Rabu, 24 Ogos 2022

Ps5 : Hadiah Ayah utk semua

So rezeki anak anak .. tak tahu doa apq yg mereka baca termakbul.. 

Ketiga tiga nya berjanji: 
. Menjaga solat 5 waktu
Membantu buat kerja rumah
Ihsan kemas ruang tamu
Iyad buang sampai 
Orked basuh pinggan. 

Tapi orked ni lah paling tak boleh harap. Janji tinggal janji 



Reward utk mak 






Pss ni mahal 500 ringgit dr harga retails. Ikutkan harga retails dlm 2292 tapi takde stok nak kena tunggu … dah dua tahun org beli tak dpt.. so kena beli mahal dengan harga 2795… tambah satu lagi controller.. 395.. lepastu nak main games kena beli lagi.

Paling best games apa ekk.. cer suggest

 

Jumaat, 19 Ogos 2022

PENGALAMAN CUCUK VAKSIN UMRAH DI MELAKA 2022

aku tahu ramai yang tercari cari tempat yang murah utk cucuk vaksin nak pergi umrah . 

aku pun sama ...aku dah start google pasal kos nak cucuk vaksin ni ..paling murah aku jumpa di Klinik Amal Bukit Katil iaitu RM125. kakak aku yang cucuk di IJN as staff IJN pun kena bayar RM 120. Kak Nana di perak kena Rm160 kat Tanjung Rambutan aku pun tak pasti apsal dia sampai ke sana . takkan lah ipoh takde klinik nak cucuk vaksin umrah 

Tadi masa aku nak pergi cucuk di Klinik Amal aku call dia kata dia tutup .buka semula jam 2.30 petang .masa aku call tu dalam pukul 12.45 pm macam tu ..so kebetulan lalu kat area Bukit Baru aku singgah flat yang ada klinik Azim ..aku tanya dia kata RM150 tak jadi aku nal cucuk . lepas tu klinik cina sebelah tu takde umrah punya vaksin .Klinik Hamdan pun tutup tadi ..
so aku terpaksa tunggu sehingga 2.30 pm utk cucuk di Klinik Amal .
sambil tu aku ke Family store beli barang sikit ..beli jagung nak bisnes jagung susu kononnya ..hampeh! takde budak beli jagung susu aku ..mahei ke secawan dua ringgit ...

so dan masuk jam 2 petang aku pun ke klinik .kejap je ..staff dia je yang cucuk tak payah jumpa doktor. 
so korang yang nak g umrah nak cucuk boleh cucuk di klinik Amal...sunat pun murah kat sini ..

patutlah ramai umat manusia suka dtg ke sini ...lagi satu klinik ni islamik sikit ..kalau nak scan perut tu doktor laki akan pass kat wife dia ..doktor Rahimah ..masa aku gugur pun aku dtg ke klinik ni

ni klink nya 

setel

 

Khamis, 18 Ogos 2022

Jualan Waffle

 aku tetiba beli waffle maker dan berhasrat nak jual di taman.hahs

ni waffle yang aku buat ..aku buat ni versi coklat ..nnt nak try versi red velvet pulak




ni masa first time aku try buat waffle ..aku pakai tepung kek tu yang jadi fluffy semacam tu ...

peminat waffle coklat....

nampak cam garing kan ...

ni resepi waffle yang aku jumpa dr google tak ingat web apa

ni versi yang garing ..aku belum try ..sebab ada bahan susu tepung tu susah sikit...

aku dibesarkan dengan duit niaga kuih mak tak jadi masalah aku menjual bila dh besar ni ..
macam suami aku tak tahu meniaga kut ..kalau ihsan macam ikut ayah dia ..dia tak tolong pun orked ngn iyad meniaga ..aku nak bgtau ..meniaga ni 9/10 sumber rezeki tau ..dan menoaga ni merupakan sunnah Rasulullah SAW



Selasa, 2 Ogos 2022

The Lost World of Tambun 2022

 pada 30 Julai hari tu kami ke TLWOT..best jugak ..tapi memang tak plan so korang faham faham jelah kan 

dia macam ni ..aku balik kg ..pastu dalam jam 5 lebih suami ajak g Tambun . kami masa night punya session bayaran murah sebab beli pakai klook . tapi kawan aku cakap pakej satu hari baru rm 60 

tapi tu zaman bila dia pergi hikhik ..sekarang mana dapat rm60 dah naik harga


harga terkini di klook ..kalau direct di kaunter lagi mahal ok 


ni bayaran kami beli total rm186 utk empat org ..Iyad dapat special price rm37

kami main yang bahagian airpanas je ..pastu masuk petting zoo..dan taman yang berlampu cam avatar tu ..jap aku carik nama dia..luminous forest ..pastu tengokshow telan api tu ..

kalau datang awal ada banyak show lagi best ..show badak sumbu dan show tiger
korang refer web ni ek 

https://sunwaylostworldoftambun.com

so as usual korang layan jelah gambar ni ekk..












UMRAH 2022

 Alhamdulillah kami sekeluarga survive

paling mengejutkan perkara yang paling aku takut berlaku telah berlaku dan alhamdulillah Iyad survive. 

TQ Allah ..

TQ Allah 


selepas aku kena kena covid aku naik keje dengan penuh semangat ..khamis aku start keje ..jumaat pagi aku bawa Iyad Vaksin .

Isnin hingga Rabu aku mesyuarat di KL. aku anggap percutian solo aku singkat tapi cukup menenangkan .

aku nak share petua ..kalau korang batuk batuk susah nak baik ..cuba korang makan tobboki ..nampak macam tak bijak kan tapi cuba jelah korang test ..sebab aku batuk batuk aku makan tobboki lepas tu aku punya batuk berkurang dan alhamdulillah hari ni berhenti 

aku tak pasti teori ni mitos atau betul ..tapi kalau korang test jadik kira betullah 

hahha..

ok selepas tu macam tiada apa yang menarik berlaku .

baik lah aku nak share perancangan terdekat aku adalah buat umrah . kali ni aku pergi dengan kakak kaka aku ...azua dan kak nana..

aku memilih trip separa diy ..aku tak buat diy sepenuhnya .aku join group umrah travel tapi dalam masa yang sama aku buat sendiri visa dan aku pun aku pastikan ticket flight tu kalau boleh aku beli kalau tak pun tak pe..

setakat ni aku dh mohon cuti umrah sepatutnya 7 hari tp aku amik 4 hari je ..seba aku pergi 29hb ada cuti umum hari merdeka dan next week tu cuti sekolah .

aku tak perlu amik apa apa cuti rehat ..hanya guna cuti umrah shaja. tapi kerani sekolah kata rugi sebab amik 4hr sedangkan ada 7 hari ..lepas tu cuti umrah ni hanya sekali dalam perkhidmatan .

yelah kalau amik lama sapa yang nak ganti kelas kita kann

masalanya juga 

so aku dh uruskan insurans jugak sekarang ni aku tengah tunggu travel agency beli ticket flight dan book hotel .

dulu dulu kita tak amik pusing langsung 

janji bayar yuran dan sedia utk terbang itu je.

nijelas dia terangkan hotel apa , flight apa, dan visa rm650 tu mmg kena bayar sebab kita pergi visa pelancong bukan visa umrah 

oklah ..aku akan update story aku sekarang aku asyik fikir cara nak kurus



Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...