Rabu, 11 Jun 2025

HATI IBU

Sebenarnya dalam gembira berjalan ni .. hati ibulah yg paling crucial..

Macam macam benda main dalam fikiran.

Antara yang paling ditakuti , anak jatuh sakit masa di Osaka. 

Jadi precaution pertama, Iyad ambik vaksin influenza. Iyad jelah.. yg lain rasa ok.

Kemudian, stok ubatan yg banyak dibawa. Kalau ubat demam tu semua jenis ada. Yg uphamol , yang demam sebab flu, demam sakit sakit badan.. berpapan papan jugak lah bawak… belum lagi ubat cair kahak, ubat selsema, ubat gatal, krim urut muscle, smecta in case cirit birit.. segala macam ubat bawak .. ubat batuk gamat. Rasanya ada lebih kurang rm200 lebih bekal ubat sahaja. Punyalah takut budak budak ni tak sihat. 

Tapi mmg betul pun. Hari perjalanan ke Osaka, orked hidung tersumbat. Mengadu tak boleh bernafas .. dan sepanjang dlm flight tu dia mmg resah. Tak tido.. dah lama tu baru dia tido.. 

Hari kedua, sebelum ke Nara. imran demam. Dia tak larat pening kepala. Kami cool je.. suruh makan ubat.. makqn coco crunch… iyad dh dengar batuk batuk..

Bila masuk subway semua pakai mask. Risau lah kan ..

Ihsan pun ada mengadu rasa tak selesa.. 

Tapi bila dh berjalan, makan makan .. pergi tempat yang mereka belum sampai .. dia distract agaknya.. lupa sakitnya tu.. elok je… 

So macam kita mak mak ni jangan berat beratkan sangat.. kena cool je.

Tapi ada satu insiden paling menakutkan 

petang sewaktu nak balik dari restoran halal di Nara. Iyad kesejukkan . Kuku kuku semua biru.. rasa macam dia panas dalam kut… dia kesejukan sgt… semua baju sejuk bagi dia pakai… pasti kami genggam tangan dia gosok gosok. Imran,ihsan,orked peluk iyad kuat kuat… nak pindahkan haba panas pada Iyad.. iyad diam je.. macam takde respons. Mak nya dh panik. Pastu suruh iyad goyang goyang kaki supaya badan menghasilkan haba. Sambil duduk goyangkan kaki.. masa ni kami di tepi jalan sedang menunggu bas untuk ke JR station nak balik ke homestay.



Time tulah ambulans lalu.. lagilah aku cuak… macam macam terbit dalam fikiran .. macam mana kalau Iyad pengsan .. kena masuk wad.. pastu Jepun kan teliti sikit.. dia dengar paru paru je dh suh tolak ICU… dari percutian terus jadi tragedi.. ya Allah! 

Sumpah time tu timbul penyesalan apsal tak bawa cuti g bukit fraser je kalau nak feel takat sejuk sejuk ni… 

Tapi Allah Maha Penyayang .. semua urusan dipermudahkan. 

Perjalanan kami lancar sahaja. Mana attraction kami nak pergi kami dapat sampai cuma satu tempat di Kyoto salah tempat. Nak pergi ke tempat lain .. sampai ke tempat lain. 

So bila dh bermusafir ni .. nampak karakter sorang sorang. Sebenarnya Imran paling membantu membaca kan peta. Dan menjadi tunjuk arah. Ayah dan ibu follow je. Tapi ayah akan recheck juga.. 

Ibu ; masuk subway kira anak. 

Sorang tak nampak terus ..” iyad mana?” “ ihsan mana..” tambah kan time balik kerja penuh orang dalam train tu.. kdg bila dh bersesak .. anak pun duduk sepah sepah.. so kena pastikan semua ada. 

Sama juga bila keluar train. 

Kira semua ada. 

Risau betul kalau satu tak nampak. 

Itulah.. dalam seronok seronok ada juga benda yg kita mak mak ni risaukan. 


Penyakit balik travel

 Nilah masalah orang balik travel.. baru seminggu balik dah mula riki riki flight tiket nak jalan jalan .. aduh! Bahaya ni … aku ni pulak jenis berasa murah pada dua benda.. 1 . Kopi ..kalau masuk kedai hipster tu minum kopi makan pavlova setakat RM150 tak rasa mahal pun .. konon kita bukan sahaja beli kopi kita beli view ! Ceh .. kemudian aku tak kedekut pasal travel… aku jumpa tiket ke chiang mai ..naik air asia 900 ..satu family baru 7 K.. aku dah gatal tangan je ni .. tapi for sure kena marah … aduh ..lagi satu imran nak masuk belajar ..kita bukan tahu tarikh exam dia ke apa ke..so kena lah kita tunggu mana dia dapat masuk .. belajar kat mana kos apa .. bila cuti semester semua .. baru boleh deal ..aku bgtau nnt korang semua ambik ibu ayah ambik cuti g jalan jalan ..senyap senyap hahha…marah diorag .. ihsan kata taknak masuk asrama … 

Gitulah ! Tak ingat macam mana kami handle budak budak masa kami ke Phnom pehn cambodia … ooo..dioranh tinggal kat shah alam … pastu balik aku drive ambik diorg bawak balik melaka baru ingat …

Tahun depan insya Allah Iyad f2 ( umur 15 thn) , ihsan F1 dan Imran 19 tahun . 

Orked je ada di rumah .. wah! Bolej je ni cuti hujung. Minggu g jalan dekat dekat …

Ya Allah …permudahkan urusan kami sekeluarga .. di ms ini dan masa akan datang… Aamin. 



Sabtu, 7 Jun 2025

Osaka Panga

Ini mungkin hidangan termahal aku belanja untuk suami dan anak- anak.. merasa makan daging waghyu di Osaka . Kali pertama kami makan daging waghyu. 

Malam tu merupakan malam terakhir kami di Osaka. Esok kami akan balik ke Malaysia. Special sikit.. masuk ke kedai ni setelah kami penat berjalan mencari restaurant halal.. 

Takpelah.. so hidangan yg kami makan malam tu adalah berharga Rm1200 lebih kurang.. hahah.. mahal betul rasanya. 
Aku bukan peminat sgt.. tapi rasa bahagia bila suami aku berbesar hati bethol bila dapat makan daging waghyu.. berkali kali dia ucap terima kasih..aku mmg dh siap siap tukar duit yen utk belanja di jepun. Portion duit tu dh ada.. apa salahnya.. 
sedap tu mmg sedap.. tapi tak boleh makan banyak .. muak jadinya… 











Nilah menu daging waghyu tu







Happy betol muka suami aku 

Total makan malam tu

Kat luar bukan main ramai melayu yg beratur nak makan daging waghyu kat sini.. 
alhamdulillah selesai semua nya… dapat jalan jalan Osaka dan penutupnya dapat makan daging waghyu yang melting into your mouth! .. nnt kita cuba waghyu yakiniku kat setapak sekolah Iyad… hahah…

 

Osaka Day 1

 Hari Pertama 1/6/2025


Mmg kami kepenatan lagi pagi tu… imran demam… masa ni fikir macam mana nak jalan ni Imran dh demam… 


Kami relaks. Bg makan ubat suruh makan dulu.. mandi kasi badan rasa lega. Kat luar mmg sejuk time ni..sekitar 23 celcius.. yg lain pun start batuk batuk… aduh! Ni yg paling aku takut ni…


Sebelum berjalan jalan ..kami bergambar keluarga depan homestay. Hari ni tema pakaian pastel and white… 


Nampak tak betapa lewatnya kami keluar jalan jalan… kena chill chill je bila jalan jalan dengan anak anak ni .. penat lapar semua kena ambik kira… biaslah…








Nasib Imran okay leps dah bagi makan ubat .. kalau sakit mmg tak seronok nak berjalan .. betul lah persediaan aku mmbeli ubat ubtn dari Malaysia.. hampir RM250 aku membeli ubt ubatan termasuklah ..ubat demam pelbagai jenis, ubat batuk, cair kahak, ubat selsema, ubat hidung tersumbat, smecta utk kalau sakit perut… gel sapu kaki kalau sakit otot, ubat alahan.. kalau sakit nak beli ubt di Jepun mesti harga nya sangat mahal.. pad wanita pun aku bawa siap siap dari Malaysia. 








Lepas semua macam dh ok.. kami baru mula kan perjalanan . Hari ni kami akan menjelajahi Nara. 

Kami menaiki kintetsu line..ni lebih dekat untuk ke Nara Park berbanding naik Jr line.  




Nara ni pun ada cerita juga. 


Nara park ni kalau naik Kintetsu dekat je nak jalan berbanding naik Jr line. Tapi harga tiket dia mahal sikit. 






Kami sampak ke nara park mmg excited. Dapat tengok rusa rusa dia yg sangat jinak.. dan yg tak best nya taik dia bersepah sepah. Kena hati hatilah .. takut terpijak. 


Lama juga kami di Nara park ni. 





Kami sempat berhenti rehat dan makan bekal .. dr breakfast di homestay, baru kami makan semula . Lapar betul .. bekalan makanan kami bawa tak banyak pun …dua tiga hari sahaja bertahan. Sebenarnya klu nk jimat … kita kena masak sendiri kat homestay.. kemudian bawa bekal … kalau beli di family mart sekali beli mencecah dalam RM70 atau RM80… kami makan di Osaka ni agak mewah .. bila lapar je masuk dan beli makanan … takde jimat jimat … 

Lagi satu nak jimat kat transportation .. kalau boleh ambik kansai mini pass .. utk tiga hari 3000 ¥ seorang. Macam kami setiap kali nak guna subway beli tiket .. contoh nak ke nara .. kami beli tiket ke Nara dan begitulah ke Kobe dan Kyoto. 


Rusa kat sini kalau kita tunduk dia tunduk balik ke kita .. mereka jinak .. masa kami pergi rusa rusa ni nampak kelaparan … mungkin sebab makanan rusa dah habis dan tak dijual…ikut kan kalau tengok video dia bgtau rusa rusa ni tak nak mkan sebab dh kenyang …










Okay. Lepas tu kami decide nak cari kedai halal di sini. Nama kedai dia Susuruka, Susuranka Nara. .. bapak jauh.. ada dlm 2km kut kami jalan nak ke kedai makan.. masa ni hujan pulak renyai renyai bertambah lah sejuknya.. 


Dalam perjalanan nak ke restoran halal tu kami jumpa hidden gems… mmg takde orang ..ada local je area tu .. yang bestnya d tasik kat situ .. dan ada banyak rusa lagi … 











Nnt aku cerita lain pasal kedai makan ni. Tapi tekak aku tak rasa sedap sgt.. tp oklah dpt makan menu Jepun. Nak rasa je… aku makan soup

Mopu tofu.. rasa makan mi kicap.Baca kt tiktok kemain sedap! Haih! 



Oklah balik tu kami kena berjalan lagi. Iyad tiba tiba kesejukaan . Tangan kat bahagian kuku biru.. dia kata dia sejuk sgt tak rasa apa.. muka dah pucat! Aku syak dia panas dalam kut. Kami berteduh di tei kedai yg dh tutup sambil tunggu nak naik bas.. imran ihsan orked peluk Iyad. Nak kasi haba panas. Aku tak henti henti gosok tangan iyad nak kasi bahang panas. 

Aku paksa iyad gerak gerak ..bagi badan keluar haba. Dia duduk sambil goyang goyang kaki.. ya Allah nasib ok.. aku dh fikir bukan bukan je.. masa tu ada ambulans lalu. Aku terdetik.. ya Allah jangan lah sampai masuk wad pulak.. duit lagi… 


Kami dh lah tersilap tunggu bas . Arah berlawanan. Lepas kami seberang jalan tunggu di tempat yg betul baru dapat naik bas. 


Kami sampai di Jr station. Besar bangunan nya . Macam aeon kat tempat kita. Kami singgah masuk beli makanan utk breakfast esok. Beli susu, ikan salmon sikit, beli lemon sebiji. 


So ada menu nak breakfast esok.


Kami jalan lagi.. sehinggalah kami sampai ke station shin Imamiya utk balik ke rumah.


Selesai cerita hari pertama kami ke Nara. 

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...