Khamis, 21 Disember 2023

My hectic week

Okay semua semua peristiwa ni berlaku dalam satu minggu.

Pergi hospital tiga kali dan balai polis dua kali. sempurna! dan yang paling sedihnya terpaksa melalui sendiri kerana suami os. 

Ahad. 3 Disember 2023

Masa ni aku tengah solat maghrib. Iyad mengadu pasal perutnya. Ya allah ! terkejut tengok perut iyad .nampak kesan melepuh macam kena acid . tanpa banyak cakap terus ajak suami aku pergi emergency malam tu. suami aku sedang sibuk mengemas beg sebab isnin dia akan ke china. Aku menyesal pulak tak tengok masa iyad mengadu. sebab sebelum ni mas abawa jumpa doktor pakar kanak kanak. ok je ..tak de dia tegur pasal perut Iyad.

malam tu di emergency doktor cakap kulit dia adaeffection .kami syak air acid perut yang buat perut dia jadik macam tu . esok doktor suruh aku ke poliklinik ayer keroh utk dressing.

masa ni basah sebab tu lah nampak teruk.

jam satu pagi masih di hospital melaka
Isnin 

Iyad cuti . Yang lain sekolah . aku masih takut takut . petang nya bawa Iyad dressing tapi klinik kata dtg office hours. 

Selasa

Aku minta izin pengetua masuk lewat utk bawa Iyad ke hospital jumpa doktor pakar pembedahan kanak-kanak. masa ni tekad. kalau kena tahan wad pun takpe. aku takut apa apa jadi pada perut dia.so pagi lepas hantar Ihsan dan Orked ke sek aku terus ke hospital melaka. Saayang nya hari tu klinik hanya utk pemdbedahan dewasa. takde doktor pakarpembedahan kanak kanak atau SOPD.dia suruh datang rabu . sebab esok klinik buka. aku balik hampa .esok dan khamis aku di jpn ada urusan kerja . 

petangnya aku bawa Iyad ke klinik ayerkeroh utk dressing bawa bersama referral letter doktor GH .



rabu

Aku datang lewat ke sekolah . Aku patah balik amik barang enting utk aku gunakan masa present di JPN nannti . dah sampai Sk Ayer keroh baru aku perasan . jam 7.55 pagi baru aku sampai . 
dah sampai pergi makan dulu. sampai GPK 1 aku tepon suruh masuk kelab Fotografi takde cikgu.
jam 10 pagi aku keluar ke Bukit Baru utk prsentation. 

malam 
sejurus aku selesai ambik wuduk dan nak solat Iyask. En jelani call.dia guest homestay aku dari 12/12 hingga 15/12. dia kata homestay aku ada orang . dia siap amik gambar kereta dalam porch hoemstay aku. terkejut aku. so aku tinggalkan Iyad dan Orked . aku bawa ihsan ke homestay. mmg betul Homestay aku telah diceroboh. ada org gunakan himestay aku utk amik order. create satu homestay palsu di bawah nama Homestay Sinar MITC. terkejut bukan kepalang. aku betul betul rasa semua maklumat peribadi aku macam dah tersebar. secara logiknya bila kita bussiness mestilah share gamabr dan lokasi. no telefon serta Alamat. masalah nya semua maklumat yang aku gnakan utk hoemstay aku diguna oleh pihak ketiga . 
kesian Dila ..dia kena tipu 1k . menangis dia bayar tapi tak dapat homestay. 

balik dr kes tu ..aku siasat rupanya bukan satu gambar homestay aku digunapakai . ada tiga homestay semua nya . semua guna gambar homestay aku . aku dah report pada google tentang salah guna gambar tersebut . dan bila semak dah takde lagi gamabr homestay aku tu . 

kalau korang ternampak mana mana individu guna gambar homestay aku sila maklumkan . 



kesan peti kunci diumpil 

Khamis

Esok selesai aku keje terus ke balai polis utk report . Lama jugak di situ sehingga jam 5 lebih . dah penat lapar. aku dan orked, kami balik dan order makanan.Minggu tu mmg aku tak masak langsung rasanya . 

dalam pada itu ada berita gembira. club house taman kami kini sudah mula beroperasi. 
seronok ada gym dan pool . lepas ni rajin lah kita nak exercise. 




Jumaat

FIkri, saleman honda call aku .suruh ke Bank islam utk sign agreement. kereta ada dah boleh dapat minggu depan . Ya Aku beli kereta HRV s .ikut kemampuan aku . aku nak beli turbo mahal sangat . aku pun tanak bayaran bulanan mahal ..so aku decide beli yang S sahaja. cuma nsihat aku better korang beli HRV V ..lagi bagus,nnt aku review pasal kereta ni .apapun aku hanppy dengan kereta idaman aku ni .Alhamdulillah ..ibarat dream comes true. boleh baca post aku pasal nak beli sangat kereta tu di sini . 
apa yang aku tulis dalam blog tu Allah makbulkan . tq Allah !


Sabtu 
aku keluar awal pagi hantar Ihsan dan orked ke sekolah ada hari Jualan . aku dan Iyad ke KIBGIM ada taklimat . aku sempat bercakap sepatah dua .dan 12.30 aku balik ke sekolah amik Ihsan dan Orked dan bawa mereka visit Imran di Mozac macam super women dah. 



Ahad

Alhamdulillah ahad tiba . mmg aku tido kaw kaw hari ni terlalu penat . sampai period pun keluar awal. aku bangun dah jam 11 pagi .kemudian bawa Ihsan dan orked ke taekwando. balik tu aku sempat cucui kereta city . 
petangnya aku bawa diorg mandi mandi di swimming pool. sambil sambil tu aku bukak lah apps Go bank islam .nak check berapa baki duit dalam tu .19hb gaji baru masuk. 
terkejut baki tinggal 0.59 sen. serius!!! omg 

aku check history transaction . terkejut ada transaccy yang aku yakin aku tak buat . nama pun pelik pelik je .
aku terus call bank Islam utk blockkan internet banking dan kad. org bank pun bgtau mmg ada transaksi online banking tu . malam tu jugak aku ke balai polis utk buat rpot . yang kelakarnya . polis yang sama ambik report homestay aku hari tu .


nama nama yang pelik ...


tamatlah 7 hari aku yang penuh kejadian macam macam . sehingga aku rasa sgt down. 
tapi aku tak nangis. aku selalu baca yaasin .mintak Allah SWT mudahkan segala urusan aku .kalau aku jatuh pun tak tertiarap. masih ada tempat aku berpaut . aku kena kuat ..segala ujian yang Allah SWT berikan pasti ada hikmahnya. belajar menerima segala ketentuan Allah swt. 




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...