Sabtu, 4 Jun 2016

Paris & Abah.

" Abang , batalkan tiket ke Paris. " 

With no doubt. Aku tak kira biar burn berapa ribu aku akan tetap di sisi abah hingga dia memghembuskan nafasnya yg terakhir. 

"Abang dh kensel semua. Tp still tunggu confirmation dr Oman Air samada dpt refund atau tak..." 

11.20am abah meninggal. Pukul 3 lebih jenazah siap di kafankan. Selepas asar abah di solatkan oleh lebih 3 saf jamaah di Masjid Ubudiah. Masjid abah. Tempat yg abah paling senangi. 

5.00 petang lebih abah selamat di kebumikan .Bacaan talkin bergema dan 6.30 petang semua urusan selesai. 

Hafidz tanya ..." nak pergi ?
"Oman belum response ..." 
"Budak budak ok? "
 " Insya Allah ok. " 

Diam. 

Aku menung. Aku telah tunaikan segala tangunggjawab sebagai seorg anak. Dan aku takkan lupa segala amanat abah. 

" Abah ..izin kan awak ke London..."

9.30 malam. " jom balik Ipoh tengok anak anak" 

1.00 pagi bertolak dari Aman Jaya ke KLIA RM 42 seorang. 

430 pagi sampai KLIA. 
530 pagi breakfast di Old Town 
600 solat sunat solat subuh dan solat musafir.
630 pagi ...menangis rindukan Abah. 
730 check in 
830 pagi masuk boarding

Telepon mak. 
" mak...mak ingat tak plan awak nak ke London?..
" semalam awak dh batalkan tapi tak dpt duit balik..." 

"Mak ..awak pergi London ya...?" 

" Mak redha ya..."  "Alhamdulillah ..Mak izinkan.  

Dan kini aku berada di dalam perut kapal terbang utk ke Paris. 

Perjalanan yg paling sempoi. 
Hampir tiada baju sejuk. Hanya pinjam sweater mama. 

Perasaan sayu ..sedih..gembira ..syukur. 

Allah SWT makbulkan doa aku. 

1. Aku ingin mengadap abah menghembuskan nafas terakhir.
2. Aku akan ke London dan Paris.

Aturan Allah.
Abah meninggal dunia.
Pelihara lah anak anakku ya Allah. 
Semoga selamat dan sihat di sisi atok dan opahnya. 

beg kami ke LONDON

Mata bengkak

Oman Air


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...