Hai semua, selepas cuti sekolah bulan Mei, aku terus sambung kursus di luar Melaka. Kiranya aku tak naik sekolah lepas cuti sekolah tu. Empat hari jugalah aku berada di PD. Pertama kali aku duduk di Lexis PD. Biasa dengar tapi tak pernah duduklah. Rupanya hotel Lexis ni ada tiga. Yang aku duduk ni yang paling biasa. Yang kedua, brand Lexis, sebelah dengan Lexis PD dan yang paling cantik tu nama dia Hibiscus. Yang tu dekat Teluk Kemang kalau tak silap.
Aku pergi ke PD, aku drive saja. Lagipun dekat, dalam sejam sampai. Jarak dia dalam 90 lebih km. Cukup-cukuplah untuk aku nak jamak sebab lebih 81 km, lebih dua marhalah kan? Kalau kita nak jamak, jarak kita tu mesti lebih dua marhalah baru boleh jamak. Kalau tak cukup dua marhalah, kita tak boleh jamak. Okeylah.
Menarik dekat PD ni ya? Okey, pada aku yang menarik view dia. View bilik aku menghadap ke bilik hotel yang terapung tu. Kalau sunset, cantik sangat. Aku ada ambil gambar-gambar, korang boleh tengok kat bawah tu.
Aku tak bawa budak-budak, tapi hari tu aku pergi sorang. Budak-budak sekolah tak adalah nak cuti. Diorang kan nak exam. Lagipun, tak elok kalau ajar budak-budak ni boleh suka-suka cuti, suka-suka tak pergi sekolah. Kita kena galakkan budak-budak ni pergi sekolah. Kalau sakit sikit pun, pergi sekolah juga. Jangan rasa sekolah tu tak penting, boleh cuti.
Aku rasa budaya rasa sekolah ni tak penting selepas COVID. Lepas COVID, kalau ada budak tak pergi sekolah pun tak boleh ambil tindakan. Tak kira ponteng pun sebab masa tu macam start orang takut-takut nak pergi sekolah. Jadi, kalau tak pergi sekolah pun tak apa, tak adalah kena buang sekolah ke apa. Jadi, bila budaya COVID ni buat budak suka-suka hati aje tak payah pergi sekolah, dia jadi macam berlarutan lah. Jadi, budak-budak ni terbiasa. Batuk ke, demam ke, selesema ke, tak nak pergi sekolah. Aku cakap kita tak bolehlah macam tu. Kena pergi sekolah walaupun kita rasa tak sihat, kita kena lawan perasaan tu.
Macam aku, alhamdulillah, tahun lepas tu aku tak MC sekali pun. Tahun ni pun aku doakan aku sihat dan tak MC, bolehlah aku datang sekolah setiap hari. Oh, ada benda aku nak share. Nanti aku buat post tu satu berita yang menggembirakan dalam hidup aku. Okeylah, kita sambung lagi nanti. Okey, bye.
Breakfast hari akhir |
Cantik view ni |
Waktu mlm pun cantik |
Sunset di Lexis PD |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan