Isnin, 15 Oktober 2018

Vietnam oh Vietnam!

AKHIRNYA KAKI KU JEJAK HO CHI MINH

Pada 12 hb Oktober Jumaat kami telah selamat sampai di Ho Chi Minh , aku datang buat kali pertama dan Hafidz datang kali kedua. 

kami mengambil penerbangan VietJet Airlines tambang utk tiga orang baru RM1100 termasuk luggage balik 30kg...ni macam pesawat tambnag murah Air Asia, kalau nak makan Nasi Lemak dia je yang hala. yg lain tak halal. 

aku cuma tukar dong sejuta = RM178. 
selebihnya duit Malaysia utk berbelanja shopping dan makan makan .


Pengalaman aku naik pesawat ni kira oklah ..dia tak kecik sgt mcm Air Asia ..agak selesa.. ini pertama kali Orked naik kapalterbang.. so semua dah rasalah naik kapal terbangkan ..



ni patung orked yg baru dia terima ..kawan ayah yg belikan namanya Kamarul. 
ini pertama kali orked naik kapal terbang dan dia sgt excited dan tak takut lamgsung!


seronok jugak jalan dengan Orked, tapi degil .langsung taknak duduk diam ..berjalan je kerja nya


sebelum ni patung orked ni hilang, tak pasal pasal aku keluar utk cari patung dia.. ada org aku nak potong quene, beria dai marah bila aku nak tumpang letak patung .agaknya dia syak dalm patung tu ada dadah kot.

Ni lah patung nama Putri yg hilang tu ..nasib baik ibu cari jumpa. 



jam 2.05 waktu vietnam kami selamat sampai di Ho Chi Minh. rupanya waktu di sini tak sama dengan Malaysia kurang sejam ...tapi waktu solat awal ..pukul 5.55 dah masuk maghrib . subuh jam 4 lebih ..



kami naik bus dari airport nak ke Hotel. asal nak naik bus 152 ..entah macam mana kena sekat dengan budak ni terus naik dengan dia ..bayar dalam 2 ribu k dong..bus152 lagi murah dalam 5000 dong aja..



dia kata dia murah sebab budak budak tak payah bayar dan takde bayaran luggage,entah iya entah idak..awal awal cam dh kena kencing heheh..



ni permandangan ni Ben Thant market sebelah luar ..masa mula sampai kat bus station dia ..kami tak nampak pun Ben Thant ni so memang aku nervouslah ..apsal tak ramai org Malaysia ni ..


dari sini kami berjalan ke dalam pasar Ben thant, masa ni dah start hujan ..jenuh aku pikir mana lah yg org kata ada restoran Basirah tu ..tak nampak seorang melayu pun ..rupanya jalan sebelah benThant tu baru kami jumpa..masa ni aku dah rasa takut jugak...


lega rasanya bila terjumpa beberapa orang Melayu dan ramai restoran muslim kat sini .Kira betullah ni Malaysia Street yg ramai orang kita . kami masih tak jumpa hotel. Aku ajak suami masuk kedai makan dulu utk meredakan keadaan ..yelah kami tak jumpa hotel lagi..dan aku rasa nyesal pula kalau naik teksi mesti dah boleh check in kan ..tulah lain kali tak boleh nak jimat sgt 

aku memilih nak masuk kedai Halal Amin sebab aku baca review kedai Halal Amin ni ok. so kami masuklah kedai Halal Amin berbanding kedai Muslim yg lain .






aku order mi tradisional vietnam ni ..sedap rasanya 


ni tomyam ..tapi rasanya tak sama macam tomyam di Malaysia 


sotong goreng tepung yang besar 


total kos makan di sini RM78...bedal jalah ..janji kenyang..time ni aku lupa nak order kopi ais dia 

HOTEL BLOOM

aku dah book hotel thru traveloka. tapi aku silap ! aku cuma order sehari je..satu lagi aku tak order. Baru ingat asal aku nak order biula dh sampai ho cho minh ..kantoi! so takpelah kami check in je semalam ..pastu aku ajak apis check in hotel Pink Saigon RM134 semalam . 

dia taknak katanya susah dua hotel so dia nak request hotel yg sama .tup tup masa nak check in takde pulak bpoking kitorg ..aduh! kami tunjuk voucher so tak de masalah .sebab dh bayar pun .. 

dah pukul lima . aku check maghrib masuk jam 5.38 petang . so aku terus naik ke toilet utk berwudhu dan solat sambil duduk.

baru aku nak solat yg kedua utk asar pulak staff dia dtg, bagitau bilik takde dan akan poindhakan kami ke hotel lain ..lebih baik 4 bintang Aristo Hotel. Masalahnya hotel ni jauh dr ben Thant kena jalan 10 minit baru sampai . 

emmm....aku kata ok jelah nak buat macam mana ..
Lama jugak nak check in tapi tak check in lagi ..malam kedua dia bagi RM180 .. apis malas pikir dia amikje 


teksi yang menjemput kami..


Aristo Hotel and spa


lobi yang cantik dan menarik


lepak dan senyumlah dapat hotel 4 star. 


welcome drinks sangat


bilik yang besar katilnya ..selesa siap ada bath tub tempat orked berendam 


family potrait
so lepas mandi dan solat kami pun keluar utk jaln jalan dan shopping .. malam tu kami jalan jalan di pasa malam dan aku hanya beli tudung.orked tido ..suami terpaksa dukung dia sepanjang malam ..


suka tengah seni kraftangan mereka


cantik..sesuai dengan budaya mereka lebih kurang sama macam di Malaysia 


cantikkan ..trademark dia pakaian tradisi ni 


malam tu belikan orked air kelapa satu lima ringgit 


teringin sangat makan vietnam roll...


akhirnya Orked tertidur dengan patung kesayangannya ..selamat malam Orked



HARI KEDUA (SABTU 13 OCT 2018)
kami bangun solat subuh dan bersiap siap utk berjalan pada hari kedua . Kami makan di cafe dia buah buahan dan telur serta kopi . ada isu jugak pasal makanan . bila dah aku yakin maka itulaj yg aku makan . secara logiknya pisau memotong daging tak digunakan utk memotong buah maka aku yakin buah yg disediakn halal.aku hanya makan telur rebus di renjis garam dan black paper. no bad ..aku makan dua biji. aku kenyangkan dengan pisang ..memang perut aku selesa lah makan benda dua ni ...






ingatkan yang oren tu mangga rupanya betik..hahah




bergambar sebelum memulakan misi perjalanan..






tempat kami lawat pertama ialah Centrak Post Office  dan Notre Dome ..dua dua ni keadaan dia bertentangan ..so memang korang akan jumpa kedua dua nya..


dari dalam sentral post office


Orked bergambar dengan pakaian tradisi dan orangnya 


dalam tu sebenarnya ATM machine 


Orked cuba posing !


tak pernah gagal ..


aksi dengan ibu pula 


depan cafe ..

to be continued...gambar di bawah semuanya banda r ho chi minh, aku banyak jugak shopping tapi masih terkawal..

ko boleh layang gambar nnt aku buat satu post khas pasal Masjid di Ho CHi Minh.








Orked posing di hadapan City Hall


ini City Hall.






Masjid di Ho Chi Minh



ok ..nnt aku share pasal Ho chi minh. cuma nasihat aku jangan naik beca. sebab dia scammers!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...