Jumaat, 27 April 2018

Alhamdulillah . Rumah sedia disewa.

Lama juga nak menyiapkan rumah untuk disewakan . Dan akhirnya hari ni rumah dh siap cat dan sedia untuk disewakan oleh org yg ingin menyewa.

Rumah teres setingkat yg terletak di MITC Melaka . Kawasan tumpuan di ayer Keroh berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan UTEM dan Bangunan Persekutuan Kerajaan. Berdekatan dengan pelbagai prasarana termasuk pusat membeli belah Mydin MITC serta Pusat Bowling terbesar di Melaka MiBC.

Betullah andaian aku untuk membeli aset yg sedikit mahal namun berbaloi utk pelaburan akan datang.

Bilik kedua lengkap dengan set bilik tidur. Hadiah bilik pengantin dari Mama. 

Master bedroom..”lengkap dengan almari besar. 

Dapur ni aku buat dari modal duit simpanan KWSP. Tahun 2010 7 ribu sahaja 15 kaki atas dan bawah.


Ruang makan paling sayang bahagian ni ... aku suka ruang makan yg mengadap keluar sambil monum coffe lihat permandangn luar rumah. 
Bilik tidur kedua. Bilik tidur yg kami paling suka. Dari tepi dpt lihat pokok pisang atok


Ruang tamu kami tinggal kan satu perabot jati ..nnt nak amik balik 😜😜

Bila dah kemas macam rasa sayang pulak .. takpelah nnt kita duduk duduk homestay ni bila dah rindu ... semoga penyewa duduk dengan baik di sini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...