Sabtu, 28 Julai 2012

A YEAR OLD BABY..IYAD

iyad today


ibu paling suka gambar iyad yang ini...molat!
Mmg susuk tubuh iyad kecil..iyad sebesar baby usia mungkin 6,7 atau 8 bulan..ibu tak kisah...ibu tahu pasal iyad..apa yang ada pada ibu sudah cukup baik...ibu bersyukur iyad sihat dan kuat....alhamdulillah...masa ibu lahir ibu tak tahu apa nak jangka ..melihatkan iyad di dalam incubator yang penuh berselirat wayar..hingga ibu tak dapat lihat wajah sebenar iyad....tapi jauh di sudut hati ibu , ibu tahu iyad kuat ..ibu tahu..Allah akan bantu Iyad..sebab masa iyad ngandung ibu sentiasa doakan kesihatan iyad..paling ibu ingat ibu baca doa syifa dalam buku amalan mengandung
biarlah apa orang nak kata pasal iyad..ibu tetap bangga dengan iyad..mmg adakala ibu terasa pasal perception orang mengenai iyad tapi tak pelah mereka tak tahu betapa berliku nya jalan yang kita lalui bersama...mereka takkan alaminya nak...ibu maafkan mereka....mereka tidak tahu..
"untuk iyad...ibu amat sayang iyad..iyad kekuatan ibu..kelahiran iyad di dunia mengukuhkan sesuatu perhubungan..terima kasih iyad..ibu bangga mendapat anak seperti iyad..Ya Allah..jadikan iyad HambaMu yang soleh...moga iyad menjadi al hafiz..."
Ya Allah makbulkanlah doaku....
ini gambar yang ibu simpan dari pengetahuan umum..tapi hari ini ibu tunggu..inilah antara liku liku yang iyad lalui bersama ibu dan ayah...gambar ini di ambil pada 1 ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan tahun lepas..iyad selepas major operation..iyad bermaksud kekuatan...IYAD KEKUATAN IBU...( badan iyad taklah berisi itu kesan drip yang masuk dalam badan iyad...jangan simpati ..cuma doakan iyad terus sihat)


this is truely IYAD

 

my molten lava cake...

Molten lava

 
fuhh!..berpeluh gak ...siap bukak joy of baking sambil tangan putar mixer..mmg drama..hasilnya..tara...hihi..ada beberapa pengajaran yang saya dapat...

1) mesti kena guna bekas ceramik atai remekin

hasilnya....
yang ni jadik..tapi dalam ye takde lava...hahah...so kita coverlah guna ice cream...

Hah ! yang ni jadik..tu dia lava dia....wah! mmg bestlah bile dia melt into your mouth....
so ..dgr nasihat cik stephanie..joy of baking ..guna ramekin bowls..gambar adalah sumbangan mr google...

Jumaat, 27 Julai 2012

MAIN MENU : Ayam Ala kenny roger roasted

Sepatutnya hari ini ada jamuan buka puasa utk keluarga mertua..tapi tak jadi dtg..MIL demam..takpelah kita google goole dulu resepi nak buat....resepi di bawah copy paste from blogresepi.com


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber: Kak Hamidah
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – saya nak tiru resepi ijan,yang tiru kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Gambar: from ijan dari blogresepi.com...( pic dalam blog ijan ni mmg cantik cantik...)

MY FIRST MOLTEN LAVA

what's on your mind?

in my mind...is two things...no1, molten lava cake..and no 2, ayam panggang ala kenny rogers...

rujukan utama  dari Ijan dari blog resepi yang share resepi di Ribbon and circus: La Kitchen....
Molten Lava Cake Recipe
Modified from: PaulaDeen@FoodNetwork
Serving: makes 6 cakes

Ingredients
120 grams bittersweet chocolate 
120 grams semisweet chocolate 
150 grams (10 tbsp) butter 
1/2 cup all-purpose flour 
1 1/3 cups confectioners' sugar 
3 large eggs 
3 egg yolks 
1 teaspoon vanilla extract 
2 tablespoons fresh milk

Directions
Preheat oven to 425 degrees F (218 degree Celcius).
Grease 6 (6-ounce) custard/muffin cups. Melt the chocolates and butter in the microwave, or in a double boiler. Add the flour and sugar to chocolate mixture. Stir in the eggs and yolks until smooth. Stir in the vanilla and milk. Divide the batter evenly among the custard/muffin cups. Place in the oven and bake for 14 minutes. The edges should be firm but the center will be runny. Run a knife around the edges to loosen and invert onto dessert plates.
Gambar: beattey2910.blogspot.com source from mr google


Rabu, 25 Julai 2012

muhammad iyad the special one..

ini gambar pertama IYAD...byk gambar iyad masa kecil tapi iphone ayah hilang..maka hilanglah gambar kenangan IYAD
ini usia iyad 4 bulan lebih...gambar ni di ambil pada 13nov2011..opps nasib baik tangan ibu tutup bird iyad...
4/3/2012...

MUHAMMAD IYAD...zuriat yang kedua...lahir semasa usia kandungan 34 minggu..tidak terlalu awal...tapi iyad terlalu kecil ..lahir dengan berat 1.55kg...panjang ibu tak ingat....tapi cuba lihat incubator tu punya pintu...macam tulah kecilnya iyad ...sekarang iyad dah besar ...ini adalah gambar gambar iyad yang ibu sempat pilih...

3/6/2012
9/10/11


desert buka puasa hari ini

hari ni saya cuma masak simple aja...desert
"AGAR-AGAR ROTI" resepi dari kak hana( hana's family)...tapi kat hana post dalam myresepi....

Tara...ok..meh kita share resepi...paling senang

hari tu potluck ..kita sempat buat..walau mula buat kul 7pg...serius senang

puding roti marble

oleh :hana6877

sumber: myresepi

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
p/s: kalau masuk myresepi cari resepi oleh hana6877..konfem sume sedap..credit to kak hana...


Ahad, 22 Julai 2012

number one for me

 ini first picture imran...MUHAMMAD IMRAN...sekarang imran dah 5 tahun...rindu imran yang dulu nasib ada imran junior..IYAD

ni pulak gambo imran masa 2 thn..saat saat comel lah ni....time ni mmg semua org geram....eiii..rasa nak picit picit dia....
 yang ni imran mandi...rambut tu ibulah yang buat...masa ni kami duduk jasin...sekarang dah pindah ke ayer keroh....
 hahah...ibu lah yang amik gambo iyan ni....kalau dia tengok mesti dia malu..hahah
ini iyan 2010...mase ni umur tiga tahun kut....

MY FIRST PAVLOVA

Pavlova ni taklah susah sangat...dan rasanya pula sangat sedap..ingat nnt mak datang nak cuba buat sekali lagi...tapi kali ni nnt nak buat guna resepi kak itan dari blog masam manis..nampak lagi best!
yang first time buat ni ikut resepi asal joy of baking..apapun yang penting buah buahan mestilah yang masam baru rasanya masuk dgn pavlova tu..anda di sarankan menggunakan buah kiwi, strawberi dan berry..limau cina yang kecil kecil tu pun ok.cubalah buat yang penting ikut segala nasihat yang diperturunkan ..

Antara peringatan penting:

1) panaskan oven 170c ..tapi turunkan sebelum masuk pavlova

2) masa nak putar putih telur tu pastikan langsung takde kuning telur termasuk dan pastikan bekas nak putar tu bebas dari sebarang cecair.Tips kak ita goleskan tisu diletak sikit cuka untuk pastikan bebas benda lain..hanya putih telur..buat sampai bertanduk!

3. Jangan letak gula banyak sangat sebab terlalu manis.kontrol gula sesuaikan.whipping cream kang gula lagi..

4. Biarkan pavlova sejuk sendiri dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit.

p/s: kalau tak jadi takpe..kita belajar dari kesilapan k!


Pavlova Recipe:

4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated white sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

oreo kali kedua ..kali nih dah pandai sket

 
 
 
 
 
 
 
 
Resepi asal http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/kek-keju-oreo.html
 
 
Tapi kita edit sikit..base dia ganti biskut je...
tapi cream cheese dia ikut resepi kat bawah 
 
KRIM KEJU

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla
Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik. 
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna

Masukkan ke dalam fridge 4 jam...nak lagi elok letak semalaman....

MY FIRST EVER CHEESE CAKE 2012

THIS IS MY FIRST OREO CHEESE CAKE ...mase ni tak paham lagi bake..unbake...ntah apa ntah..yang penting kita berjaya buat yeay!...
ni resepinya

pertama kali jumpa kat nicemamaforever.blogspot



Oreo Cheesecake
copy dr : kak Ummi
Bahan:-


  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus - saya campur ngn biskut marie
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-


  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan - saya pakai 450gm
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam

tq semua!

muqaddimah

BismillahirRahmannirRahim

Alhamdulillah..inilah blog masakan saya yang pertama...heheh..orang dah ke bulan kita masih di sini..aisyeh!
tapi tak terlalu terlewat...
kenapa buat blog ni?
nak share resepi...gambo gambo makanan yang comel ...paling penting ia adalah kenangan..manatau itulah kali pertama dan terakhir kita buat..hahah...

semua resepi blog ni di ambil dari sifu-sifu blogger yang mantap mantap....hihi...
apapun tak nak ngomel ngomel..kita tak sabar nak post gambo gambo....hait!

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...