    8.00 pagi – 1.00 tengahari
Klinik Komuniti9.00 pagi – 6.00 petang
Klinik Kesihatan UTCDitutup
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Mengambil kira situasi semasa, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang telah diberikan oleh pihak KKM. Setiap rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Walaupun di rumah, orang ramai diminta untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang optimum dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sekiranya tidak sihat, hubungi virtual health advisory dan ikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut bagi mendapatkan khidmat rundingan:
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN 
22 Mac 2020 @ 5:00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES
PERLIS9
KEDAH52
PULAU PINANG58
PERAK66
SELANGOR309
NEGERI SEMBILAN78
MELAKA23
JOHOR145
PAHANG40
TERENGGANU32
KELANTAN63
SABAH158
SARAWAK76
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR183
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN5
JUMLAH KESELURUHAN1,306

 ____________________________________________________________________________________________
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) 
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
22 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 25 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 139 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
22 March 2020, 12 pm – A total of 123 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 1,306 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Based on preliminary investigation, of these 123 additional confirmed cases, 74 cases are related to the Tablighgathering in Seri Petaling mosque. The remaining 49 cases were related to other clusters and investigations are still ongoing.
Currently, 46 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 22 cases are on ventilation support.
Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were just reported to the National CPRC MOH today, in addition to the four (4) deaths that were notified through the Director General of Health Malaysia Facebook posting last night. Cumulatively, there are now ten (10) COVID-19 deaths in Malaysia:
  1. Death #5: Case 1,031 is a 79 year-old Malaysian woman, who was the mother for Case 1,032. She was admitted into a private hospital. She was pronounced dead on 18 March 2020.
  2. Death #6: Case 1,032 is a 40 year-old Malaysian woman, the daughter to Case 1,031. She was admitted into Sarawak General Hospital. She was pronounced dead on 21 March 2020.
  3. Death #7: Case 290 is a 57 year-old Malaysian man with a history of travelling to Vietnam and close contact of a confirmed COVID-19 case related to the Tabligh gathering cluster. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital. He was pronounced dead on 21 March 2020.
  4. Deaths #8: Case 781 is a 69 year-old Malaysian man who was a Tabligh member and attended the Tabligh gathering in Seri Petaling mosque. He was admitted into Tumpat Hospital, Kelantan. He was pronounced dead on 21 March 2020.
  5. Deaths #9: Case 890 is a 48 year-old Malaysian man who has a history of travelling to Turkey. He is an MOH staff and was admitted into the ICU in Tuanku Fauziah Hospital, Kangar. He was pronounced dead on 22 March 2020.
  6. Death #10: Case 259 is a 74 year-old Malaysian man, related to the Tabligh gathering cluster. He was admitted into Pulau Pinang Hospital on 13 March 2020 after developing symptoms on 8 March 2020. He was confirmed with COVID-19 on 14 March 2020 and given ventilation support when his condition deteriorated. He was pronounced dead on 22 March 2020, at 4.05 pm.
MOH conveys condolences to all of their family members.
As of 22 March 2020, a total of 460 MOH healthcare workers (HCWs) have been tested for COVID-19. Of these, 270 HCWs were found to be negative, with the remaining 190 awaiting results.
MOH is deeply concerned on the wellbeing of all MOH HCW, including their mental health status. Therefore, at all levels of healthcare facilities, MOH has provided mental health services and psychosocial support to family members and those who are emotionally affected by the current COVID-19 situation.
Opening Times of Primary Healthcare Facilities During the period of Movement Control Order
MOH emphasises that despite the Movement Control Order, MOH will continue to deliver healthcare services to all Malaysians. Therefore, starting from 22 March 2020 (Sunday), the opening times of MOH primary healthcare facilities are as follows:
Healthcare FacilityOpening time
Health ClinicsNo change
Maternal and Child Health ClinicsNo change
Klinik Desa (Rural Health Clinics)
·        Attendances more than 20 patients per day
·        Attendances less than 20 patients per day
 
·    No change

·    8.00 am – 1.00 pm
Community Clinics9.00 am – 6.00 pm
UTC Health ClinicsClosed
Health Advisory on COVID-19
Based on the current situation, MOH advises the public to always practice the various health advisories issued by MOH. Every Malaysian have an important role to play in reducing the spread of COVID-19 infection in the country. While staying at home, the public must also practice good self-care and maintain a healthy lifestyle to ensure optimum health both physically and mentally.
If unwell, please contact the Virtual Health Advisory for advice, and join the webinar session that is held daily starting at 9:00 am via the following link:
The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm .
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
22 March 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 22 March 2020, 12 pm)
StateNo. of Cases
Perlis9
Kedah52
Pulau Pinang58
Perak66
Selangor309
Negeri Sembilan78
Melaka23
Johor145
Pahang40
Terengganu32
Kelantan63
Sabah158
Sarawak76
WP Kuala Lumpur183
WP Putrajaya9
WP Labuan5
Total1,306

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...