Khamis, 15 Disember 2022

Tadika anak.

 Nampak ramai share pasal yuran taska ni. 

Alhamdulillah kami dh seleai fasa hantar anak tadika. ( insya Allah setakat ini) 


Tapi kan sebenarnya ada sedikit penjelasan pasal tadika ni. 


Oklah aku sentuh mana yg aku ingat, tak pasti relevan atau tak… sila abaikan jika berubah zaman dulu dan sekarang. 


Imran - tadika kemas itu pun sipi sipi je dia diterima masuk. Masa tu kami sibuk uruskan iyad keluar masuk hospital . Jadi tak sempat pilih tadika utk dia.. jadi mana yg kosong jelah. Alhamdulillah ok je. 


Iyad - tadika kemas, al bghdadi … iyad mmg ada maslaah mata so progress dia agak slow. 


Ihsan- little caliph, 5 dan 6 tahun. 


Orked - little caliph 4, dan 5 tahun. 

 6 tahun( pra sekolah)


Ok! 


Tadika kemas mmg murah. Tapi korang kena tau dia sampai jam 1200 pm je .. pastu korang kena fikir anak nak transit mana. So biasa transit dlm RM250 jugak. Tengok tempat. So kat situ bagi kita yg bekerja ada masalah sikit. Sebab kena bayar dua tempat . Tadika kemas dan transit. Tapi takpelah yuran dia pun murah sgt. 


Dr segi akademik, bagus sebab sekarang guru semua ada degree. Makan pun terjaga. Coco crunch ok. Laporan prestasi semua tersusun. Tak ber maksud murah.. tak elok kan. 


Little caliph- sedikit mahal tapi bagus. Lebih english. Dan banyak sgt aktiviti. Kdg projek mak ayah pulak yg kena buat😅 sesuai lah dengan rege. Tapi yg tak tahan lewat amik dia akan kira sejam berapa ntah.. dan kena bayar jap jap tu jugak. So kena amik tepat masanya. Masa hantar ihsan dan orked ada harga lain lain. Cth amik 4.30 petang harga lain, 5.30 , 6 petang. Tak ingat berapa.. tapi mmg yuran bulanan little caliph kalau dua org anak boleh menyamai installment bayar kereta. Gulp! ( education first) 


Ok kalau hantar rumab org ( pengasuh) bayar hampir bayar taska.. tapi pengasuh tak ajar apa apa jaga je. 


So semua tu ada pro dan kontra. 


Kesimpulan:


Jangan berhabis habisan utk hantar anak tadika. Proses pembelajaran dia jauh lagi. Kalau berterusan ke sek ren itu mmg bagus. 


Contoh di melaka ada sekolah rendah swasta sambungan little caliph kalau nak. ( tak ingat nama apa) 


Ikut kemampuan. Paling penting anak sihat bila duduk taska/ tadika. Kalau asyik sakit pun tak elok jugak. 


Kebersihan paling utama. Termasuk makanan yg dia beri anak kita makan. 



Selasa, 13 Disember 2022

Hiking di Bukit Beruang.

 Korang penah hiking kat bukit beruang? 

Aku dh empat kali.

Kali pertama kak Azza bawa, kedua dengan suami dan anak anak, ketiga dengan imran. Dan tadi berempat dengan Kak Azza, Kak Maznah, imran dan aku. 

Mmg mencabar lah full track ni… semput gila! 

Akan dtg macam serik je aku nak buat full track. 

Dh pergi CP1, CP2,CP3,CP4, OMG pastu last sekali pergi wonderful garden. Mmg surrender aku. 

Hampir 10k langkah dan 600 lebih kalori terbakar. 5km! 

Aku rasa boleh lagi. 

Next time agak agak dh biasa . Ni mmg rasa collapse. Bagi aku cabaran dia level 2 lah. Kalau level 3 lagi susah. 

Aku rasa dh ok sebab macam minat hiking. Masalahnya makan pulak tak jaga adoi.Mcm mana nak kurus. 

Kita layan gamabr jelah ekk. 



Ni kira nya port yg akhir … 














CP3.. so far trek sini ok aje… yg susah kat omg

Jumpa spider besar… 


Better buang dulu apa yg patut sebab sepanjang pendakian takde toilet kt atas tu


Dh sampai Cp4 yg menghalanke OMG tu mmg curam

Kak Azzah yg banyak sgt membantu 

So far view kat sini lawa lawa … kalau edit gambar lagu lawa

Tanglong… ni kalau tak silap nak menuju area  muzafar height 


update: calori burn during activity

12 dec- 236kcal

13 dec- 430kcal

15 dec - 338kcal

16 dec-171kcal

17dec- 289 kcal (1464kcal)


Jumaat, 2 Disember 2022

Peminat Tegar Zuss Coffee

 

Aku boleh gelarkan diri aku sebagai peminat tegar zuss coffee..kopi kegemaran aku pastinya Spanish latte ..harga sekitar RM10.95
kira ni coffee ais. 

aku suka sebab rasa dia yang lazat. 

aku ni pun tengah berkira kira sama ada nak jual kopi ke tak ?
kat hari kantin sekolah . 

selain minuman korang boleh jugak order makanan kat zuss coffee sedap! paling suka spagheti bolognese lah 








Sabtu 12 november ada hari kantin di sekolah anak anak ..semangat betul diorgang nak pergi hari kantin ..semua orang ada kupon rm20 ihsan pandai pandai keluarkan duit tabung dan beli another 20 rm kupon lagi ..serius membazir!

budak budak sukalah ada gelongsor dan rumah hantu..iyad ada org sedekah lagi kupon ..mewah budak budak tu ...aku tunggu dorg dr jam 9.30 pg sampai 1200 tengah hari ..punyalah lama ..sampai mengamuk aku kena sidai lama lama bawah khemah tu ..



anak Mahirah , adik suami ..Farhan




spotted almari baru ikea Rm 529 














reunion kawan seuniversiti

 

Secara jujurnya aku takde kawan baik baik sgt ..
namun lebih kpd kawan se"gang"..gangs tu ada..aku ada kawan satu sekolah rendah sek raja perempuan muzwin , bukit chandan .sekolah menengah aku Madrasah Idrisiah dan kawan sama sama UM 


so hari tu aku ke Johor kebetulan ada hal kerja dan berjumpa dengan kawan kawan sama universiti. Ada Dayot, masliza, mahab , muna dan kempong pun dtg dr JB 

masa ni kami kursus di New York Hotel.
masliza, yot dan Pong



yang ada mas tu kawan baru kitoraang


ya Allah mmg serius aku gemuk sgt masa ni ..tahap tergemuk aku 


kitorg lepak depan restoran Banafee opposite hotel




Pong bawak deserts 





esoknya sabtu kami lawat imran yang sedang camping di taman botanikal PBSM.


lepas jumpa Imran kami pergi makan Ikan Salai ..sebelum tu kami hantar tv yang rosak .panjng lagi umur tv tu lepas baiki rm600 lebih masih boleh tengok

kedai salai ni sebelah kedai doktor cermin kat area melaka sentral. melaka sentral ni stesyen bas di melaka ...macam TBS kat KL

menu dia sedap sedap,,yg aku paling suka dia ada air kelapa ...

korang boleh search kedai salai ni ya ..

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...