Khamis, 18 Oktober 2018

C.U.R.I.G.A.

think to ponder. 

Hubungan Suami Isteri; "Berapa ramai dari kita bergaduh suami isteri sebab tidak percaya pada pasangan, sehingga setiap malam dia melihat telefon bimbit pasangannya. Dengan siapa dia berwassap dll, Ada salah faham bergaduh, ada yang sampai bercerai. "


" Yang salah itu yang melihat telefon itu. Siapa suruh tengok? Bina rumah tangga itu dengan saling percaya. Jangan bina rumah tangga dengan dasar curiga. Kalau didasari dengan curiga, sejujur manapun pasangan itu, ibarat hidup macam di neraka. Kerana ada dasar curiga. Kalau dasar percaya, dia tuntut apa yang zahir, dia tidak tuntut apa yang disimpan. "
" Kalau pasangan kita berbuat dosa yang tanggung yang berdosa, kalau dia berbuat maksiat, yang menanggung yang berbuat maksiat tidak kira siapa. Yang dapat mencegah seseorang itu tidak dapat bermaksiat itu hanya dirinya sendiri dan rasa takut kepada Allah سبحانه وتعالى ."


" Bukan takut dengan isteri atau takut dengan suami. Yang rasa takut dengan isteri atau suami dia akan bermaksiat diluar pengetahuan isteri atau suaminya. Akan tetapi, kalau dia rasa takut dengan Allah سبحانه وتعالى, di mana sahaja dia berada dia akan tetap berasa takut kepada Allah. "



Daripada Sayyidil Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...