Rabu, 23 Jun 2021

MCO DAN MCO LAGI

Semalam Menteri Pendidikan beritahu kemungkinan kita PDPR sehingga September. 

Itu paling awal. 

Berkenaan bayaran taska . 

so aku nak tanya pandangan semua , kalau kita ada anak taska ..dia minta kita bayar setiap bulan 50% dr bayaran yuran . macam mana tu ?

kta tak hantar anak sehingga september . tapi kena bayar setiap bulan RM330 . kalau kira sejak Mei-September 5 bulan ..RM1650 . Suami aku cadangkan berhentikan dulu ..nnt lepas September baru dftar semula.

kalau dftar dalam RM50 seorang sebab pendaftaran semula . 

tapi agak selfish sebab org tu nak guna bayarn utk operate tadika

so macam mana ?

ada yang bayar penuh, ada yang bayar separuh .RM125. Lega setelah berunding ayu sudi kurangkan bayaran taska hanya RM198 sahaja. 

at least taklah bayar 330 sebulan . 


bagaimana kalian menghadapi hari hari PDPR di rumah?

Pdpr ni bukan sahaj menguji ketahanan pelajar, yang lebih penting ketahanan ibu nya . kalau anak anak di sekolah rendah yang masih memerlukan bimbingan org dewasa utk meyiapkan kerja sekolah ..jika anak anak tidak menghantar kerja sekolah bukan salah anak anak..tapi org akan nampak kesalahan ibubapa..paling tepat ibu.

tak de siapa peduli apa kesusahan kita sewaktu menjalani PDPR, ok..kalau kita kata kita sibuk...masak breakfast, lunch dan dinner, basuh kain ,nyapu sampah dan basuh pinggan ...begitulah juga ibu ibu yang lain sedang hadapi .

bgaimana pula ibu ibu yang bekerja dari rumah?

anak nak buta kerja ibu pun sedang ada meeting. ingat kerja bepan bos boleh lari lari tengok anak jawab soalan ?

kalau dalam situasi aku lagilah .

aku sendiri ada kelas online. 

biasanya bila aku kelas online aku mmg tinggalkan dulu kerja sekolah anak anak .kita kena setelkan dahulu kerja mengajar kita . ada anak murid yang sedang menunggu ..

setelah selesai kelas ONLINE kita baru kita tengok satu satu mesej kerja sekolah anak .

mula ihsan, check telegram check wassap, ada masa kena jawab soalan kuiz online, ada kena buat buku aktiviti , ada kena buat seni, rakaman video dan sebagainya . itu Ihsan.

kemudian orked pra sekolah  Nasib baik order satu hari hanya satu kerja. senang . dan orked dh boleh jawab sendiri soalan dalam buku akiviti dia.

yang terakhir iyad, sehari mungkin ada 2@ 3 subjek. Iyad mmg agak susah . Aku kena duduk sebelah dia tengok dia menulis ..ni agak lemah sikit aku nak buat . sebab bila habis kelas online aku lari lari..masak breakfast, kang jam 1 masak tengahri, jap basuh kain , imran aku sub masak nasi, kadangkadang dh uat nasi goreng kita takde lunch ..terus masak makan malam .

kadang agak petang baru nyapu atau vacum ..mop ikut mood ..larat buat tak larat kita buat hujung minggu. 

ni baju ada sebakul belum kita lipat..

aku bukan nk menunjukkan sangat yang aku ni sibuk . sebab aku yakin percaya semua wanita di luar sana sedang menghadapi benda yang sama . malah ada yang lebih teruk lagi dr situasiaku ...

mungkin ada yang ada baby, ada yang anak 5/6 orang yang semua perlukan ibunya bantu ..ada yang menjaga mak atau ayah yang sedang sakit .

aku tak tahulah ek .kenapa dalam hal ini..suami kita keluarkan siap siap dalam situasi ini

ok suami keje masuk ofis . balik penat .rehat ..nak makan ..

isteri tu tadi kerja juga, ada gaji juga,tapi dalam masa yang sama tetap buat seperti yang aku cakap kat atas tu ..

aku tak berniatlah nak menunjukkan yang aku ni hebat sangat ..saja nak mencakna pemikira kita bersama . 

tapi.kannn! aku memang cukup HANGIN ..kalauada suami yang tibeh tibeh..nka kondem isteri itu ini tak kena..ni tak sempurna itu tak betul ..kamon lah ! kalau kau jadi perempuan pun ko boleh ke bat perfect sgt .. mmg boleh buat tapi ko akan penat gile. 

aku taknak amik risiko . aku taknak stress..aku nak enjoy..kalaukonak buat ko buat ..kalau ko nak rehat ..ko rehat .takpayah nakstress kan diri..kalau suami nak tolong alhamdulillah ..kalau dia taknak tolong ..takpe ..ko buat pelan pelan . 

ada org dia nak senang dia beli makanan so dh tak payah pikir nak masak, kemas dapur dan lain lain .. so atas dri kita nak yang macam mana ...ok?

jangan stress !

kita boleh adjust hidupkita .. buat apa dan bagaimana yang kita suka . berhenti bandingkan diri kita dengan diri org lain . badan kita tak sama kuatnya dengan org lain ..ok?

ALBUM SEPANJANG PDPR3.0 2021

SESI MAKAN DURIAN

KERJA SEKOLAH IHSAN

orked tengok video teacher

stress layan kopi dalgona

terabur cereal..kutip..okey?

ihsan baca iqra'

trampolin

solat maghrib berjemaah


kek 1: annyversary 15 tahun

kek 2: sempena throwback 

pulut durian dan musang king 

happy fathers day !

nasi kandaq second time 

semoga Allah SWT terus pelihara kita semua ..amin...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...