Memaparkan catatan dengan label home sweet home CVR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label home sweet home CVR. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2022

A day to remember

lama aku tinggalkan blog ni ..taklah lama sangat dalam seminggu ...lepas aku terkocoh kocoh cari langsir masa kakak aku datang ..dan jumaat malam selepas menunggu sehingga jam 1 pagi ..akhirnya mereka selamat sampai dengan alphard baru abg ipar aku beli cash Rm69k .hahahah...#tetibeh dah impian diakan ..apa yang dihajati akhirnya menjadi kenyataan ....


oklah so..
malam jumaat esoknya sabtu tu aku makan di jasin ..aku beli siap siap ..pau frozen utk aku buat breakfast ..siap beli satay 60 cucuk ..semua tu aku get ready breakfast esok ..
aku pun terfikir sama ada nak buat nasi lemak atau beli je ...
end up aku tak masak apa apa ..hanya panaskan pau frozen dan satay yang aku beli


jadinya aku cadang nak belikan nasi lemak ..pastu entah macam mana kami semua sampai kat kedai makan nasi kerabu tapi kakak aku order nasi lemak ..kami pergi berempat..din abg shari dan kak jila...
so bukan main banyak nasik lemak aku bungkus ..bayar rm50..tujuh kot aku bungkus nasi lemak ...kedai sebelah drive thru coconut shake bukit katil ..korang google pasti jumpa ..port paling best nak breakfast ..macam macam ado....
oklah sambung lagi 



ni anak sedara aku hafiz dan wifenya Syahmi ...

orked dan wak cakli dekat kedai breakfast


kakak aku ke merlimau kenduri kawin kawan anaknya Tila, so aku pun singgah ke court tengok suami aku ada tournament tenis. ayah dia belanjan bubblee bee ..hari tu suami aku menang empat2 tournament yang dia masuk ...

esok ahad ada games lagi dua ..semi final dan final .

lepas tu dalam jam 3 aku sampai rumah ..kami pun bergerak ke Serkam nak g merisik utk Dien . ank sedara aku ni nama Din keje kat Kuala Pilah TNB ..sebagai meter reader kalau tak silap aku ..

kawan dia perempuan ni nama Yana keje kat HUKM bahagian lab. so hari ni nak g merisik dan letak tanda. 

dipendekkan cerita alhamdulillah semuanya berjalan lancar. siap letak tarikh bertunang iaiitu sebelum 23 Feb sebab bapak saudara nya nak  g buat Umrah .bawa org g buat umrah .

next time diorang akan datang lgi utk majlis pertunangan Din dan Yana , semoga dimudahkan Allah SWT. 

masa berborak tu terpecah pulak rahsia ...aku ni satu sekolah dengan bapa saudara yana Cikgu Hermi ..guru pendidikan Khas di sekolah aku ..adoi ...

itulah dh jodoh ..tak kemana ...


ondaway ke rumah Yana , bakal isteri Din

selesai je urusan di Merlimau ,kakak aku cepat cepat balik nak ke KL pulak ..jenguk kakak aku di sentul yang kerje di IJN..

so tak jalan malam tu diorg nak makan cendul kg hulu ..semua kelam kabut ..makanya ..malam tu aku dating berdua dengan hafizd....kami berdua sampai ke DATARAN PAHLAWAN .....

jumpa next entry ! bai

 

Jumaat, 28 Januari 2022

Langsir Kaison 2022

 Kan aku beli di shoppee langsir

And the end .. pindah ke bilik Imran.. macam tak masuk kaler kuning .. aku nak kaler coklat coklat sikit

So hari ni aku merajinkan diri ke Kaison Aeon Bandaraya melaka .. semata mata nak beli langsir., 

Aku beli tiga keping … sekeping dalam 64 ringgit lebih kurang… 

Ok balik rumah aku terus pasang.. aku beli cangkuk sekali dalam RM1.50 sebungkus. Termasuk dua frame gambar . Konon nak gantung dlm bilik budak budak ni… total spend tadi RM276.. silap aku tak bayar pakai grab. Ada less 30% sori kalau salah .. aku tengok sekali imbas je depan kaison tu

Apapun kain lamgsir dia aku puas hati.. pertama kaler dia kedua kain dia nampak mahal… jatuh ke bawah … 

Tapi apsal aku gantung langsir nampak tak kemas ek.. kedut kedut area penyangkuk tu…ke aku salah pasang 

Korang tengok sendiri ek


Ni kena kemaskan kasi nampak jatuh langsir nya.

Frame Kaison

Karpet shendong

Ni bila kena matahari


Mmg cantik kaler dia …. Tapi cara pasang yg tak kemas .., nnt aku google cara pasang langsir


Kalau malam tukar jadi warna ni..,, siang warn coklat… malam macam waena kelabu pulak




Selasa, 8 Disember 2020

CERITA RENOVATE DAPUR LAGI.

 So ..selepas tu, aku tanya semua balik kos kos yang dia letak tu ...aku buat dalam "Numbers" ni kira macam Excel lah ..tapi kalau macbook dia panggil Number..kalau words kita panggil Pages, tertiba citer pasal Macbook ..

oklah

Description

Budget

-kitchen entry grill with top panel 

RM 800

-6’ x5' table top with with concrete finishing surface with epoxy clear paint 

RM 1,800

-To hack and lay 1 1/2 upvc piping concealed in wall and discharge to nearest manhole 

RM 200

-To hack and divert the inlet and outlet point for laundry area 

RM 200

-To hack and install water inlet point and outlet for sinkage 

RM 100

-To hack and replace existing brickwall with lintels for wet kitchen with aluminium sliding windows 

RM 2,300

-To plaster erect 4" backwall (industrial) for wet kitchen back wall, existing brickwall make good 

RM 3,200                                

Total

RM 8,600


so aku tanya balik ..gril jenis apa yang aku akan dapat ...so dia kena mentioned lah kan ..sebab aku taknak aku main terima harga dia cakap tanpa tahu apa material yang aku akan dapat ...coating powder ke atau macam mana kan ...

pastu aku tanya jugak kalau aku tolak epoxy clear paint tu gantikan dengan tiles 2ft x2ft berapa dia nak kira ...sebab dia letak kos table top aku sahaja 1.8k...

dinding bata merah yang aku nak tu kat mana ? aku pun tak faham kan ...

last sekali kalay yang back wall ni aku nak tukar tiles biasa berapa kos dia akan kurang?
 so bila aku dh tolak beberapa perkara ni dan dia jawab persoalan aku dengan jelas dan terperinci baru lah clear kan ..so takde unsur menipu antara satu sama lain ..

ok pasal tingkap panel tu jugak ..dia belikan aku jenis yang mana ? 
2300 tu untuk satu tingkap regenya berapa ..apsal ko lumpsum letak 2300 so macam tak jelas kat situ ..

aku jumpa ni di internet .

so bila aku kira kira tingkap tu harga 105 usd jadik RM300 ..ktalah aku amik 2baru 600 plus plus ..tambal satu panel rm150..baru 750 ..ok so kat mana kos naik jadi sampai 2300....1550 beza..takkan upah pasang tingkap cecah 1.5k kot..

so aku macam beritau kalau dia boleh kurangkan lagi harga aku amik dengan dia ..kalau tak boleh takpe aku akan try kontraktor melayu yang kawan aku bagi nombor..

Aku rasa tak ramai orang yang clarify benda benda macam ni ...kebanyakkan nya bersetuju je dengan harga kontraktor.

sepatutnya kita kena tahu harga tu semua ..

oklah kalau mana mana kontraktor yang baca post aku ni mohon respons ..kalau aku salah bagitau mana tau harga dia sebenarnya dh ok aku yang taktau latar belakang bab bab ni ...





Ahad, 6 Disember 2020

KOS RENOVATE DAPUR CECAH 10K

 OK. aku surrender nak amik dengan taukey tu ... mungkin dia amik cost ID interior design so pada aku agak mahal. 

so aku design nak cuba deal dengan contraktor lain pula. yang ni dayot yang suggest. at the end aku rasa aku nak buat je janji dapor aku bertutup sekian .

no design bagai ..

bukan aku kedekut nak keluarkan duit . tapi sebenarnya banyak lagi benda aku nak buat baik aku spend pada benda lain 

tiles porch 

rak kasut

awning porch ..macam macm lagi ...

satu mmg kdekut tapi aku terpaksa kira elok2..sebab kita taknak tertipu .

takpelah dinding batu biasapun ok 

kang kita cat lawa lawa

pastu kita buat benda benda lain semula ..

kita adjust dia bukan dia adjust kita


korang tengok cara dia buat kira kira denga aku ..lump sum terus baginya :


Quotation for 61, CVR12

To supply and install:

Structure & Metal grill

-kitchen entry grill with top panel

-6’ x5' table top with with concrete finishing surface with epoxy clear paint.

-To hack and lay 1 1/2 upvc piping concealed in wall and discharge to nearest manhole

-To hack and divert the inlet and outlet point for laundry area

-To hack and install water inlet point and outlet for sinkage

-To hack and replace existing brickwall with lintels for wet kitchen with aluminiun sliding windows

-To plaster erect 4" backwall (industrial) for wet kitchen back wall, existing brickwall make good. 


Rm 8,600


Wiring and electrical works

-To supply and lay 2.5mmx5 pvc cable complete with 3 pvc conduit, 13A socket and looping 13A socket for existing electrical point including termination


Rm600


Painting works

-To repaint wet kitchen additional brikwall with exoxy paint and other touch up area. 


RM500

-total 9700..ok ok


sejujurnya harga adalah hak penjual. penjual berhak letakkan harga dia berapa . so aku tak salahkan dia ..aku rasa dia pun upah pada orang buat so dia pun tenpah pintu gril pada orang ..takde pun yang dia buat so smeua kos tu dia kena amik kira


its ok 

aku ada hak nak cari contraktor baru .

at least dia bagi aku buah fikiran ubahkan tembok tu supaya aku dapat buat sinki mengadap tingkap ..mmg aku tak fikir langsung nak buat macam tu .oklah ..idea tu aku dapat percuma... 

ok aku akan bgtau progress ngan dengan korang apa cerita dapor aku ni akhirnya nnt ..ok 

Selasa, 1 Disember 2020

KOS RENOVATE DAPUR

 Aku ada buat sedikit pembacaan kos aku nak renovate dapur.

Kos dinding bata merah:

Sumber: The Vocket..ower ni buat tahun 2017. 

part dinding merah

https://www.thevocket.com/bina-dinding-ala-kafe-hipster-dengan-kos-rm2000/

korang boleh baca kat sini .orang ni renovate kos dia dalm 2k . aku rasa saiz dinding aku lebih kecik dr saiz yang ni 

harga sekotak batu merah tu paling murah rm60..dah paling mahal 85 ..owner ni beli barang dan kemudian upah orang pasang.

nak beli bata merah dengan suzuka ..ada outlet dia dekat taman lagenda


korang boleh tengok katalog suzuka ni ..mmg lawa bata dia ...

Kos pintu gril :

pintu dapor aku jumpa pintu kat shoppe harga ni 


so ni kiranya steel, pastu coating dia tak cat...so harga dia aku kena check mesti araound this!

ni harga dan jenis grill kalo korang nak buat 

Kos eletrik:





so kita boleh budget berapa kos eletrik dia nak buat . kalau DB bagai tu mmg boleh cecah RM800

so ini adalah kajian aku dan aku boleh anggarkan berapa kos yang aku akan kene ...

so kalau dikirak kirakan aku bajet macam ni :


1) dinding merah: RM2k

2) Panel tingkap: 1K

3) pintu dapur: 1.5k

4) letrik : rm500

5) upah pecah , cat bagai: 1k

so total: lebih kurang 6k 

kalau dia nak amik 1ok maksudnya dia mark up banyak sgt ..so aku kena buat plan B iaitu beli bahan dan upah orang pasal itu je caranya.

kalau aku nak tambah backsplah kitchen guna subway tiles aku dah jumpa ..


ni IG: jubincantik 


banyak jubin yang cantik cantik ...so kita boleh beli sendiri...

ok setakat ni apa yang aku dh dapat nnt aku share lagi..


Projek WET KITCHEN

 hari ni aku masuk first stage nak buat wet kitchen 

kali ni aku deal dengan Ho, kontrator dari Muar..harapnya menjadi

aku cuma nak dinding kaler merah dan tingkap serta pintu .

selebihnya aku taknak mahal mahal

ni je aku request dia buat: 

1) dinding merah

2) tingkap ada 5 panel

3)pintu coating

4) concrete dapur

5) backsplah (sunat ) kalau mahal takyah

6) eletrik port 3

7) tarik paip baru


benda yang aku nak cari sendiri:

1) sinki

2) lampu ikea 

3) display storage

4)tempat gantung sudip


Aku harap plan aku berjaya !

Sumber: FB Anis Syuhada

Cantik pintu dia

Design Industrial 




sinki idaman 





Sabtu, 4 April 2020

AKTIVITI ANAK -ANAK MASA PKP

Diam tak diam dah dua tahun kami tinggal di CVR. 
banyak lagi benda nak buat tapi setakat ini syukur alhamdulillah selesa sangat

kalau korang nak tahu hari ni 5hb april bermaksud lagi 9 hari kita kena berkurung sempena PKP covids 19 ni...bermaksud dari cuti sekolah 13hb Mac hingga hari ini 5hb april 2020 dan 23 hari murid murid dan guru guru bercuti 

fasa pkp 1 dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020
fasa dua dari 1/4/2020-14/4/2020

kita masih menunggu pengumuman pada 10 April 2020 sama ada pkp dilanjutkan atau tidak ..
sekarang dh masuk 11 Syaaban.
24hb April bersamaan 1 Ramadhan 

kita akan meyambut Ramadhan tanpa solat terawih di masjid dan tanpa bazar Ramadhan .

sebenarnya disinilah peranan ibubapa mendidik keluarga sangat penting.

selama ini kita salahkan cikgu, atau kawan kawan anak kita ..dengan tempoh pkp..yang mana anak kita berada bersama kita 24jam apa yang kita mampu didik anak anak kita 



SOLAT BERJEMAAH DI RUMAH 
bagaimana solatnya
bagaimana pelajarannya 
bagaimana kita nak benda naka isteri kita 
mungkin selama ini kita sibuk 
tak sempat nak perhatikan anak anak kita
balik kerja penat esok kita lakukan rutin yang sama ..
anak balik sekolah selalunya kita anggap dia dh penat belajar di sekolah maka kita hanya suruh dia buat keje sekolah sahaja ..esok sekolah balik begitulah sehingga jumaat 
sejak pkp ni apa pelajaran yang kita dh bagi pada anak anak kita 
mungkin kita boleh buat eksperimen sains dengan anak anak kita 
bahan?
google sahaja pasti kita jumpa 




english? 
BACA BUKU PETER AND JANE


maths?
hafal sifir. 
Ihsan masuk iqra 5 , boleh naik Al-quran 
AGAMA
baca IQRA
trampolin ..aktiviti lasak 

bahsa melayu 
bina ayat 
buat latihan simpulan bahasa

banyak benda kita boleh buat dengan anak anak samada kita nak buat atau tidak 

mungkin kita target habis pkp ni apa yang anak kita akan dapat 

mungkin :

1. habis series 1-6 peter and jane 
2. masuk quran/ habis iqra 5
3. buat eksperimen tahun 1,2 dan tiga 
4 hafal sifir 1-9

dan banyak lagi aktivti kita boleh buat dengan anak anak ..

ini hari hari anak anak tengok YOUTUBE AJA..nangis mak !!!

ada 9 hari nak baiki tempoh pkp 

bagaimana anda pula ?
kongsikan pengalaman di bawah dalam komen .

terima kasih jumpa lagi 











HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...