Ahad, 22 April 2018

Tennis class and swimming class.

korang duduk area mana kat Melaka?

kalau sekitar Ayer Keroh dan mungkin Bemban adalah agak ok utk pergi ke dua dua tempat ni.

ok ..kita pergi ke Kelas Tenis. Kalau nak anak pandai main Tenis ada tempat yg paling bagus hantar anak main tenis . iaitu Kompleks Tenis Ayer Keroh Melaka ..berdekatan dengan Mydin MITC Melaka. kat sinilah kelas kelas tenis biasanya diadakan . berapa yuran ? dalam sekitar Rm10 sejam . ada banayak coach yg kita boleh pilih antara popular seperti FR iaitu firdaus Raof Coching, Coach Vasu, Coach Ust Shukur dan lain lain. Jangan risau kita boleh tinggalkan anak utk bermain tenis sambil tu kita boleh makan di cafe nya yg terletak dalam kawasan kompleks tenis tu jugak..ada kedai sup tulang yang sangat sedap!

anak saya Imran juga bermain tenis di sini.

pada hari sabtu dan Ahad mmg ramai pelajar pelajar bermain tenis di sini. kalau kita taknak anak kita belajar secara beramai ramai boleh je amik private coaching...

setiap bulan ada monthly medal yg diadakan utk budak budak ni agar ada galakan utk mereka bermain tenis.

untuk makluman lanjut boleh hubungi Presiden Tenis Melaka iaitu Encik Hafidz di talian 0166555291 utk sebarang pertanyaan.

Swimming class

ini pula diadakan di dalam kawasan Tiara Golf Country Club.dengan bayaran RM60 sebulan dan seminggu sekali kelas renang diadakan pada hari Isnin untuk beginner. Insya Allah next week nak hantar tiga budak ni belajar renang. harap mereka pandai berenang dan cekap berenang. Imran dah pandai berenang. sunnah Rasulullah SAW belajar berenang ni. Insya Allah niat ikut sunnah dapat pahala.

so sebenarnya banyak aktiviti yg boleh dilakukan . kalau di Masjid Al Azim ada kelas alquran yg dijalankan secara percuma. elok jugak dapat berikan ilmu alquran kepada mereka. Insya Allah akan datang nak jemput guru agama dtg rumah mengajar anak anak ni membaca Al Quran 

kolam budak budak ..ada satu gelongsor jadiklah 

pool ni digunakan untuk belajar berenang ..besar pool nya 

ni dah memang tak takut air , cepatlah pandai berenang

cantik permandangan kat sini

bestkan ..hari hari pun boleh dtg sebab suami mmg ahli club di sini.. aku pernah g gym dia sekali oklah naik threadmills

sampai situ sahaja .. jumpa lagi


2 ulasan:

  1. Salam wbt, sy izzatul. Boleh x nak contact number swimming class? Boleh masuk dari umur brapa?

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Izzatul . Maaf mmg saya takde nombor tu tapi kalau izzatul
    Nak cuba izzatul call Tiara Golfs and country resort tu ... .umur tak silap saya setahun ada juga ..saya pun baru nak daftar kan anak..

    BalasPadam

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...