Khamis, 18 Oktober 2018

review BLOOM HOTEL HO CHI MINH

ok kalau korang baca cerita aku pasal hotel bloom ni tak dapat booking aku thru traveloka dalam fb mesti korang cuak kan ..

actually selamat je book pakai traveloka nih selagi ko ada voucher . so simpan voucher elok elok tau! 

macam kes aku lah BLOOM HOTEL tak jumpa booking aku ..last2 bila dia jumpa dia terpaksa letakkan aku di hotel lain sebab hotel dia penuh. aku bernasib baik dpt stay hotel 4 star iaitu Aristo Hotel dan Spa. tp yg aku tak minat sebab jauh sikit dr Pasar Ben Thant dia. dia ada tempat makan kat tgkat atas dan dlm bilik bath tub . 

ok aku sambung cerita hotel bloom ni opposite hotel bali bertentangan. area situ mmg banyak hotel antara yg paling famous, Pink Saigon, ada banyak otel area Malaysian Street tu ..mmg puas hati lah harga murah dan selesa.

Lobby Hotel Bloom .

ruang melepak ..

lift dia kecik je tak boleh naik ramai ramai... masa ni aku menunggu nak check in ..dh nak dekat maghrib jam 5.15 time ni 

pandangan dari sisi hadapan 

Orked dan suami aku berjalan nak ke taxi yg akan bawak kami ke Aristo hotel
Di sebabkan Bloom Hotel pindahkan kami ke hotel lain maka dia menangguh segala kos termasuk kos teksi kami ke sana dan kembali ke bloom hotel semula, kami check in jam 7 lebih jugak lah di Aristo.




welcome drink , air serai 



katil dia agak luas mmg selesa kami bertiga tidur

ada buah disediakan ..limau dan jambu batu ..

muka depan hotel Aristo Hotel and spa.

pandangan luar ,dari tingkap hotel ..masa ni baru jam 5 lebih tapi dah siang ...

BREAKFAST DI HOTEL 

so bila kat negeri yg tiada makanan halal pilihan yg ada ialah ..buah buahan , telor rebus, kopi, susu segar dan paling mengenyangkan pisang .. dua biji aku santap! mmg kenyang weh..telor nak kasik variety aku tabur salt dengan black paper..aku ingat akan dtg bawak kicap layan jugak...

ada kawan aku kata makan buah potong tak boleh ..sebab perkakasan dia..pada aku buah kan ..bolehlah makan,..kalau pikir mmg pinggan tu bercampur halal dengan tak halal..tapi macam kita mkan kat food courtlah kan ..atau guna troli kat Tesco. mana kita nak semak bend atu cina yg pakai letak B*&^% atau tak kan ..amik yg ringan lah selagi buah hukumnya halal.  
paling aku suka markisa, buah naga tu pun manis yakmat!

yg warna jingga tu betik, mati mati aku ingat mangga 

tiga biji telor nkau 

pisang serius mengeyangkan 


cantik cafe dia...

posing sulu sebelum berjalan ..

oklah itu sahaja yg aku nak share..harap maklum ! bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...