Khamis, 15 Jun 2023

Homestay usia sebulan

 Alhamdulillah usia homestay aku dah masuk umur sebulan. masih terlalu mentah. dan dikirakan bayi yang masih belum cukup 44 hri...ubun ubun pun masih berdenyut denyut

aku perasan rupanya homestay aku bukan pilihan utk org yang datang bercuti ke Melaka, sebaliknya menjadi pilihan utk orang yang dtg bekerja di Melaka dan yang terdesak sebab homestay yang mereka nak dah habis. 

kalau yang wasaap pun tanya bila aku bgtau harga dan takde fasiliti yang mereka nak seperti BBQ terus ...senyap! ok ..aku terima yang homestay aku bukan pilihan utama.hahah.namun apa yang buat aku gembira homestay aku boleh jadi dipilih oleh orang yang nak duduk lama ..seminggu atau lima hari ..kerna tuntutan bekerja di Melaka. Wah! ni lagik masyuk...

so minggu ni ada tetamu dr Pulau Gadong dtg melaka utk kerja pemasangan solar..selepas ni En Lan pulak masuk . Ni tinggal paling lama..dari 18hb sehingga 26hb Jun ..lama kan ..so aku boleh katakan bulan Jun ni homestay aku fully booked tau! ...happy sgt ..

aku dah beli set cadar yang baru lagi ..dan tuala ...lepas ni aku dh tahu nak beli kat mana cadar yang bagus. 

so cadar mmg penting . aku berkira kira nak beli kerusi outdoor dan tambah kerusi makan . 

termasuk nak upgrade bilik ketiga pasang aircond jugak. project mega aku selepas pasang tiles di porch ialah upgrade bilik air tukar tiles baru ..aku berkena betul tiles kaler putih yang subway tu ..tunggu lah aku kena ada modal ...

aku harap aku dpt menyimpan dengan adanya homestay ni..

dan tiba tiba timbul idea nak buat bisnes laundry ...yang mini laundry yang cua ada tiga mesin washer atau dua mesin dryer..lepas tu dia punya ruang kecil je ..tak payah sewa sampai satu kedai ..mini laundry je ..ruangnya terhad sekadar orang masuk nak basuh baju dan keringkan ..ada satu ruang melipas baju dan bakul ...

wah besarnya angan angan ..untuk project ni aku kena ada modal at least 100k..wish me luck!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...