Khamis, 12 September 2019

tak tahu al fatihah

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)
hari ini aku betul betul marah di sekolah .
dh banyak kali pelajar yang sama ponteng kelas agama 
mula mula aku diam kan ..
kali ni mereka dh naik tocang 
tak masuk ke kelas walaupun dh dipanggil oleh pelajar lain 
kalau kelas lain ,budka panggil sekurang kurangnya mereka turun ni mereka langsung taknak turun siap cakap kami taknak belajar ..

jadi aku dh masukkan report dalam ssdm sistem keyin masalah salah laku..
dan hari ini aku panggil lima org pleajar tu utk masuk ke bilik didisplin ..

anom, deenisya, fatimah khairuddin dan fatimah mohamad, basyirah masuk lewat lebih sejam 

aku tanya sorang sorang kenapa tak nak masuk kelas.

anom jawab " sy tak suka ustazah! sebab hari tu ustazah marah marah masa sy gaduh dengan mak saya ,sy dtg sekolah ..."

aku tak ingat apa lagi dia cakap..

kalau korang jadi aku pun korang marah

dia masuk kelas terus duduk berteleku bersandar di belakang surau dan selamba cakap hari ni dia taknak belajar .

diam senang sennag je keluar kelas macam tu dengan fatimah tanpa minta izin pun kat aku ..dn dtg semula bila habis waktu

aku buat exam upp2 dengan cakap " sy taknak amik"

ada ke manusia sekurang ajar ini dan kau tak boleh marah .

itupun masa dia taknak amik ujian berkeras hati taknak amik aku diam kan je...aku tak paksa dia cuma markah dia aku letak zero!

tak patut ke aku marah?

usia dh 16 tahun tak boleh baca al fatihah langsung...tak tahu solat langsung,

oklah kalau sikap dia menolak aku takka boleh suka dan berlembut lagi mesti aku automatik react bagaimana dia buat pada aku ..ini fitrah.

kadang kala aku rasa kenapalah kau nak beria sgt , kalau dia rasa nak belajar dia belajar . takkan kau nak guru menyembah pulak kaki kau.

mungkin aku tak cukup berhikmah namun aku cuba nak baiki bila anak anak murid langsung tak mausk kelas macam mana aku nka baiki..

lepas ni aku nak amik tindakan apa ?

dlm hal ni mestilah guru yang akan dipersalahkan kerana guru tidak cuba menarik minat pelajar utk belajar .

kalau kau pandai tarik minat budak belajar dia akan belajar ...

masuk kelas takde buku , salin buku nota yang silih berganti hari ini buku lain esok buku lain pulak ..

Dalam salah orang , ada salah kita juga,

jangan letak semua salah hanya pada satu pihak .

belajar terima kesalahan pada diri sendiri

cubalah berdamai dengan diri sendiri , kita pun manusia tidak sempurna
selagi mana kita berfikir mahu memperbaiki diri itu sudah menjadi lebih baik

antara pelajar dengan guru kita lebih tua
maka kita dulu yang boleh fikir mana yang elok mana yang tidak

nak terima kesalahan sendiri bukan mudah namun jika kita fikir dengan mendalam kita baiki lah kelemahan diri

merajuk dengan anak murid bukan cara yang bijak menangani masalah..

kalau ikutkan hati mmg lah kita marah dan benci ;

-marah sebab masuk kelas, dia takde buku tulis yang dia keluarkan sehelai kertas..itu pun dia koyak dr buku tulis kawan dia ...

-bila kita mengajar dia tidur , bukan tersengguk sengguk lagi ..memang tidur habis siap tumpah air liur basi ...kadangkala kita penat kita biarkan saja dia tidur ..dh tak larat nak kejut lagi

-keluar ke tandas berejam rejam ..hampir bunyi loceng baru masuk ...

Kat mana silap nya ?

~mungkin kita mengajar tak bagus
kita marah marah
kita tak pandai ambik hati pelajar
kita ...
kita ...semua pada kita ....

dia lupa kita pun manusia ada hati perasaan ..ada rasa benci dan marah ...😌

Akhirnya ke mana pelajar kita ?

ada anak murid sanggup tuisyen luar sejam 30 minit RM50 sebulan

tp dengan guru yang masuk kelas percuma ni ,dengar pun tak nak .

~mungkin salah kita
memang salah kita .
cuba lagi mana tahu mereka terbuka hati

belajar ini sama seperti hidayah
ada yang dapat ada yang tidak

masa tinggal bersisa 3 bulan tahun ini ,
cuba lagi .







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Canva

 This video are made from canva application :  Video Perasmian :  Another from canva: