Khamis, 15 Disember 2022

Tadika anak.

 Nampak ramai share pasal yuran taska ni. 

Alhamdulillah kami dh seleai fasa hantar anak tadika. ( insya Allah setakat ini) 


Tapi kan sebenarnya ada sedikit penjelasan pasal tadika ni. 


Oklah aku sentuh mana yg aku ingat, tak pasti relevan atau tak… sila abaikan jika berubah zaman dulu dan sekarang. 


Imran - tadika kemas itu pun sipi sipi je dia diterima masuk. Masa tu kami sibuk uruskan iyad keluar masuk hospital . Jadi tak sempat pilih tadika utk dia.. jadi mana yg kosong jelah. Alhamdulillah ok je. 


Iyad - tadika kemas, al bghdadi … iyad mmg ada maslaah mata so progress dia agak slow. 


Ihsan- little caliph, 5 dan 6 tahun. 


Orked - little caliph 4, dan 5 tahun. 

 6 tahun( pra sekolah)


Ok! 


Tadika kemas mmg murah. Tapi korang kena tau dia sampai jam 1200 pm je .. pastu korang kena fikir anak nak transit mana. So biasa transit dlm RM250 jugak. Tengok tempat. So kat situ bagi kita yg bekerja ada masalah sikit. Sebab kena bayar dua tempat . Tadika kemas dan transit. Tapi takpelah yuran dia pun murah sgt. 


Dr segi akademik, bagus sebab sekarang guru semua ada degree. Makan pun terjaga. Coco crunch ok. Laporan prestasi semua tersusun. Tak ber maksud murah.. tak elok kan. 


Little caliph- sedikit mahal tapi bagus. Lebih english. Dan banyak sgt aktiviti. Kdg projek mak ayah pulak yg kena buat😅 sesuai lah dengan rege. Tapi yg tak tahan lewat amik dia akan kira sejam berapa ntah.. dan kena bayar jap jap tu jugak. So kena amik tepat masanya. Masa hantar ihsan dan orked ada harga lain lain. Cth amik 4.30 petang harga lain, 5.30 , 6 petang. Tak ingat berapa.. tapi mmg yuran bulanan little caliph kalau dua org anak boleh menyamai installment bayar kereta. Gulp! ( education first) 


Ok kalau hantar rumab org ( pengasuh) bayar hampir bayar taska.. tapi pengasuh tak ajar apa apa jaga je. 


So semua tu ada pro dan kontra. 


Kesimpulan:


Jangan berhabis habisan utk hantar anak tadika. Proses pembelajaran dia jauh lagi. Kalau berterusan ke sek ren itu mmg bagus. 


Contoh di melaka ada sekolah rendah swasta sambungan little caliph kalau nak. ( tak ingat nama apa) 


Ikut kemampuan. Paling penting anak sihat bila duduk taska/ tadika. Kalau asyik sakit pun tak elok jugak. 


Kebersihan paling utama. Termasuk makanan yg dia beri anak kita makan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...