Selasa, 7 April 2020

DOLCE GUSTO MALAYSIA REVIEW : BARU BELI belum dapat


lepas layan movie "The world of married couple " terus aku tekan nak beli Coffee Maker yang pakai capsule tu 

memandangkan aku minum kopi setiap hari, so aku rasa apalah salahnya kalau aku start minum kopi yang betul dan sihat tambahan pula aku dan suami mmg peminat kopi tegar ,kadangkala kami saje je nk masuk coffee bean sebab nak minum kopi mahal dan makan kek..

aku goggle aku jumpa dua gambar ni ...
yang ni auto 

yang ni manual 
asalnya aku mmg tak faham apa yang auto dan yang manual nya ..

sampai lah aku jumpa benda ni 



Beza harga dua ni antara 200 lebih kurang sebab apa kalau kita beli 259 yang manual dpat 3 kotak kopi Dolce Gusto tu ...kalau beli mesin je dalam RM219 ..dan kalau yang auto harganya dalam RM400

oklah.

awal awal lagi suamiaku dh cantas! apa beli benda mahal mahal ni ..ermmm..sebab aku melihat dengan lebih jauh ! hahah...

lepas aku baca post ni di face book Wan Luqman, aku nekad ok better beli ni 
dan dia dulu keje stabak dia ajar boleh beli yang reusable punya capsule dan masukkan sendiri serbuk kopi kita 
susu pun tak semesti nya pasal capsule, boleh je guna susu jenama SUNLAC...so aku rasa berbaloi!

ini post fb Wan Luqman boleh baca .
Meh sini kander nak ajar bagi peminat real coffee. Ade orang dapat nescafe dah ok, ade orang dia nak real ground coffee brew. Tapi percayalah, once dah pekena ground coffee, korang takkan pegi dah ke nescafe. Ground coffee tu macam mana rasa? Trylah beli latte kat mcdonald ke family mart ke...that is real coffee.
Okay, dulu gigih kumpul duit 5bulan nak beli mesin dolce gusto ni. Sekali beli yang secondhand punya. 60hengget je (market price yang baru rm170-190)! Haha. Rezekiii...kena pandai cari kebetulan terjumpa kat marketplace FB.
Jadi kalau nak harap guna capsule nescafe dolce gusto atau capsule starbucks yang semestinya compatible dengan slot mesin ni, memang kopak poket wehhh...
Tapi jangan risau, search je kat shoppee reusable capsules yang compatible (mostly semua compatible). Alaaa reusable plastic capsule tu 3-4ringgit je boleh guna berkali²...then beli ape² susu tepung, ground coffee.
Bila nak buat, letaklah serbuk susu tu dalam capsule then brew (kalau nak guna susu kotak boleh je...tuang siap² dalam gelas). Lepas brew, keluarkan capsule tu, letak pulak ground coffee then brew. Maka dapatlah a cup of real latte. Kemudian cuci balik capsules tu...Sepaket susu dan sepaket ground coffee, kalau minum sehari sekali, boleh tahan 2-3 bulan. Tak sampai 50ringgit utk 3 bulan....Jimat teruk! Dari beli latte kat kedai 7-12hengget.
I love dolce gusto machine ni sebab bersih dan tak messy after operate. Nak minum air orang kaya, tapi duit takde. Inilah solusi yang dapat setelah aku berfikir² dan rajin buat kajian. Kander addicted kopi ni sebab keje starbucksla dulu...kena shift opening je manjang...mata mengantuk, hari² espresso...lama² melekat jadi hantu kopi

so kesimpulannya aku dah order tapi yang bagi kopi stabak RM269 beza 10 ringgit je dr Kopi NESCAFE... TAK SABARRRR NYA. 

😂😂😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...