Khamis, 26 Mei 2016

5 days to go!

Diam tak diam..lg 5 hari kami bakal terbang ke London. Ikutkan mmg tak bersedia apa apa lagi..beg pun masih belum selesai packing. Sambal ikan bilis kena buat ..kalau sempat nak buat cheese kut ..atau mana mana desert yg tahan lama ...boleh makan masa di airport. 

Kertas exam masih bersusun satu pun belum siap. Ada 5 kelas mengajar  dan tingkatan 4 , 5 ada dua paper utk setiap kelas. Aku harap dpt siapkan 3 kelas dulu sebelum pergi pun dh ok sgt. 

Tak sudah dgn exam..sekarang aku giat menqhadakan puasa. Seingat aku 9 hari. 5 hari bakal terlunas bermaksud ada 4 hari lagi.. setelah dihitung baik baik ..aku habis qadha just nice sebelum terbang . .iaitu hari selasa. Rabu raya..dan khamis aku akn berangkat ke paris. 

Abah masih di was hospital Ipoh. Sebelum pergi sudah tentu aku akan berjumpa abah terlebih dahulu. Abah masih mendapatkan rawatan di hospital Ipoh ....aku mmg balik setiap hujung minggu...minggu ini insya Allah aku balik hari sabtu dan balik semula ke melaka pada hari selasa. Orked akan ke rumah Cik Peah pada hari rabu. Sarcastic kah aku ...? Utk memenuhi impian aku ..anak anak aku tinggalkan...hakikatnya bukan begitu. Aku tinggalkan mereka dalam jagaan yg paling aku percayai. 

Abah pula ..aku tahu abah masih belum sihat..tp aku pergi tak lama kurang satu minggu ...dan aku harap adik beradikku faham ..keadaan aku dan suami yg sudah menempah tiket penerbangan dan hotel di sana. Walaupun perkara ini sgt aku idam idamkan ..namun aku pergi tetap dengan rasa berbelah bagi. Ya Allah panjangkan umur ayahku..supaya aku dpt bertemunya làgi.

Aku masih belum menukar duit euro. Setelah terbaca post lama ..baru aku tahu kenapa aku terbooking hotel holiday inn excel tu...rupanya harga promosi hanya 700 lebih..namun campur tax menjadi 800 lebih ..dan masa itu pertukaran matawang kita dan pound rm5.65 = 1 pound. Hari ini telah berubah menjadi rm5.9...jd tak hairanlah kenapa harga hotel menceceh rm933...
Agak membazir di situ. 

Setelah tanya Azureen , rakan sekerja yg belajar dilondon.katanya hotel aku terletak di Zone 3. Jadi aku kena beli zone 1-3 ..tadi aku tengok harganya dalam £12 lebih..kalau tak salah. Tapi aku akan guna selama 3 hari 2 malam . Jadi lebih baik kita beli pass yg untuk 3 hari..kalau guna oyster card kena topup setiap kali nak naik  so baik guna travelcard ni .lebih murah . 

Sampai di london aku dh target nak makan di " Burger and Lobster" Azureen pun cakap halal. Insya Allah .

Debaran makin terasa. Semoga semuanya baik baik sahaja ..peninggalan aku dan suami. Ada pelbagai rasa sedih ..takut...risau ...gembira dan sebagainya. 

Jika kalian membaca post ini. Tolong doakan aku selamat sampai london dan paris dan dpt balik semula ke bumi bertuah Malaysia. 

Salam Ramadhan. Lagi 7 hari .
RAMADHAN KAREM...ALLAHU AKRAM .

**** 
abah meninggal dunia sebelum kami ke London. 










Khamis, 19 Mei 2016

kenangan bersama Abah

Abah masuk hospital lagi...syukur masa tu hari jumaat aku terus balik untuk ziarah abh..abah sakit prostate ,sakit yang kerap berlaku pada kaum lelaki atas 60 tahun .penyakit ini menyebabkan abah sukar untuk membuat air kecil....

Image result for rawatan kanser prostat
ini rupa prostat yang normal dan yang membesar...sebab itulah abah sukar untuk kencing...
abah sekarang menerima suntikan untuk melawan penyakitnya 3 bulan sekali. tak sanggup lihat abah sakit waktu ada ketulan darah yang menghalang air kencing keluar...azab sungguh rasanya. 

Dan aku bersyukur dikurniakan Ahli keluarga yg sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat perihal mak dan abah..alhamdulillah ...semoga anak anak aku membesar akan menjaga aku sebagaimana adik beradik ku yang lain.

semoga Abah cpt sembuh !



Rabu, 11 Mei 2016

London; tips and tricks

mmg agak mengejutkan bila rakan sekerja tahu aku hendak ke London ..aku tahu ia satu percutian yg mewah ..tapi sebenarnya kalau kalian tahu ketuahan aku pada harga ticket yg sgt murah ..1.8k utk pergi balik ...

aku kasarkan perbelanaan kami begini :

1) tiket penerbangan Oman Air : rm1800 (return)
2) penginapan di paris untuk dua malam : rm320
3) penginapan di London dua malam : rm 450
4) tiket paris -London Eurostar : rm 430 (return)

KOS ASAS: RM3000 seorang.

# sepatutnya boleh jimat banyak jika menginap di Malaysian Hall..namun sebab perancangan awal nak bawa Orked kami tidak dibenarkan menginap di MH. 

# tapi kami sgt beruntung (insya Allah) dalam hal harga tiket dan eurostar sebab kos yg saya dapat pergi 40 pound dan balik 29pound seorang...jika walk in harga tiket boleh menjaugkau ratusan pound. 

bila kawan cuba search ticket pada hari yg sama di laman web Oman Air harganya menjangkau 5.6k untuk dua org.kalau harga macam ni mmg kami tak pergi ..T____T

# harga hotel di Paris rm640 merupakan hotel bajet.

so..harga yg belum masuk 

train di paris dan london ~ ikut pembacaan harga oyster card dalam 7pound sehari ....jalan lah jauh mana 
train di paris boleh beli carnett

makan~ bawa stok makanan brahim, periuk nasi, sambal kering, ikan beli 3in1, wonda coffe tin...cadangnya satu beg luggage utk letak makan ...

shopping~ baju anak...kasut,handbag, dan souvenirs...

belum rancang lagi bagaimana kos kos tersebut ..namun insya Allah tidak lebih 5k.

tak lupa juga utk anak anak yg ditinggalkan orked, ihsan, iyad dan imran...selama 5 hari


begitulah sedikit sebanyak kos kami ke london .

mmg rezeki kami dapat berjalan jauh Insya Allah kalian pun boleh ..kami akan berkongsi pengalaman sebenar bila sampai di sana 

***alhamdulillah semua urusan fail selesai. termasuk insurans perjalanan di sana nnt.

hey big ben

Paris, i'm in love

Harga pound terendah!!!


Khamis, 5 Mei 2016

AND PARIS AGAIN ..?

setelah lama memikirkan isu bercuti..hr ni mode on kembali...yelah asyik sibuk je...last week dgn buku program mlm muzikal...penuh tragis nk menyiapkn buku yg hanya diselak utk satu mlm...
Buku program yg dihasilkn namun tidak terpilih muka hadapan ini....😭😭 sape nk softcopy boleh email saya...😍😍😍

Peserta Angklung ..persembahan guru....

posing ..tetiba mood mln tu okey sgtt..sampai nk bermekao bagai 

Persembahan mlm kedua ..more exciting!

Bergambar kenangan dgn vip

Persembahan angklung oleh guru

Pose lg...

Gambar yg paling disukai...

again...
Km memainkan dua lagu iaitu ketipang payung dan tian mi mi....

Alhamdulillah happy....

Minggu ni sebuk pulak dgn sukantara....minggu depan exam...aduh!

Sblm cuti mcm2 kena fikir...

Berbalik pada paris..dua tiga org guru pun dh th...biarlah semoga kami baik2 aja...

Hr2 aku belek web official LV ...usha nk beli apa..makaih...mahal betul ko ekk..seketui 3k...

Takpelah jgn ikut org..

Jom kita usha harga hbag LV yg murah sgt tu...tapi pada aku lah ...itu semua jenama hokey...dah jadik adat kita tengok brand walaupun tak seindah mana ...itulah the power of brand....

Atas: Harganya menjangkau 1k lebih yg palingggg murah hokey! Yg bawah dlm 3k lebih

Ya harga nya lebihbmurah jika beli di malaysia ..itu belum tolak VAT 20% jika dengan kad kredit dan 12% jika bayar cash. Penting utk claim.

Then , matlamat shopping lagi di Val de europe. Bicester village ..katanya handbag longcamp termurah dpt £40... dan harga disitu murah 40%hingga 70% hurmmm......

Duit ..oh duit....

Tp betulkan niat..beli je hand bag yg memang nak guna ..jgn membazir...elakkan ...beli handbag yg ribu riban...apapun kita berbelanja dengan berhemah...insya Allah.

*** tengah nak menyiapkan fail travel ke paris  ..***

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...