hari ini Imran menhadapi peperiksaan UPSR ..kertas Bahasa Melayu 1 dan 2. aku dan suami telah berusaha dengan taklah bersungguh sangat tapi berusahalah jugak
ok aku dh mula sejak awal tahun hantar dia tuisyen ..sebenarnya boleh hantar tuisyen namun bukan berharap 100%guru tuisyen boleh buat anak kita jadi pandai .
paling berkesan ialah KITA YANG MENGAJAR sendiri anak kita...kenal pasti di mana kelemahan anak kita dan ajar kelemahan tersebut agar kesilapan dapat diperbaiki.
Aku boleh buat peratusan begini....
kejayaan anak ni bermula dengan bubapa 50% , sekolah 30% dan diri anak sendiri 20% sahaja...
attitude anak sebenarnya di dorong oleh ibubapa..maka ibu bapalah yang paling bertanggungjawab mengarahkan ke mana hala tujuan anak anak
semakin lama semakin aku faham maksud anak itu ibarat kain putih, ibubapa lah yang mencorakkannya ...
muka riang je bukan tahu takut! nyampah... |
ayah dia yang over |
pelajar berhimpun sebelum masuk dewan |
gatal- gatal posing kat sekolah anak |
belum apa apa dh makan old town ... |
nasi ayam Hainan ..quiet delicious! |
nasi lemak ayam goreng |
boba lah pulak !! |
aku kongsi tips ni begini:
1. hantar anak tuisyen BI dan Maths sebaiknya sejak darjah 4 sebab silibus drjh 4 yang mula diuji di dalam UPSR
2. pastikan anak anak terbiasa baca buku cerita yang menggunakan bahasa Melayu yang betul bukan comic dan baca buku english .
3.latihan maths penting practise make perfect ! buat latihan maths berulang kali ..
4. pemilihan sekolah juga membantu sebab aku mmg sgt kagum dengan sekolah anak aku TUN SAS ni ...boleh google SK TUN SAS TAMAN TASIK AYER KEROH..sekolah ni mmg bagus pernah dinobatkan sekolah Bai'ah ...sebab hebat pengurusan kokurikulum dan kurikulumnya ..guru guru dia mmg tip top habis ..
5. sediakan environment yang baik utk anak belajar sebagai contoh sediakan meja belajar, bilik yang selesa dan jangan lupa memberi semangat dan dorongan agar anak terus berusaha dengan gigih.
pusat tuisyen pulak ..
aku rasa aku tak lah dapat the best ever ...korang boleh dapatkan yang lebih baik ...
apapun ibu bapa kena usaha agar anak berjaya ...ibubapa yg kena gigih berusaha ..!
doakan anak aku berjaya ya !tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan