Jumaat, 28 Julai 2023

Abdullah Chan 2023

Hari ninkami meraikan hari lahir iyad . Anak kedua. Tahun ini masuk usia 12 tahun
Hanya makan makan di Abdullah Chan . Kami berlima juga berbukanpuasa sempena 10 muharam alhamdulillah. Semua puasa melainkan iyad.Iyad ada smbutan hari lahir di sekolahnya. 













 

Selasa, 25 Julai 2023

Berbaloi ke buat homestay

 jika sewa dengan homestay better buat homestay ..tapi kena lah rajin mengemas rumah..

seterusnya mesti kena tahu homestay kalau baru nak mulakan , nak iklankan di mana. Nasib baik aku dh start buat page homestay ni masa tahun 2014 kot di FB ..dah ada 275 org folower..

selepas tu aku daftarkan pulak di Air bnb. Masalahnya jika di Air bnb kita takboleh pilih guest kita..ok chop! baru tau kita boleh of kan instant book ..so kita boleh lah chat dulu sebelum kita amik booking dr Airbnb..

paling risau guest non muslim ..kut bawak anjing ke..arak ke ..risaulah kan ...

so far dua org tetamu non muslim ok ..takde masalah besar.

tulah risiko risiko nya kan ..

so hasil income buat homestay ni boleh cecah 2k-3k . paling banyak 3k lebih tp macam bulan Jun dah turun dapat dalam 1.7k je ..tapi tu belum tolak kos ..bayaran bulanan rumah, bil api air, dan upah mesin rumput. so bil api boleh cecah 400 utk dua bulan ...kena berjimat ..kalau guest keluar cabut semua plug ..termasuk coway . antara nya lah ..

sebab mmg customer akan guna aircond kaw kaw punya ..

lagi satu ..hrga homestay ni aku tengok tak boleh nak pergi jauh ..

walaupun org kata 3 bilik dua aircond ..termasuk ruang tamu..dalam RM220..

aku perhatikan mmg susah nak dapat .kebiasaan nya org sanggup bayar dalam RM190 semalam ..itu pun ada yg mintak kurang sehingga 170 ..kalau dua malam lagi lah ..

macam mana kita nak upah cleaner ..kalau bayaran semalam RM150 ..tolak bayaran cleaner RM50 dapat 100 je ..

tu belom masuk kos ..wifi, kalau ada..lepas tu kos netflix atau.....kos kos yang lain ...semua ni sebenarnya diambil kira dalam pengiraan untung kita ..

so bagi yang nak buat homestay silakan ..lokasi paling penting ..kalau tengah bandar mmg ramai yang nak ..kemudian nnt ada modal upgrade utk buat instagrammable port ..ni mmg feveret orang ...


kalau korang nak book homestay pm aku ..pembaca blog aku dapat special price ! ok?


Row Six Aeon Bandaraya Melaka

 Actually kami selalu je nampak restoran ni tapi takpernah masuk. Masa kat ipoh hari tu makan di Black Canyon macam best sgt… tomyam pun sedap! So hari ni kita test makan di Row six ni 


Konsep dia macam kepelbagaian makanan negara negara asia. Ada menu negara singapore, Indonesia, Vietnam , Loas dan lain lain. 

So antara menu yg famous seperti nasi gepuk, tomyan set dengan satay, laksa kari singapore, laksa pennag, nasi goreng tomyam seafood, air pun pelbagai jenis air



Iyad pilih menu yg sedap


laksa singapor kari


tengok menu dalam gambar semua menyelerakan

last last malam makan bubur ayam di rumah

laksa order banyak sangat ulam ..macam makan rumput

kopi vietnam

Masing masing tengah pening nak order menu



oklay jump to conclusion, semua sedap! dan berbaloi dengan harga boleh dtg makan sini lagi ... 

Jumaat, 7 Julai 2023

Iphone buat Hal

 Aku ni sedaya upaya taknak pergi jusco

Bukan apa kalau keluar .. mesti habis duit. Makan lah tengok wayang lah… ntah apa apa… so baik aku duduk rumah masak apa yg patut. Nak iron baju .. byk lagi keje nak buat. 

Tapi di sebabkan telefon rosak gigih aku nak ke Machine baiki telefon. 

Aku tak ingat beli hp kat mana. Aku punya telefon jadik white screen… aduh! 

Nak repair bayar mahal. Aku geram sebab bila dh nak hantar dia kata aku kena email dulu .. report . Baru mereka boleh terima. Kalau diorg tak dpt email apa apa mereka tak boleh terima apa apa.. oklah.

Dalam masa yg sama aku book org tukarkan bateri kereta aku. 

Lepas tu… aku rupanya tak matikan enjin, masa aku park kereta. Patut bila aku nak park asyik bunyi ja. Aku ingat bateri dh kong betul. Aku pun keluarkan key yg berbentuk kunci utk lock pintu. Ondaway ke jusco aku call org tukar bateri. 

Aku park terus masuk jusco. Ya Allah! Bila org bateri sampai ke kereta aku. Dia tanya akak bukak enjin ke . Aku kata tak. Rupanya aku parking dlm keadaan enjin terbuka dan aku tak perasan. Ya Allah kalau pintu tak berkunci,oleh je org bawak lari kereta aku. Dh tak mati enjin kan .. 

lepas tu minyak dh habis hampir separuh. Aku tak dpt nak bayangkan situasi aku kelure jusco berjam jam lepas tu sampai kereta minyak habis.. tak boleh start kereta. 

Rupanya kalau bunyi tik tik masa nak kunci tu check enjin … pastikan takde bukak enjin . 

Ya Allah . nasib Allah swt pelihara kami. 



Sabtu, 1 Julai 2023

Terus kan atau terminat?

 Aku sedang membuat kira kira sama ada nak terminat atau teruskan asbf aku.

Masalahnya sekarang aku kena bayar asb tinggi dari 483 dah jadi 533. Abg ipar aku kena maybank. Lepas tu aku lupa nak guna khidmat dia pasal pengiraan untung rugi ni.. adoii apalah aku ni

So aki tanya dia elok amik asbf atau terminate. Dia kata elok lah amik.pastu aku kata dh naik interest dia .. yg kuban kuban.. dia kata terminated dan apply yg baru..

Wah! Ilmu baru ni… aku kata kalau dpt tutup asb ni duit yg ada aku nak tutup loan kereta aku.

Aku pun tak tahu mana nak korek. Hahha.. aku bajet je dividen tahun ni 10k, aku dpt jual balik saham aku 10k pastu tolak emas 10k. Itu lah kira kira aku. Tapi tak pasti ok ke tak perkiraan aku tu. Kalau tersasae jauh mmg tak dpt lah aku realisiasikan diri aku financial freedom pada usia 40 tahun. 

Usia lagi dan lagi. 

Terus kan cari part time income.. buat homestay, guru tuisyen dan terkini jual buku.. ada ke org nak beli buku aku. 

Best lah kalau ada mini laundry bisnes macam ni… teringin nak buat.. tapi kena sewa tempat lagi.. ermm…


Jumaat, 30 Jun 2023

Homestay bukan pilihan

 semalam jam 11 malam ada org wassap tanya homestay kosong lagi tak esok Jumaat 30hb Jun. 

aku bangun tido baca mesej terus reply " ada" 

esok dia mesej kata dia sekarang kat homestay bukit beruang dan homestay dia duduk ada tikus. anak jerit jerit takut tikus. 

aku kata boleh mula aku bagi semalam 200 ada diskaun jadi 380. bila fikir balik dia kata tak mampu nego punya nego dapatlah 355 utk dua malam . dan dia setuju nak tambah semalam lagi . 

alhamdulillah . 

dia juga book utk hujung minggu depannya ...7hb hingga 9hb Jun. alhamdulillah setiap hujung minggu homestay aku ada tenant. 

dia masuk terus komen iron tak boleh guna. 

aku telefon Ali suruh repair iron ..apatah dia buat ..ingat dh elok rupanya liplip jadik balik ..last last penyewa homesaty tu offer suami dia betulkan .

aku bila org masuk homestaymulalah risau ada yang tak kena pada homestay aku . 

lepas ni kalau ada orang masuk homestay aku kena bgtau siap siap pasal remote aircond tu ..aku kena orderlah nampak nya di shoppe remote aircond yang baru . ssusah kalau ada satu remote je . 

setiap kali org masuk bgtau pasal remote aircond takde

so take note di sini pasal:

1. remote aircond

2. sign kiblat dan lain lain

3. tambah periuk mr diy satu utk keselesaan customer. 

4. amik je yang ada di rumah periuk belanga tu ..sebab di rumah punya pun tak pakai .jangn diambil org sudah ! 

kerusi luar aku dah order. amik je meja yang dirumah tu nnt ...

oklah 

Jumaat, 23 Jun 2023

Futsal CVR kali pertama



Satu aktiviti yg menarik. Anak anak cvr bermain di dalam kawasan perumahan. Ada gelanggang futsal sendiri. Yg penting anak anak happy.. mak ayah pun excited .. alhamdulillah semua gembira… dapat main futsal. 
Bermula solat subuh berjemaah dan diikuti breakfast .. anak anak bermain sehingga jam 10.45 pg. 

Semua gembira dan teruja. Lepas ni ada tournament bowling pulak. 🥰🥰

Semoga ukhwah terus kuat..


 

Khamis, 22 Jun 2023

Impian nak hasilkan buku

 Dalam hidup ini ada banyak benda nak buat.

Salah satu yg paling aku nak buat ialah ada buku sendiri

Utk permulaan buat buku rujukan utk anak anak. 

Kemudian buat buku yg ala ala puisi tu .. monolog ke pa .. yg serangkap serangkap tu 

Agak agak ada tak org nak baca.

Secebis pengalamn kita yg ditulis boleh jadi ia menjadi pengjaran buat org lain. 

Kita melalui jalan yg sama tapi bagaimana cara kita melalui nya.

So pengalaman melalui jalan itulah yg kita nak share. Agar mnjadi panduan bagi yg lain.


Khamis, 15 Jun 2023

Homestay usia sebulan

 Alhamdulillah usia homestay aku dah masuk umur sebulan. masih terlalu mentah. dan dikirakan bayi yang masih belum cukup 44 hri...ubun ubun pun masih berdenyut denyut

aku perasan rupanya homestay aku bukan pilihan utk org yang datang bercuti ke Melaka, sebaliknya menjadi pilihan utk orang yang dtg bekerja di Melaka dan yang terdesak sebab homestay yang mereka nak dah habis. 

kalau yang wasaap pun tanya bila aku bgtau harga dan takde fasiliti yang mereka nak seperti BBQ terus ...senyap! ok ..aku terima yang homestay aku bukan pilihan utama.hahah.namun apa yang buat aku gembira homestay aku boleh jadi dipilih oleh orang yang nak duduk lama ..seminggu atau lima hari ..kerna tuntutan bekerja di Melaka. Wah! ni lagik masyuk...

so minggu ni ada tetamu dr Pulau Gadong dtg melaka utk kerja pemasangan solar..selepas ni En Lan pulak masuk . Ni tinggal paling lama..dari 18hb sehingga 26hb Jun ..lama kan ..so aku boleh katakan bulan Jun ni homestay aku fully booked tau! ...happy sgt ..

aku dah beli set cadar yang baru lagi ..dan tuala ...lepas ni aku dh tahu nak beli kat mana cadar yang bagus. 

so cadar mmg penting . aku berkira kira nak beli kerusi outdoor dan tambah kerusi makan . 

termasuk nak upgrade bilik ketiga pasang aircond jugak. project mega aku selepas pasang tiles di porch ialah upgrade bilik air tukar tiles baru ..aku berkena betul tiles kaler putih yang subway tu ..tunggu lah aku kena ada modal ...

aku harap aku dpt menyimpan dengan adanya homestay ni..

dan tiba tiba timbul idea nak buat bisnes laundry ...yang mini laundry yang cua ada tiga mesin washer atau dua mesin dryer..lepas tu dia punya ruang kecil je ..tak payah sewa sampai satu kedai ..mini laundry je ..ruangnya terhad sekadar orang masuk nak basuh baju dan keringkan ..ada satu ruang melipas baju dan bakul ...

wah besarnya angan angan ..untuk project ni aku kena ada modal at least 100k..wish me luck!






Jumaat, 9 Jun 2023

Uwant

Aku suka lah sebab ada perubahan sebelum dan selepas.

Ni gambar sebelum

Ni selepas.. ada stain lagi.. kotoran lama mmg degil
Nampak tak air yg keluar

Ni lah bibik terbaru

 

So aku mmg suggest korang beli. Harga pun padu.. 589. Sebelum sale 799.. harga sebenar 1200

Puas hati nmpk coklat coklat air keluar… sebenarnya kalau rendam dgn sabun norwex mmg keluar air warna ni.. tp kusyen jenis melekat mcm mn nak cuci

Esok nk basuh seat myvi pulak

Selasa, 6 Jun 2023

Oh homestay!

 Assalammualaikum. 

Pengalaman aku buat homestay ni aku perasan weekdays mmg kuranh sgt org nak guna homestay. Tapii kalau weekends ramai yg akan call. Dan yg sedihnya kita dh ada customer satu malam, yang call nak dua malam. 😭rezeki … rezeki…

Takkan kita nak cancel kan yg first book kan.. first come first serve kaedahnya. 

Itu semua rezeki kita. 

Lagi satu pada pengamatan aku kalau korg nak buat bisnes homestay .. better play safe. Buat homestay yg basic je pun dh ok. Yg penting bersih dan selesa. Serta mempunyai kemudahan yg sepatutnya ada bagi sebuah rumah . Ada dapur masak, coway, tv, bantal, tilam yang empuk.. selimut. 

Macam kita masuk hotel apa yg kita nak? 

Hah! Macam tulah bila org masuk homestay kita. 

Yg extra ni kalau ada ok takde pun takpe . Cth.. alamak hlank pulak.

Berkenaan pool aku ada pendapat sendiri. Aku plan bukan nak jadikan homestay selama lamanya. Mungkin akan dtg nak jadikan rumah sewa. So siapa nak sewa rumah dengan swimming pool .. susah sikit lah.. lagipun kos  maintennace swimming pool ni mahal. Bil air pun mahal. Letrik lagi .. aku tengok ada org buat homestay ada swimming pool tapi harga tak boleh pergi sgt.. kalau yg biasa biasa ni kalau org nak duduk sebab kerja pun ok. 

Ini pandangan aku jelah. Lain org lain pandangan. 









Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...