Selasa, 11 Jun 2024

Kisah Aku Di bulan Jun 2024

Alhamdulillah homestay aku juga Telah masuk usia satu tahun bulan enam ini genap satu tahun  homestay Aku beroperasi .

Walaupun masih ada scammers Yang menggunakan gambar homestay aku untuk  mempromosikan homestay mereka-mereka  aku tidak pasti sama ada homestay itu benar-benar wujud ataupun tidak  namun  aku telah menjumpai  beberapa  orang  yang mendakwa mereka telah tertipu dengan homestay-homestay yang menggunakan  gambar homestay aku . Ada di antaranya terletak di Pendang Kedah , Ada juga di Kuala krai Kelantan dan yang terbaru  di Cameron Highlands Pahang .

Mod di mereka Sama . menggunakan Facebook untuk mengiklankan homestay mereka kemudian  deal melalui  WhatsApp  ada seorang tu kena tipu hampir beribu .
Aku tak dapat nak tolong Sebab  Aku tak terima pun duit tu  Aku sendiri pun tak tahu  Ada homestay menggunakan gambar homestay aku maka  Tiada apa yang boleh aku lakukan selain  viral kan hal itu di dalam Facebook homestay aku ?

Kalau korang terjumpa mana-mana homestay tolonglah semak terlebih dahulu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak  Cara nak semak gunakan Google lens dengan memasukkan gambar homestay tersebut semak di Google Maps  Semak juga di Facebook TikTok atau mana-mana sosial  Media ?

Lagi satu tengok kepada nombor akaun Pas-pas pastikan nombor akaun tersebut nombor akaun yang sah  Aku sekarang dah  Download call  Satu aplikasi yang mengenal pasti nombor scammers  Aplikasi ini telah dibina oleh PDRM ?

Jadi kalau lepas ni ada scammer yang call akan keluar Maklumat berkenaan  Pemilik nombor telefon tersebut 

Kalau korang terjumpa mana-mana homestay, tolonglah semak terlebih dahulu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak. Cara nak semak: gunakan Google Lens dengan memasukkan gambar homestay tersebut, semak di Google Maps. Semak juga di Facebook, TikTok atau mana-mana media sosial.

Lagi satu, tengok kepada nombor akaun. Pastikan nombor akaun tersebut nombor akaun yang sah. Aku sekarang dah download satu aplikasi yang mengenal pasti nombor scammers. Aplikasi ini telah dibina oleh PDRM.

Jadi, kalau lepas ni ada scammer yang call, akan keluar maklumat berkenaan pemilik nombor telefon tersebut.

Okeylah, bulan ni aku agak sibuk. Selepas cuti sekolah bulan Mei, aku ada mesyuarat di luar. Aku kena mesyuarat di PD, Kuala Lumpur, dan akan datang ke Langkawi. Luar biasa sibuk aku kali ni. Pengetua pun dah bising. Dia bagitahu aku, aku tak boleh kerap-kerap keluar macam ni sebab kehadiran aku di luar hanya mempengaruhi 5% sahaja untuk LNPT.

So, aku kenalah merancang aktiviti agar tidak menjejaskan profesionalisme keguruan aku. Hari ini aku ke Kuala Lumpur. Perancangan awal aku akan menaiki bas, tapi sejak berita bas accident melibatkan guru-guru SSK Jiram, aku jadi takut. Jadi, aku bercadang untuk naik Grab ke Melaka Central dan menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Tapi, entah macam mana aku call Grab tak dapat-dapat. Last-last aku tukar plan memandu sahaja ke Kuala Lumpur. Aku bertolak sekitar 10:30 pagi. Aku singgah ke ZUS Coffee di Ayer Keroh untuk membeli kopi dan nasi lemak. Menyesal aku beli nasi lemak tu. Dah lah mahal, RM12. Nasi lemak santan AirAsia tu lah, tapi sikit saja. Tambahan pula, ia makanan frozen. Kalau aku tahu, aku tak beli nasi lemak kat situ. Itulah kali pertama dan terakhir aku beli nasi lemak di ZUS Coffee.

Aku bawa kereta tak laju mana, slow-slow saja. Aku masuk KL tak jem, tapi area Golden Triangle jem. Tapi aku berjaya sampai ke hotel dalam 1:15 petang. Sebab tak boleh check-in hotel lagi, aku dan kawan aku, Kak Nur Sheila, pergi ke IOI Puchong. Oh, aku lupa nak cerita. Aku dah beli iPad baru. iPad yang baru je launch.

Aku beli iPad Air 11 inci M2. Memang laju lah berbanding MacBook aku. Tadi pergi IOI Puchong aku beli casing untuk iPad. Mahal betullah aksesorinya. Casing yang aku beli ni harganya mencecah RM236 kalau tak silap aku, tapi tak apalah. Kualiti lebih baik daripada casing dekat Shopee. Casing kat Shopee pun mahal, tak silap aku RM50 ke RM70. Aku dah tahu kalau aku beli barang murah kat Shopee, nanti mesti aku nak beli juga yang mahal sebab rasa macam murah tu tak ada kualiti. Kang rosak iPad aku, rugi pula. iPad yang aku beli ni besar storagenya, 128GB saja. Harganya RM2,999, seringgit lagi nak cukup RM3,000. Aku beli pun installment dua tahun, bukan tak ada duit nak beli cash tapi sayang pula nak letak duit secepat tu. Tak apalah. Aku harap-harap iPad ni dapat menambah baik cara pengajaran aku dalam kelas. Tak sabar nak masuk kelas guna iPad mengajar. Aku kan dah beli LCD projector, oh yang tu pun aku tak ceritakan, lupa, sibuk sangat. Aduh.

Tiba-tiba homestay aku ramai pula orang nak masuk. Esok ada orang nak duduk 5 malam. Lepas tu, 27/6/2024 ada lagi orang nak duduk empat malam. Bulan Julai pun dah ada orang nak book. Dan yang terakhir, kawan-kawan satu universiti aku, Asna, nak duduk September masa cuti sekolah. Harga homestay aku murah saja, aku ambil RM250 untuk hujung minggu dan RM230 untuk hari biasa. Okeylah kan? Okeylah, dah banyak sangat benda aku cerita ni. Nanti aku update letak gambar pula. Korang doakanlah aku rajin menulis supaya tak bersawang blog aku ni. Okeylah, jumpa lagi.

 Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...